Antara sifat manusia ialah ... TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH .. SUKA MEMIKIRKAN DERITA DAN MENENGGELAMKAN SEGALA KENIKMATAN ...
Malam tadi.. sewaktu dok bz mengupdate blog sambil cemburu melihat wife yang dah sedap melenakan diri sedangkan aku masih dok mengetuk keyboard ini , aku layan rancangan TANYALAH USTAZ di TV9 ..
Hurm... mmg benar benar menusuk kalbu aku la setiap kata kata dia .. mau aja aku rekodkan segala bicara dia .. Sangat sangat menarik ...
Antara yang masih aku ingat , manusia ni cepat benar lupa .. Menerima tapi tak tau nak memberi .. Sebagai contoh derma .. Takut benar muflis bila menderma sedangkan bila menderma sebenarnya rezeki akan masuk lebih banyak ...
Hurm... manusia nampak penderitaan .. sedangkan dia dalam kenikmatan .. Sebagai contoh .. Aku baru kehilangan kasut ... sedangkan ada yang baru kehilangan kaki ... Hurm.. contoh lain , boleh pikir la sendiri kan ?
Aku dalam dunia blog .. mereka kata aku dah berjaya.. sedangkan aku melihat kepada blogger lain yang lebih berjaya .. Sepatutnya aku bersyukur dan pada masa sama bergerak ke hadapan lagi ..
Sama juga dengan blogger blogger lain.. dok merintih laa kata blog takde orang baca sedangkan dia patut bersyukur sbb boleh juga buat blog berbanding mereka takde jari nak menaip atau buta mata untuk punya blog sendiri.. Tu contoh jer..
Hurm... sama sama kita fikir ..