BEN ASHAARI



Untuk kali pertamanya setelah bertahun tahun , aku makan Domino's ... Dah terlupa rasanya camana .. Pizza Hut lak dah selalu banget ...boring udeh ... Semalam , untuk melempiaskan nafsu makan aku maka Domino's menjadi sasaran utama ..

Ermm.... Camana ? Hehehe... aku campakkan soalan ini pd rakan rakan aku di BEN ASHAARI II FACEBOOK , BEN ASHAARI BLOG dan KELAB WANITA ... ermmm.. Menarik sekali jawapan jawapan yang diberikan oleh mereka ...

Di BEN ASHAARI II FB , kemenangan berpihak pada DOMINO'S yang mengatakan lebih sedap berbanding PIZZA HUT'S .. Manakala di KELAB WANITA , majoriti memilih PIZZA HUT , mengatakan DOMINO'S masih belum setanding dengannya ..

Ada dua undian sahaja yang mengatakan kedua dua ni penuh kalori.. Hahaha... Mmg la akak oii ... Sesekali apa salahnya ... Jgn dijadikan tabiat lak ... Tu yang salah ..

Pendapat aku ? Hehehe...aku suka ...teka lahh...
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Wow ..satu tajuk yang panas ... Aku pasti sangat ramai kakitangan swasta akan mengatakan merekalah yang lebih layak digelar pekerja yang penuh dedikasi berbanding kakitangan awam ... Yakah ? Mereka mengatakan mereka senantiasa membuat kerja berbanding kakitangan awam yang banyak 'tidur' dan 'makan' ...

Sejauh manakah kebenaran itu ? Aku yang pernah bekerja di kedua dua sektor itu sebenarnya nampak perbezaan itu tetapi mereka yang hanya bekerja di sektor swasta tidak sedar akan perbezaan itu ... Manakala mereka yang bekerja di sektor awam yang mana tidak pernah menjejakkan kaki ke sektor swasta pasti 'mati' jika masuk ke sektor swasta ..

Aku tak nafikan sektor swasta mmg ketat disiplinnya.. Aku maksudkan ialah syarikat syarikat yang besar.. Pendapat syarikat itu bergantung pada produktiviti pekerjanya .. Lain dengan kerajaan .. Tetapi ramai kakitangan swasta tidak sedar sebenarnya kakitangan awam juga bekerja keras ( adakalanya ) demi membangunkan negara ... Mereka ini berkhidmat untuk rakyat dan negara ... Ada perbezaan di sini yang mana kakitangan swasta berkhidmat untuk majikan mereka yakni pemilik syarikat .. Jika keuntungan berganda , mereka akan terima imbuhan yang tinggi ..berbeza dengan kakitangan awam ...Jarang sekali nak dapat imbuhan seperti kakitangan swasta .. Mereka ( kktgn swasta ) tidak sedar hal itu .. Mereka hanya nampak 'ulat-ulat' yang melepak sedangkan ramai lagi yang buat kerja .. Mereka ini selalunya berada di belakang tabir ...

Bayangkan kakitangan kerajaan yang terpaksa keluar kursus.. meninggalkan ahli keluarganya .. Bukan boleh diclaim lagi .. Ingat best ke pergi kursus tu ? Tinggal anak bini kat rumah ..Swasta ? Berapa banyak syarikat swasta yang berbuat demikian ? Tak banyak kan..leh kira pun .. Sebab semua ini melibatkan kos ...

Kalau mereka kata , kenapa kerajaan buat kursus semua ini ?? Ini adalah memastikan kakitangan kerajaan senantiasa dlm keadaan profesional .. Mampu buat apa saja jenis kerja .. Bukan satu tu jee ...

Kakitangan swasta ... berapa ramai sebenarnya komited pada kerja ?? Kalau bos takde , rasanya mereka seperti juga kakitangan kerajaan yang bersikap 'ulat' ni .. Kecuali yang benar benar merasakan dirinya diamanahkan dengan tugasan yang diberi ...

