Pelbagai blog wujud dalam dunia maya ni.. Macam macam cerita ada .. Ada yang cerita begitu. ada yang cerita begini .. Ada yang bagi info.. ada yang takde info.. ada yang mengarut .. ada yang mencarut.. ada yang bagus.. ada yang kurang bagus..Nak tulis semua , tak larat aku.. bazir tenaga .. huhu..
Aku nak petik satu ni jer memandangkan ramai buat blog begini .. Haaa.. Ada rakan blogger mengatakan dia tak gemar baca blog yang dok cerita pasal diri dia jer .. Nak campur campur gitu.. ala ala majalah mastika la kot ..
Kenapa ada orang tak suka baca blog peribadi ni ? Pelik ? Aku ? Aku ok jer .. boleh je baca selagi tak berjela jalan ceritanya .. ok jer bagi aku ..
Pada pendapat aku kenapa ada blog peribadi ni kurang mendapat tempat di hati pengguna internet ni (pedulik hapa la kan ? ) adalah kerana cara penyampaiannya .. Mmg benar itu adalah caranya .. Tak nak ubah , tak pe.. takde paksaan kan ? Aku lagi la tak paksa ..
Bagi aku , blog peribadi ni lagi best dari blog blog yang dok memaparkan info atau tutorial memanjang ... Kenapa ? Blog adalah catatan peribadi .. mencatatkan apa saja yang mereka buat .. walaupun sekadar keluar makan dengan kekasih gelapnya ..haaa.. Terpulang pada dia nak mencoretkannya tapi bersedia menghadapi akibatnya ..
Itu yang menariknya blog peribadi.. Cerita aku dan kau pastinya berbeza.. Jalan cerita.. penyampian.. Kejadian.. ulasan.. segalanya berbeza kerana hati kita ini berlainan suaranya walaupun ada yang kata satu suara.. hehehe.. tu suara politik jer ...
TAPI buat mereka yang sememangnya teringinkan blog mereka ramai pembaca , cuba buat kajian sedikit .. ubah cara penyampaian .. Kalau blog tu takde gambar ,cuba masukkan gambar .. kalau gambar dalam blog tu dah seolah olah berada dalam muzium seni lukis , pe kata kurangkan gambar dan banyakkan penulisan ..
Ada satu rakan bagi tips.. elakkan penulisan ala ala budak sekolah padahal dah beruban pon janggut tu .. haaa.. tu dia kata la.. aku cuma kongsikan kat sini ..
Apa pon , segalanya terletak ditangan korang .. Korang tokey blog korang .. aku cuma berkongsi tips jer .. Tiada paksaan walaupun sebesar kuman suruh ikut .. Baca dan nilaikan sendiri.. tu je ler ...