Aku dulu , mmg giler berchatting .. aku boleh berchatting dari pagi sampai ke malam .. Abis segalannya .. malas main bola .. malas nak bersenam.. Nak bercampur gaul dengan masyarakat pon malas ! Asyik nak ngadap komputer saja.. Sehingga raya pon malas nk g beraya .. Haa tu dia ..
Tu masa remaja dulu la.. Sekarang , aku sedar .. masa itu emas .. Dalam dunia maya ini , segalanya berlalu dengan pantas sekali .. kena cepat kejar .. Rugi dibiarkan begitu saja lebih lebih lagi bila mengetahui blog ini sebenarnya adalah ' lombong emas '
Kebanyakkan blogger takkan bagitau .. Kalau nak tau , sila beli e-book mereka.. Mereka takkan cerita secara percuma .. Atau takkan ada blogger nak berkongsi cerita lombong emas mereka .. Jika ada pun , hanya suku dan selebihnya disimpan untuk dirinya sendiri.. Mana mungkin nak diceritakan segalanya.. Kalau nak , silalah korek sendiri.. Sebab itulah ada blogger terkial kial sehingga sekarang .. Kalau nak maju , kena la bergerak sendiri .. Maaf , tu bukan aku cakap .. Ada blogger termasyur kata begitu ..
Ok... Sekarang isu berkenaan GROUP di FACEBOOK ... Aku baru tersedar .. dulu aku tak suka berforum .. Maksud 'dulu' tu masa aku mula mula berblog .. Apa yang aku buat ialah , update update update .. Aku pernah join Forum .. tapi tak sesuai dengan jiwa aku .. Kalau nak berforum , jom duduk depan kedai mamak .. order dan cerita ! kalau dalam dunia maya , segalanya adalah praktikal.. Baca tutorial dan praktikkan terus ..
Apa yang berlaku sekarang ini , segalanya kembali pada dunia chatting .. Group ditubuhkan untuk beramah mesra.. BAGUS !! AKU sokong ! Di sini mereka akan berkumpul dan berbincang .. Tapi jika jumlah sudah melebihi beribu ribu , bagaimana nak berbincangkan ? Akan timbul masalah juga nanti ..
Keburukan ... Group ini hanya dianggotai oleh kumpulan tertentu .. Jika remaja , maka remaja je join .. Jika dewasa .. masa semua dewasa je .. Begitu juga geng geng parents / ibubapa... Bagaimana nak berkembang jika semua dalam kelompok masing masing ?
Aku terfikir semua ini dulu .. Aku tengok kenapa FOLLOWERS aku tak bergerak... Setiap kali aku post , hanya jumlah online yang sama .. Orang yang sama je komen.. Bagaimana aku nak dapatkan pembaca baru ?
Sama konsep seperti penjajahan / peperangan segalanya adalah untuk mendapatkan bahan mentah yang terdapat dalam negara itu .. Apa yang perlu blogger lakukan ialah , kembangkan sayap itu ! Jajah kawasan kawasan lain .. Tapi perlulah dengan cara berhemah.. Guna sopan santun .. Perlu ada sikap win win situation .. Jika tamak haloba , maka takkan berjaya konsep ini ..
KEMBANGKAN SAYAP .. Jangan abiskan masa dengan cerita yang tiada faedah dalam group .. Lepas post entri , promote , tengok isu / tajuk dalam group .. jika takde yang best , keluar.. g cari bahan untuk entri seterusnya... atau teruskan g promosi entri tu di kawasan lain ..
KENAPA kena duduk kat situ dan teruskan mengarut ??? Jika mmg suka , tak pe.. Tapi jangan mengeluh bila ada blog yg mana FOLLOWERSnya terus meningkat sedangkan korang sendiri tak berminat tapi mengejek pulak !
Fikir sendiri.. Jangan dengki sekiranya rakan korang berjaya ...