Kesimpulan yang boleh aku buat ... Kakitangan swasta membuat kerja kerana ' bos ' depan mata ... boleh dibuang bila bila masa ... Manakala kakitangan awam ... walaupun bos depan mata , mereka tak kisah... Mereka takkan begitu mudah dibuang ...

Dari segi dedikasi .. Kedua dua pihak yang komited pada tugas mereka adalah jenis yang bertanggungjawab , amanah dan jujur .. Mencari rezeki halal , tu pegangan mereka..

Akhir kata ... tak kira swasta atau awam , fikirkan ... gaji yang diperolehi itu adakah berbaloi dengan amanah yang diberi ? Ingat ... di sana nanti ada pengadilan yang bakal kita hadapi .. Jgn mencemburui antara satu sama lain kerana kita masing masing ada tugas tersendiri .. Membangunkan ekonomi keluarga dan negara !
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
PAS mencadangkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memberi keutamaan kepada kakitangan kontrak bagi mengisi 50,000 jawatan baru bagi tahun ini seperti yang diumumkan oleh setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo, semalam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum ini PAS telah menerima banyak maklum balas berhubung penamatan perkhidmatan kakitangan kontrak yang mula berkuatkuasa bulan ini.

Menurutnya, dianggarkan lebih 60,000 kakitangan kontrak akan diberhentikan bagi menyelaraskan dasar berjimat cermat kerajaan.

PAS, katanya melihat sebahagian besar kakitangan itu mempunyai kemampuan dan pengalaman yang melayakkan mereka untuk meneruskan perkhidmatan sebagai kakitangan tetap.

“Ini adalah tanggungjawab SPA untuk memastikan negara tidak mengalami begitu banyak kerugian serta dapat membantu mereka,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, tambahnya, PAS berharap kerajaan dapat meningkatkan integriti kakitangannya bagi mengelakkan gejala rasuah yang dilakukan oleh pegawai SPRM baru-baru ini menular ke jabatan lain.

PAS juga, katanya menyeru agar Ketua Setiausaha Negara meningkatkan kredibiliti organisasi kerajaan di semua peringkat dan tidak membiarkan jentera kerajaan menjadi alat tunggangan Umno-BN seperti yang berlaku dalam kes siasatan terhadap 37 orang guru di Pulau Pinang akhir bulan lepas dan juga beberapa siri pilihan raya kecil tahun lalu.

_________

BA2 : Aku pelik jugak sebenarnya .. Kenapa tidak diutamakan kakitangan kontrak untuk menyerap kekosongan yang ada ? Sedangkan yang kontrak ini telah mahir dengan selok belok jawatan mereka tu ? Lantik tu boleh dilantik tapi ada baiknya utamakan yang ada dulu .. Bukankah itu satu penjimatan ?? Tangga gaji sama je yang bakal dilantik ..

Kalau alasan semata mata untuk beri peluang pada yang lain tu , mmg betul tapi yang kakitangan yang mahir ni takkan nak dipersiakan ? Takkan nak biar mereka ini lari ke sektor swasta padahal kerajaan menyarankan mereka yang berkebolehan masuk ke sektor awam ... camana tu ?? Aku pelik gak neh .. Rela guna yang fresh dan tak tau apa apa dari menyimpan yang dah mahir ?

Jgn lupa ...Rakyat didahulukan ...Kakitangan kerajaan kontrak juga adalah rakyat ... 60 ribu bukan jumlah undi yang kecil ...Satu Malaysia tu... Bayangkan satu mulut bercerita kepada mulut yang lain .. Apa yang bakal terjadi pada pilihanraya yang akan datang ..


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Seperti yang aku janjikan semalam ... disini aku postkan beberapa keping gambar di MATTA FAIR pagi ni ...masih lagi sunyi ... Yela kan , baru kul berapa ... kul 8 ...nyamuk pun belum bangun tidur ..

