BEN ASHAARI



SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : BLOG CARIPASAL

Antara entrinya ialah :

Nasi Putih Tanpa Lauk?? Korang pernah try x?? Mestilah pernah kan..Tapi kalau ade lauk korg amik x lauk?? Kompem korg akan makan nasi lauk kan?? Aku pon mesti balun abes lauk-lauk yang ade..Dapat lak cam menu kat atas tu. Nasi + Kerabu Mangga + Sotong Goreng + Sambal Belacan. Pergh, x terkata nikmat nak makan tuh. Silap-silap tambah lagi nasi.

So, kat sini actually bkn nak ckp pasal Nasi berlauk ni. Just aku nak buat relationship dia jerk la. Ok, skang ni cube korang bayangkan Blog Korang (xde nuffnang) sbg nasi putih tuh and nuffnang sbg lauk-pauk yang sedap2. So, kirenyer cam blog korg tu x masyuk la kalo xde NUFFNANG ni....
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Perlu ke aku langgan Astro Supersport ? Nak layan ke ek ? Sat nak ingat balik 4 tahun lepas ... adakah aku peminat setia World Cup ?

Tak pun ... Tak yah la langgan .. Tengok je siaran ulangan .. Untuk mengetahui keputusan terkini camana lak ? Apa susaahhh ??? Masa ni ramai blogger rajin giler update keputusan wooo .. Game abis je , terus update... tak sempat pengadil tarik nafas , dah di ping dalam net neh.. hahaha...

Jadi apa susah ? Oooo... tak feel eh ... nak feel , tunggu Malaysia layak je la ... baru feeeel ... haha...

BA : Brazil vs Argentina di separuh akhir.. mesti kaw kaw punya .. England ? suku akhir dah laa
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Mereka membahasakan diri mereka dengan kerjaya mereka ... Kalau sesuai , tiada salahnya .. jika tak kena , buruk bunyinya ..

Bayangkan seorang doktor membahasakan dirinya dengan panggilan doktor ketika berbicara ... Atau seorang juruterbang ... mahupun seorang ustaz ...

Hurmm .. agak janggal bukan ? Kebiasaannya kita dengar penggunaan 'saya' .. Pemimpin tertinggi kita pun guna ' saya ' ...

BA: Guna je la 'saya' atau 'aku' ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Ilmu adalah teras kepada ajaran Islam, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak aqal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan. Islam tidak wujud melainkan berteraskan ilmu, bahkan Islam itu sendiri adalah ilmu yang teragung buat sekelian alam.

Tokoh-tokoh ulama silam terutama para `ulama hadith (al-muhadithin) telah mewakafkan hidup mereka demi menyampaikan ajaran dan huraian yang bertepatan dengan ajaran Nabi s.a.w. Segala ucapan Nabi s.a.w. adalah ilmu yang maha agung. Justeru itu hanya ilmu sahaja yang berhak menghuraikan ilmu. Dalam kata hanya golongan yang berilmu sahaja yang berhak menghurai dan membahaskan ucapan bagainda, atau ucapan baginda hanya boleh
dibahaskan secara ilmu.

Malangnya, ada individu yang tidak mengambil berat tulisan yang telah mereka tinggalkan lalu memetik hadith sertakan menghuraikannya berdasarkan selera mulut tanpa dirujuk kepada kitab-kitab syarah hadith.

Kita melihat di akhir-akhir ini perkembangan yang lebih mendukacitakan, dimana adanya individu-individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam atau sekadar sebulan dua di pusat pengajian tertentu kemudiannya muncul di tengah masyarakat dengan membawa huraian-huraian yang salah tentang Islam di sana-sini. Fonomena ini
mendukacitakan kita, akhirnya manusia mengambil agama daripada golongan jahil lalu mereka diselewengkan.

Bukan sahaja golongan yang tidak pernah mengikut pengajian Islam membuat kesalahan dalam memetik dan menghuraikan hadith bahkan ada di kalangan yang menggunakan lebel nama sebagai ustaz juga sering membuat kesalahan dalam persoalan memetik dan menghuraikan hadith-hadith Nabi s.a.w.


