- Ala , dia tu popular .. tinggi la trafik dia
- Kalau tak popular , tak boleh ker ? apakah nak tunggu popular baru dapat tinggi trafik ?
- Bukan senang nak popular !
- Usaha baru selangkah dua , dah mundur balik lalu mengaku kalah ! Bila nak berjaya ?
- Aku takde masa la nak update blog ..
- Berchatting ada masa ? Layan FB boleh pulak ?
- Aku tkde idea langsung ... buntu ...
- cari idea kat mana ? tengok monitor ?
- Aku teringin nak jadi cam diorng dah popular tu ..
- Takat teringin tapi tiada usaha , tak berguna ..
- Camana nak buat blog kita jadi macam tu ?
- Dah cuba google ? Dah cuba baca HELP ?
- Ala.. aku tak reti langsung nak buat semua tu ..
- tak reti atau malas ?
- Diorng tu banyak masa .. ari ari ngadap laptop ..
- Rasa rasa orang no 1 paling kaya di malaysia ni , ari ari ngadap tebu ke ?
- Mak aku tak kasi aku buat blog la...
- mana la tak kasi.. bila ngadap komputer , dok berchatting !
- Boleh ke buat duit dengan blog ?
- Jangan kata blog ,besi buruk pon leh buat duit !
Dan banyak lagi persoalan yang tak sepatutnya ditanya kerana jawapan ada di depan mata ... Cuma MALAS nak berfikir .. Kita lebih suka menganga dari mengerutkan dahi !