Untuk pengetahuan korang ... masuk akan dikenakan bayaran ... Rasanya tak lebih RM10 kot .. ;)


OK ..yang ni pulak Karnival Pendidikan MARA .. Bagi yang baru dapat keputusan SPM , rasanya nak sambung belajar , boleh la datang sini ...jengok jengok apa yang patut ...ekkk ...Okek... tu jee ... tunggu apa lagi ??? haih ...cakap la terima kasih ... ayoyoyo.... berbudi bahasa kan budaya kita ... hehehe ...Sama sama ....
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Salam ... selamat pagi ... Pagi ni amat menyenangkan tetapi hati aku amat tak tenteram .. Aku cukup tensi dengan satu perkara . Hurm.. kadang kadang orang suka memandang sesuatu masalah itu di pihak dia ...Dia tidak ingin sama sekali melihat di sudut lain . Mungkin baginya itu bukan masalahnya .

Pengorbanan yang aku lakukan selama ini rasa seolah olah tidak berbaloi . Entah mengapa ... Aku cuba pujuk diri sediri dengan mengatakan inilah suratan bagi aku .. Tak mengapalah .. ini kali terakhir.. aku tidak mungkin melakukan kerananya selepas ini ..

Kadang kadang orang yang bernasib baik ini tidak reti bersyukur manakala orang yang melakukan pengorbanan tidak pulak dihargai.. Beginilah adat dunia .. Sebab itu Allah Maha Adil .. Manusia tidak mungkin sama sekali akan bersikap adil ..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Skang ni di PWTC berlansung MATTA FAIR 2010 ... kepada yang merancang nak pergi melancong dalam masa akan datang ni , boleh la g meng'usha'kan diri kat tempat tu ... hehe ..aku akan berada di sana di sana di sanaaaa ... tu pun kalau rajin laa ... kementerian pelancongan ada buat HARI BERTEMU PELANGGAN di situ bermula esok ( Jumaat ) sehingga Ahad ni ..
Kalau nampak booth kementerian pelancongan tu , singgah singgah la ekk ...ada souvenir menanti anda ..

Pada yang nak membeli pakej , aku harap berhati hati la ek ... ada banyak kes kena tipu dek agen ni ... Ada yang cerita beria ria ..tapi lesen pun takde ... haaa ... aku nasihatkan korang check dulu dengan laman web kementerian pelancongan bagi memastikan ketulinan agen tersebut ... korang bleh masuk ke http://www.motour.gov.my ..

Aku ingat tadi nak amik gambar tempat tu tapi cam malas lak nak keluarkan kamera aku tu ... Dah la lambat nak balik tadi ... nak g gym lagi ... Tengok la kalau aku rajin , aku upload esok ek ... Di samping MATTA FAIR , ada satu lagi events kat situ .... Tapi tak nampak sangat la events apa ... esok aku amik gambar ekk ... jgn marah ekk .. ekk ekkk ... hhaha..giloss..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Taraaa.. ni aku ternampak tadi ... Semasa dlm perjalanan ke Stsn Erl Tasik Selatan .. Terpandang la satu awek ni... sopan nampak orangnya...Bertudung kemas ...berbaju kebaya ... tapi ? aku bukan nak cari salah dia .. terpandang ... nama pun terpandang ... Kainnya berbelah ... tinggi lak tu...rasanya atas dari paras betis.. Pada mulanya aku ingat dia pakai stokin ke apa ..tapi takkan nak pakai stokin pastu berkain belah kan ?

Erm... aku tak tau la apa ' pesen ' tu ... ada sapa boleh jawabkan tak ? aku tamo la cari salah sapa ... kot aku ni tertinggalan zaman ... ada yang tertulis di mana mana hadis yang membenarkan berbuat demikian .. aku tamo bicara yang tak pakai tudung ... tu kes lain ..ni kes yang aku sebut tadi... atas tutup tapi bawah bukak ... camana tu ?
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Aku tak sangka aku lulus dengan cemerlang kali ini ...Padahal aku memain je jawab tu .. Kira aku amik sekadar untuk mengisi masa lapang aku yang terluang di samping berblogging ..

