Sahabat paling agung .. paling susah dicari ganti ialah sahabat sahabat Nabi Muhammad s.a.w .. Kalau kita baca kisah mereka , atau dengar hadis mengenai mereka mereka itu , sesungguhnya mereka cukup bertuah berada di zaman itu !
Terlalu banyak kisah sebenarnya yang kita boleh jadikan panduan dan teladan namun berapa ramai antara kita yang mengambil ikhtibar dari persahabatan mereka itu ? Hurm..
hurm.. persahabatan .. atas dasar apa persahabatan terbentuk sebenarnya .. Ke arah manakah perjalanan persahabatan itu ? hurm... bukan sesuatu yang mudah untuk menentukan keikhlasan persahabatan itu ..
Teruji sedikit , berapa ramai yang undur diri ? Berapa ramai akan membantu ? Entah la ... dunia sekarang ni , segala bantuan perlu ada balasan .. Bukan segalanya percuma dah ...
Hidup kita ni belum benar benar teruji sebenarnya .. Andaikata kita cacat dan lumpuh.. siapa sebenarnya yang sanggup jaga kita ? Andai berlaku , berapa ramaikan yang akan bersabar melayan karenah kita ?
Itu baru sahabat .. Kita sendiri sebagai anak , bila orang tua minta bantuan sedikit , terus je jawab ' takde duit ' atau ' takde masa ' ... Astagfirullah al a'zim ... Itukah balasan kita ?
Terlalu banyak pengalaman hendak dikongsikan bersama sebenarnya... Blog aku ni , di waktu ini ramai pembaca muda .. Maka letakkanlah segala niat , KERANA ALLAH .. insyaAllah ...segalanya membuahkan senyuman kerana ikhlasan kita ..