Alamak ... aku buat silap dalam entri aku .. Terlupa aku kerana sedap benar mengkritik tanpa memikirkan batasannya .. Entri aku pasal gay dan lesbian dimana aku letakkan gambar dua gadis melayu seolah berkucupan ditegur oleh seorang rakan blogger yang mana dia menghantar email pada aku ..
Alhamdulillah ... cara teguran dia menunjukkan tahap pemikirannya yang cukup matang .. Selama ini aku berhati hati dalam membuat entri namun masih ada yang terlepas pandang terutama dari segi ejaan dan syukur masih ada yang sudi menegur dengan cara bijaksana .. :) Tqqqqqqqqq...
Hurm.. sebagai blogger yang dah agak lama tapi belum la lama sangat , aku masih perlukan pemerhatian dan teguran dari rakan rakan blogger terutama yang benar benar prihatin dan ingin melihat aku pergi lebih hauh ..
Perlukah aku bersikap sombong untuk menidakkan teguran tu ? Perghh.. bodoh sungguh la aku kan ? Orang tegur cara baik , kita jangan sombong .. Buka pintu hati dan terima segala teguran dengan penuh keikhlasan dan jangan lupa setiap teguran itu membawa kebaikkan jika kena caranya ..
Itu juga akan elakkan kita buat dosa sekirannya entri kita itu tidak benar faktanya .. Boleh mengaibkan mereka yang sememangnya tidak melakukan seperti yang kita gembar gemburkan di blog kita ... kan kan ?