Aku melompak kegirangan melihat keputusan kali ni ..sebelum sebelum ni , aku hanya mampu menangisi kegagalan aku ... Dulu aku belajar rajin giler ...still gagal ... kali ni aku berserah pada YANG ESA ... Apa jua keputusan , aku terima !! Tak kisah dah...

Bila aku tengok kertas keputusan aku tadi , aku hanya mampu tersenyum .. Tiang bola keranjang menjadi saksi ciuman kebanggaan aku itu ...

Sudah 12 kali aku amik ujian SPM ni.. semuanya tidak memberansangkan .. Kali ini ..aku lulus dengan cemerlang. ... Yesss..dapatlah aku melanjutkan pelajaran aku dalam bidang yang aku gemar dari dulu ..

Dulu ...keputusan aku hanyalah 9A ...Aku target 10A ..akhirnya aku berjaya ... Aku akan pergi melanjutkan pelajaran aku ke mana mana universiti yang menawarkan kursus masakan tradisional ... Itulah cita cita ku ini ....huhu
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Satu peristiwa yang menyayat hati berlaku pada aku ketika aku sedang dalam lrt ketika pulang ke rumah ..Dalam lrt tu penuh .. Sekali terdengar bunyi hp berdering dengan lagu yang meloyakan .. Mamat depan aku ni pun jawab la ... Adoiii ... boleh dia berborak dalam tu dengan suara yang kuat... Cerita pulak tu pasal apa dia buat ... apa si pemanggil tu dok buat ... dengan nada yang mengorat !! Hok alohhhh .... geli siuttt ...Cakap dalam BM lak tu.. satu lrt boleh paham ...



Semalam begitu jugak ...haihhh....dah la dia naik lrt tu dengan keadaan badan berpeluh melekit..pastu langgar langgar orang ...Tak lama tu , dia buat panggilan ..Cerita pasal nak makan apa ngan perempuan ...Camana aku tau ? Dok ber'abang abang ' ... pastu ngan suara yang mengiurkan .. Dok 'ermmm'... 'yeker' ... Ya Allah ....Tolong laaa....ramai ni dalam lrt... tak malu kee ?? tak de adab ? Sah sah semua geli gelaman dok dengan suara dia ... Aku rasa pasal tu kot tekanan darah aku naik ..

Kes kedua ... terjadi tadi ..semasa aku nak g tapau makanan kat cafe ... Semasa beratur tu , depan aku ni ada satu mamat ... bila nampak kawan dia masuk dari pintu utama , terus tegur kawan dia tu ... Kawan dia tu berdiri belakang aku ... Kira diorng ni berborak dengan kuat ...dalam tu ada orang ..ramai lak ..sedang makan n menapau ..Aku yang berdiri di celah celah diorng ni jadi mangsa ... Nak je aku tegor diorng ...

" Bro ...boleh diam tak ..mulut busuk ! "

Tapi memikirkan apa kesan dari teguran tu , aku batalkan hasrat aku tu .. aku terus keluar dari sana ...mmg tak tahann ... tertelan air liur je tengok bihun tadi tuu ..turun bawah ..makan oats jeee... geram tull ....kot nak bercerita pun , sikit skit je la ..ni kalau boleh semua topik perdana nak cerita ...mangkuk tul !
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh mulut sang suami yang buta hati dek kerana wanita lain ! Sanggup mencaci maki isterinya yang mana telah memberikan zuriat padanya .. Bukan satu malah dua ... Bukan begitu saja , segala perbelanjaan rumah mereka , isterinya yang cari .. Termasuk jugak rokok suaminya itu ! Duit gaji suaminya digunakan untuk membayar kereta yang mana kereta itu diletakkan di rumah ibubapanya ...

