Hari ni , semua batuk batuk di rumah. Ditambah lagi aku dengan beban kerja. Terasa agak tertekan. Rehat tak cukup. Tidur lewat..bangun awal.. Ngan badan pun kembali dah naik ! Arghh.. memang stress dibuatnya aku !
Qhaliff cuti sekolah. Dia nak duduk kat rumah. Main dengan adik dia. Bererti aku kena jaga 3 orang sekali gus di rumah. Kalau setakat jaga anak , mudah jer kerja aku tapi aku kena 'bekerja' jugak ! Walaupun ada yang kata buat masa lapang tapi kalau client dah pm kita masa tu , diorang perlukan jawapan dengan pantas . Bayangkan ketika tu anak anak wat pasal ? Sepahkan rumah.. mainan bertaburan. sisa makanan seperti roti , biskut di lantai.. Fuhhhh !
Aku terpaksa mintak wife amik cuti ari ni. Antara sebab lain ialah Aariz tak sedap badan. Kalau dia tak sedap badan , dia punya karenah.. huhu.. leh bertambah stress ! Dan nasib baik wife amik cuti. Aku , terus terang.. tak leh nak urus diorang dalam masa ni. Banyak menda dalam kepala aku perlu diselesaikan !
Korang pun.. kalau tinggalkan anak pada pengasuh , kena tengok gak emosi diorang ketika tu. Kalau lain macam jer..hurmm... Walaupun dengan pasangan sendiri.. Zaman ni , banyak faktor boleh menyebabkan seseorang tu tertekan. Maka pentingnya pasangan kita kena alert bab ni dan amik tindakan seperti kasi tenang..bukan kasi bakar lagi !
Agaknya sebab tu ada lelaki kawin 2-3 kan ? Stress kalu , gi umah no 2 atau 3.. kalau 3-3 kasi stress ?? Ana kawin 4 !