Idea .. mmg best menulis bila ada idea .. Macam macam boleh dicerita kan .. Tapi awas ... bila takde idea , jangan la mengupdate blog tu lebih lagi bila buat entri yang takde kaitan dengan diri sendiri / peribadi ..
Serius .. entri tu akan membuatkan kita rasa cam 'hero' sedangkan sebenar kita cuba membongkar kesilapan orang lain tapi pada masa yang sama cuba menutup kesilapan kita ..
Kalau dah takde idea nak update sangat , maka ada baiknya , shutdown je laptop tu dan g je buat kerja lain yang lebih berfaedah ..
Adakalanya , kita mampu menghasilkan entri entri yang sangat bermaklumat tapi adakalanya tidak .. Entri yang bermaklumat biasanya memerlukan kajian yang terperinci dari pelbagai sudut .. bukan main belasah ikut akal fikiran dan juga pengalaman.. Malah cerdik pandai sendiri pon terpaksa merujuk kepada buku buku lain untuk memastikan segala fakta yang ingin disampaikan itu benar dan berguna .. Yang paling penting , tidak membawa kepada keburukan ..
Kalau tkde idea sangat nak update blog , g je la tidur .. Suka benarkah mendapatkan sorakan sedangkan kita tau sapa diri kita ? Nape tak ciptakan perpaduan bermula dari maya kemudian di bawak ke dunia realiti ? Suka benar melihat pepecahan orang kita ni kan ..