Semasa mengandung , setakat penampar hinggap di muka isterinya itu adalah perkara biasa .. Si isteri yang mampu mengadu pada ibubapanya dan juga kawan kawannya. Bila diminta ambil tindakan , si isteri tidak sanggup membiarkan anaknya hidup tanpa ayah .. Bayangkanlah jika anda berada di tempat isteri itu .. Apa sebenarnya yang dikejar oleh si suami durjana itu ? Kata kata terakhir sebelum melahirkan anak ialah " Aku doakan kau mati semasa beranak nanti ! " ..

Hurm ... wanita yang bergelar ibu tunggal itu sanggup membutakan mata kerana menyangka si lelaki tersebut banyak duit sedangkan dia sendiri menumpang kemewahan isterinya dan si jantan tu pula sangka dirinya cukup bagus kerana ramai wanita berebutkannya ...Adalah lumrah lelaki buta hati kerana wanita tetapi dimanakah nilai harga diri seorang wanita yang sanggup melihat wanita lain menderita ??? Bayangkan jika itu berlaku pada anda ...
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Zaman dolo dolo , kelulusan amat penting bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi ... Gagal dlm MCE ( skang ni dipanggil SPM ) , bermakna hancuslah masa depan .. Tak boleh nak cari kerja yang bagus bagus ..Persoalannya , benarkah kegagalan dalam SPM bermakna tiada lagi masa depan ?

Ermm ... pengalaman aku ..kegagalan dalam SPM belum tentu menjamin kehancuran hidupnya ... Apa yang perlu dia lakukan ialah bangkit semula ..kalau tak nak mengulang semula , amik kursus praktikal seperti mekanikal , mesin pengilangan atau mana mana jer ...

Aku ada sorang rakan yang berjaya membuktikan tanpa SRP , dia mampu berjaya dalam hidupnya ... Setelah 2 kali gagal lalu dia mengambil kursus mekanikal ... Dah berjaya pun sekarang ni ...Seorang lagi rakan aku ... semasa sekolah dulu , Bahasa Inggerisnya teruk giler.. bercampur baur dengan BM setiap kali ujian penulisan ... Lepas SPM , dengar khabar dia bekerja di offshore ... dengan syarikat luar negara ... boleh jugak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris ... dengar cerita , dah memiliki dua bijik kondominium dan restoran lagi ...

Kepada adik adik yang diluar sana ... jika anda lulus , tahniah ..teruskan perjuangan .. Jika cukup cukup je ..jgn berhenti setakat itu .. Pasti anda menyesal kerana tidak belajar dengan bersungguh sungguh ... jadi , buktikan sekali lagi ... terlalu banyak IPTS di negara kita ini.. Sambung perjuangan anda ..Buktikan anda juga boleh membaiki diri anda itu ...

Kepada yang gagal , hidup anda belum berakhir ... terlalu jauh lagi perjalanan hidup ...gerakkan kaki kanan anda untuk mulakan langkah pertama .. fikirkan kursus yang sesuai dengan anda .. pastikan anda minat .. ok ??

InsyaAllah anda boleh lakukan ...

P/s : kalau tak nak pun , jadi full time blogger.. hahaha....atau buat bisnis online ..hehe
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hehe.. lawak tul zaman skang ni .. Nak kaya dengan mudah ? Tunggu je orang buat silap kat kita ... pastu " Siap ko ...tunggu surat dari lawyer aku ... aku nak saman ko !! "

Memanjaaang je nak saman orang ... Yang saman polis tak sampai rm300 tu pun dah terkial kial nak bayar , ni kan pulak juta juta ?? Aku al felik felik la ngan orang skang ni ... Dah tak bleh nak kompromi ker ?

Dari ahli politik sampai ke orang bijak pandai agama ... kerja diorng menyaman ...Main juta juta lak tu ... Kalau benar pun menang kes , si kena saman tu ada ke duit nak bayar ?? Tak ke membuang masa hakim je ? Kan elok hakim tu selesaikan kes kes yang lebih berfaedah ..

