Ada kawan mesej aku...
" Ben , kat Putrajaya apa yang best ? ". Aduh... tergaru garu kepala aku. Bila ditanya spontan gini , memang aku blur ! Walaupun boleh dikatakan Putrajaya ni dalam tangan aku ( ecehhh ), tapi bila 'diperlukan' , aku tak tau ke mana nak pergi.. apa nak buat !
" Alaa.. ko google je . Confirm jumpa macam macam punya la.. Ramai dah blogger tulis pasal Putrajaya ni selain dari Masjid Putra dan Masjid Besi tu... ". Jawapan aku. Walhal nak je bercerita kat dia mengenai tempat tempat menarik tapi disebabkan ketika tu aku sendiri pun tengah sibuk , maka itulah jawapan paling ringkas dari aku. Nasib baik la ramai blogger ada tulis mengenai Putrajaya ni. Kalau tak , jenuh gak la nak mencari info selain nak kena godek Facebook. Kawan aku ni lak , jenis tau asas je pasal Facebook. Disuruhnya cari , confirm blur punya !
Nak dijadikan cerita... hari ni baru aku tau bahawa , lokasi aku bercinta satu tika dulu ini , tempatnya sangat menarik ! Aku pernah dengar macam macam mengenainya tapi tak teringin langsung nak jelajah ! Apa giler nak tengok pokok buah buahan ! Kat kampung ayah aku pun ada. Dia ada dusun buah buahan kot ! Huhuh..
Tapi segalanya berubah bila aku dan rakan rakan blogger #KBBA9 'mengembara sambil belajar' di dalam Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Dan ianya satu 'pengembaraan' yang sangat menyeronokkan. Ditambah dengan kakitangan Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni , sangatlah peramah dan membantu terutama dalam menjawab semua soalan soalan yang ditanya.. maka aktiviti di sini , menjadi lebih terisi dan berbaloi.. walaupun cuaca agak terik.
Nak ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni tak susah pun kalau memandu kenderaan sendiri. Waze jer, pasti jumpa ! Terletak di Presint 16 dan berdepan dengan sekolah , ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta percuma , tandas , surau yang selesa dan tempat makan yang pelbagai jenis pilihan makanannya !
Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni dibuka setiap hari , dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Tiket , murah jer ! Bagi pemegang Mykad , RM8.50 dan kanak kanak cuma RM6.50 . Jika takda Mykad , harga lain yer.. RM13.50 untuk dewasa dan kanak kanak , RM9.50. Kalau nak buggy , RM25 untuk satu trip.
Seronok !
Ada orang tanya.. Ada ke orang nak masuk bayar tiket untuk tengok pokok rambutan , durian , petai dan sebagainya ??? Fuh.. jangan dik , jangan ! Zaman ni , anak anak kita atau ada antara kita pon belum tau bezakan mana satu halia , mana satu kunyit tauuu ( sambil tengok cermin ) ! Maka , dengan adanya taman pertanian begini , ianya memberi satu harapan pada anak bangsa kita... jangan sesekali tak kenal buah buahan tempatan !
Di sini ada banyak pokok buah buahan... antaranya rambutan , durian , langsat , cempedak , nanas , ciku ,manggis,pisang,mangga dan banyak lagi ! Dijaga rapi sungguh taman pertanian ni. Jujur aku kata , satu nyamuk pon aku tak perasan ketika di sini ! Kalau ada , aku dah awal awal lagi pakai pelindung ! Hehehe..
Tea Tree Oil Magic Body Lotion dari Cosmoderm , dipakai jika aku masuk ke hutan untuk elakkan dari digigit serangga terutamanya nyamuk dan pacat.
Bila tengok dusun di sini , terus teringat dusun arwah ayah di Balik Pulau , Pulau Pinang. Kali terakhir aku masuk , masa aku kanak kanak dulu. Memang best sangat ! Walaupun dihurung nyamuk ketika tu , keseronokan mengutip buah buahan seperti langsat , rambutan memang terasa sangat ! Zaman ni , anak anak kita tak rasa dah semua tu. Melainkan ayah atau tok mereka masih punya dusun buah buahan. Bagi yang tak da , kat mana nak merasa semua tu ???
Sebab tu Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni diwujudkan.. kalau tau , anak kita tengok video di Youtube je la jawabnya..
