Sat usha line.. kot wife call ke apa kang .. tajuk panas nih ... Kalau perempuan curang tu , biasa dah kan ? LELAKI CURANG tak biasa ke ??? TAK okeh !! LELAKI CURANG adalah kes LUAR BIASA !
Kenapa luar biasa ? Biasanya lelaki tak suka curang .. betul .. Diorg ni spesis terus terang .. Tapi camana la nak terus terang ? Baru nak ' Aaaaa ' , terjojol sudah mata si pasangan dia .. Tu baru mata .. tak lagi kena serangan tornado , Scud , Tomahawk dan sebagainya..
Bayangkan kalau LELAKI sebut , " U , i nak .. " Belum habis kata lagi , halilintar membelah bumi ! Tsunami dan juga gempa bumi melanda diri ! Padahal nak tanya je " U , i nak belikan u ... " haa...
Camana la LELAKI tak curang ??? Habaq maiii .. Nak terus terang pon takut wooo.. Sat sat.. bukan takut .. malas nak gaduh ... Menang dah tentu tapi tu la.. Tak larat tengok tsunami dlm rumah tu haaa..
Ok.. skang kita ke isu utama.. hahahha.. intro panjang wehh .. hahaha..
Majoriti perempuan fikir dia dah lakukan yang terbaik .. mencantikkan diri untuk suami / pasangannya .. cakap dengan lemah lembut .. masak .. jaga makan pakainya .. tapi LELAKI tetap nak curang gak !
Haih.. betul ke dah cukup ? Cuba check betul betul ... Bagaimana rupa bila nampak suaminya bila pulang kerja ? Ayat pertama yang keluar dari mulut ... Soal perasaan ... dan banyak faktor sebenarnya kena tengok..
Tu kalau benar la nak jaga pasangan lelakinya tu ... Sebenarnya tak susah jaga laki ni .. Serius .. LELAKI ni cam baby.. perlukan perhatian .. sangat sangat .. tapi jangan dimanjakan.. hanya perhatian .. Sesungguhnya jika tawan hatinya dengan 'perhatian' itu maka , LELAKI nak curang pon akan fikir berkali kali...
Kenapa aku kata lelaki akan fikir berkali kali jika nak curang ? Sebab ditangannya ada mutiara .. Kenapa perlu dilepaskan mutiara itu ? Jika curang bermakna , LELAKI itulah tidak layak untuk perempuan tersebut !
Jadi ... Nikmatilah kehidupan ini .. Masa yang ada tu , gunakan sebaik mungkin .. Kelak dalam kubur , pasti kita akan menyesal kerana tidak gunakan masa yang ada itu untuk beramal kepada Allah .. masa tu , tunggu je la kena libas !