Ada baiknya , cuba berbincang .. kalau takde jalan penyelesaian ... baru bawak ke muka pengadilan ..tapi tak yah la saman ..cukup untuk membuktikan sapa bersalah atau tidak jer ... tu pun belum tentu lagi keadilannya kan .... heheh ...Undang undang manusia ....manusia tentukan sapa benar sapa tidak ...

Renung renungkan ... ada baiknya , saling maaf memaafkan ... terima je la bahawa kita ini menumpang di bumi-NYA dan bila bila boleh kembali kepada-NYA tanpa notis 24 jam ...

Wallahualam ..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Korang yang mempunyai blog di dunia cyber ini pasti telah merasai ' ketensenan ' bila blog korang dihinggapi lalat-lalat blog ini ... kalau hinggap je tak pe weh ...ni berlaku pencemaran lak ... dibuangkanya 'tahi' tuuu merata rata ... kalau dibuangnya jenis boleh dibuat 'baja' tak pe la gak .. ni ? hampeehh .. tak tau nak wat pe ngan 'tahi' tu ...

Ini adalah pesanan buat rakan rakan yang mengelarkan diri mereka ini blogger tegar mahupun tidak tegar .. Ada yang tak tau apa itu tegar ..Kalau tak tau ...mudah je akak akak mahupun abang abang ... GOOGLE laaa cari makna diaaa ..takkan nak suap kot ...aiseyman ..camana nak jadi blogger sejati ... semua nak main ceduk jer ... blogger kena pandai buat research ... kajian ...baru la bleh di gelar blogger ..bukan pandai main widget n skript jeee ... tapi nak main widget n skript pun kena buat research kan .. ok la tu ..

Ok .. berbalik pada tajuk kita tu ... kat sini ada beberapa jenis lalat yang telah aku ketahui sejak berkecimpung dalam dunia blogging ni ... haaaa


Ini lalat yang sering kali menggunakan nickname dia ' anonymous' .. Jenis lalat ni segan nak pamerkan diri ... malu tapi buang najis merata rata ... Spesis ni biasanya akan membuang najisnya bila entri tu terkena batang hidungnya .. Nak komen letak nama dia , takut satu dunia tau ... jadi , dia kena guna nama ' cik anony ' tu .. busuk punya olang ..

Lalat ni lak ...akan cuba mencipta id lain ... Haaa... dia letak nama nama yang popular dalam dunia pahlawan melayu ... tak pun dia guna nama adik beradik pengawal istana zaman Sultan Mansyor Syah.. Sebab tu mata dia merah ... maluuuu ..

Hok ni ...lalat g sekolah ... cuma masalahnya dia seringkali menterbalikkan fakta ... tak caya tengok la lalat tu ... dia baca terbalik !! Jenis ni , suka tegakkan benang yang dah basah ... Aku tak tau la dia cuba wat camana ... terima je la dik oiiii

Yang ni ... yang ni menarik .... spesis lalat halimunan ...kejap baik .. kejap nakal...kejap kejam.. bila kejam ni yang susah ... dia punya tahi .... perghhhh tak hengat punya bauuu .... walaupun putih tapi matanya tetap merah .... Spesis yang ini , akan letak nama betul ..Ni kira lalat tahap pendidikan tinggi laa... tarak takut mau buang tahi ..."mari la lawan berdebat kalu berani" adalah falsampah dia ... perghhh ... setakat ni lalat gini tak banyak ... dalam dunia ada 3 je ..aku tak leh cakap sapa laa .... rahsia ...CIA ...huhu

Begitulah adanya .... jadi , terpulang la pada korang nak jadi mana satu spesis lalat ek.. kalau tamo jadi lalat , sila beri komen yang membina pada sahabat sahabat yang lain ... asik mengondem jeee.... bila melayu nak maju .. kan kan ..
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
G gym laaa ... besarkan badan ..bukan perut tauuu
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes