Pergh.. ramai wanita mengimpikan ciri ciri lelaki yang ada pada si SETH TAN dalam drama NORA ELENA tu.. dan aku pon terjebak sama gak la.. apa ingat perempuan je leh tambah nama diorg jadi ELENA ? Aku pon boleh apa.. BEN SETH ASHAARI .. haaaa...
Tapi lelaki lak mengimpikan ciri ciri yang ada pada SALEH YACOB ( sepatutnya cam Rasulullah s.a.w la kan ) kerana ganasnya dia sehingga berjaya menikah 4 orang wanita tanpa sebarang masalah .. peewittt...
Kedua duanya adalah lelaki ... cuma perbezaan mereka ialah ROMANTIK dan LUCU ... Si Seth tu tak lucu orangnya .. serius jer tapi romantik dan mengambil berat.. Penyayang tu aku tak nampak lagi la kan.. hehehe ... Manakala SALEH YACCOB lak seorang yang lucu dan bisa membuatkan sapa sapa di sisinya tak kering gusi malah pengetahuan dalam agamanya pon , boleh tahan .. haaa... kan kan ?
Tapi jgn lupa ... SETH tu cuma khayalan penulis dan SALEH YACCOB pula adalah realiti ... Apakah wujud lelaki seperti SETH yang sebijik macam dalam tv tu ( tapi tamo la rogol orang okeh ! ) ?? Kalau ada , pasti ramai wanita menantikan kehadirannya ..
Tetapi cam SALEH YACCOB pon ramai berminat .. lucu , dan bijak .. Bijak apa ? tu korang pk la sendiri .. tapi alhamdulillah , kesemua isterinya tidak pula buat hal kan ? Ini bermakna , Saleh Yaccob berjaya dalam rumahtangganya walaupun ada 4 .. ehehe..
LELAKI OH LELAKI .. mana satukah pilihan kalbu .. SETH ? SALEH YACCOB atau BEN ASHAARI ? hahahha.. yang last tu tolong ignore .. hahahah..