Secara jujurnya.. aku di sini pun banyak kenal dan merasa sendiri buah buahan yang selama ni sekadar dengar nama tapi tak kenal pun asal usulnya ! Huhuhuh.. Cam asam gelugor. Haa.. selama ni kenal asam keping jer ! Tak tau berasal dari asam gelugor ! Huhuuh.. Pastu koko.. baru tau tang mana yang dijadikan 'milo' tu ! Hahahahha..
Ok... Selain aktiviti mengenal buah , ada banyak lagi aktiviti yang mampu membuatkan kita tersenyum dan gelak. Antaranya menangkap ikan keli di 'sawah padi'. Hehehehe.. Kat sini pun ada sawah padi yer.. Jangan tak tauuuu ..
Dinasihatkan , kalau nak ke sini , jangan pakai macam nak gi shopping mall ! Kalau tak , menyesal punya ! Seronok tengok diorang tangkap ikan keli. Hahaha.. Aku seronok makan ikan keli je.. Ikan kegemaran aku nih.
Ok. aktiviti diteruskan di 'ladang getah'. Nak tengok camana getah dihasilkan. Bagi anak anak kita, mereka mungkin tak tau... maka aktiviti ni sangatlah bagus. Aku rasa , ada 'orang tua' pon tak tau camana penghasilan getah bermula. Huhuhu..
Di sini, syok. Kalau ada banyak persoalan , tanya jer. Jangan malu malu. Rugi wooo ! Terutama bab Pemprosesan Susu Getah ni.. Getah ni antara penyumbang terbesar pada ekonomi negara kita pada satu tika dulu. Demontrasi menoreh getah ditunjukkan di sini. Kemudian alatan alatan serta cara turut didemokan agar pengunjung memahami sepenuhnya peranan penoreh getah di negara kita.
Selesai yang ni. tetamu semua dijamu dengan makan buah buahan tempatan yang menyelerakan dan sangat sedap ! Yang makan ni terkandung dalam pakej yer. Kalau tak amik pakej , takda makan. Makan je makanan yang dibawak dari rumah atau restoran mamak berdekatan..
Layan buahan tempatan. Terbaik !
Ok.. ni part paling best ! Dah lama tertanya pada diri sendiri... Madu Kelulut. Aktiviti terakhir pada trip kali ini.. Tengok camana 'menternak' kelulut ni dan kenal madu kelulut ni. Satu pengetahuan yang sangat bagus buat aku dan rakan rakan. Bagaimana nak kenal madu kelulut serta kelebihannya. Camana dihasilkan serta camana nak tau tiruan atau yang original ! Haaa... memang best laa !
Dan masing masing dapat rasa madu segar 'dari ladang' ! Heeee..
Segar dari ladang ! Rasa madu ni bergantung apa yang dimakan oleh penghasilnya. Boleh beli di sini. Original tanpa rasa was was ! Heee..
Penutup , kami semua bergambar di satu lokasi yang menampakkan seluruh sebahagian daripada Putrajaya yang indah. Satu trip yang berbaloi dan bermanfaat. Cuaca yang panas terik , tidak mematahkan semangat kami semua untuk mendapatkan pengalaman berharga mengenai keindahan ciptaan Allah SWT. Alhamdulillah...
Main boling kelapa.
Jualan buah buahan
Maklumat tambahan : Jika nak buat trip , pakej makan pagi hingga tengahari juga ada. Harga mengikut pakej dan permintaan. Dan sangat sesuai untuk murid murid sekolah. Cikgu cikgu , sila buat trip ke sini yer. Dan jika anda seorang agen travel, sila bawa pelancong ke sini.. Mesti diorang suka punya laaa ! Ada juga permainan tradisional bagi memastikan setiap pengunjung akan balik dalam keadaan gembira.
Amacam ? Best ? Tak sangka kan di Putrajaya ada taman sebegini kan ? Haaa.. Sebenarnya ada banyak lagi tarikan di Putrajaya ni. InshaAllah , aku akan berkongsi lagi dengan korang pada satu masa nanti yer..
Sila manfaatkan taman ini sebelum 'kehilangannya'. Sapa tau kan ? Macam macam boleh terjadi di Malaysia sekarang ni.. heeee..
Untuk maklumat lanjut , boleh ke :
Facebook Putrajaya Floria
Instagram : @Putrajayafloria
Telefon : 03-888 2722 / 889 31967
Email : info@putrajayafloria.my / info@tamanwarisan.my