Sebenarnya gelaran ustaz bukan bererti seseorang itu tahu segalanya dalam ilmu-ilmu Islam. Sebaliknya ada golongan yang digelar ustaz hanya kerana sepatah dua kalimat yang dihafalnya. Berbalik kepada persoalan hadith, ramai golongan agama di Malaysia begitu tidak berdisplin dalam memetik hadith-hadith begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan sesebuah hadith. Apa
sahaja yang dikatakan hadith terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq para ulama hadith terhadap kedudukannya. Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadith maka pastinya sahih dan wajib diimani. Dengan itu apa sahaja yang mereka jumpai daripada buku bacaan, yang dikatakan hadith maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith yang mutawatir:

"Sesiapa yang membuat dusta ke atasku maka siaplah tempat duduknya di dalam nereka"

(Hadith ini diriwayatkan oleh sepuluh para imam dan ianya mutawatir, ruj: Muqaddimah Miftah al-Jannah m.s. 31, `Abd ar-Rahman Fakhuri, ctk. Dar as-Salam, Mesir)

Sebagai contohnya, lihat sahaja ucapan: "Sesiapa yang mengenal dirinya maka dia telah mengenal tuhannya" . Betapa ramai yang berceramah serta berhujjah dengan menyebut bahawa perkataan tersebut adalah hadith Rasulullah s.a.w, sedangkan al-Hafiz al-Sakhawi telah menyenaraikan keputusan para ulama terhadap perkataan ini dalam Al-Maqasid iaitu seperti berikut:

"Kata Abu al-Muzaffar bin as-Sam`ani: "Ianya bukan daripada Rasulullah s.a.w. sebaliknya dikatakan ucapan Yahya bin Mu`az ar-Razi. Kata al-Imam an-Nawawi: Ianya tidak thabit. Al-Imam as-Sayuti memetik dan mengakui perkataan An-Nawawi ini di dalam Zhail al-Maudu`at . Dalam Al-Hawi li al-Fatawi as-Sayuti menyebut: "Hadith ini tidak sahih". As-Syeikh al-Qari di dalam Al-Mauduat memetik daripada Ibn Taimiyyah yang menyatakan: "Palsu". Kata Al-`Allamah al-Fairuz Abadi, penulis Al-Qamus: Ianya bukan daripada hadith-hadith Nabi sekalipun kebanyakan orang menganggapnya hadith Nabi s.a.w.. Tidak sahih sama sekali. Hanya diriwayatkan daripada Israiliyat." (Ruj: Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, jilid 1, m.s. 166, oleh Muhammad nasir ad-Din al-Albani, ctk. Maktabah al-Ma`arif, Riyadh)


Betapa ramai golongan yang telah menyandar ucapan ucapan yang tidak diucapkan oleh Nabi s.a.w. kepada baginda! Apakah mereka tidak takut dengan amaran Rasulullah s.a.w. tentang balasan orang yang mereka cipta ucapan baginda.?

Inilah hasilnya jika kita tidak meneliti persoalan kesahihan sanad dan kejelasan matan.

Apa itu sanad? Kata Hammam Sa`id : "Sanad di sisi para `ulama hadith (muhaddithin) ialah: "Rangkaian para perawi yang menyampaikan kepada sesuatu ungkapan. Samaada ianya adalah ungkapan Nabi s.a.w. atau selain baginda"

Semantara matan pula bermaksud: "Lafaz yang menggambarkan makna-makna yang dimaksudkan di dalam nas (petikan)"(ruj: Al-Tamhid Fi `Ulum al-Hadith, m.s. 14. Ctk. Jordan: Dar al Furqan)

Sebagai contoh bagi memudahkan kita memahaminya lihat kepada riwayat berikut:

Kata al-Imam al-Bukhari:"Telah menceritakan kepada kami al-Hakam bin Nafi', katanya (Al-Hakam) Syu`aib telah mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri. Kata az-Zuhri: "Telah menceritakan kepadaku `Amir bin Sa`d daripada Sa`d bin Abi Waqqas, beliau telah mengkhabarkan kepadanya (`Amir) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kamu sama sekali tidak membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sehinggakan apa yang kamu beri ke dalam mulut isterimu (nafkah untuk isteri)"
(Riwayat al-Bukhari: hadith ke-56, 1295, 2742, 2744, 3936, 4409, 5354, 5659, 5668, 6373, 6733. Muslim: hadith ke-1628)


Di dalam setiap riwayat hadith ada mengandungi dua bahagian, iaitu sanad dan matan. Jika dilihat kepada hadith di atas, bahagian yang dikatakan sanad ialah:

Maksudnya

(Kata al-Bukhari) telah menceritakan kepada kami al-Hakam bin Nafi', katanya (Al-Hakam) Syu`aib telah mengkhabarkan kepada kami daripada az-Zuhri. Kata az-Zuhri: "Telah menceritakan kepadaku `Amir bin Sa`d daripada Sa`d bin Abi Waqqas, beliau telah mengkhabarkan kepadanya (`Amir) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bahagian yang dikatakan sebagai matan ialah:

"Sesungguhnya kamu sama sekali tidak membelanjakan harta kerana mencari keredhaan Allah melainkan kamu diberi pahala kerananya, sehinggakan apa yang kamu beri ke dalam mulut isterimu (nafkah untuk isteri)"

Dalam pengajian hadith, seseorang mestilah mengetahui selok-belok ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kedua-dua bahagian di atas. Yusuf Al-Qaradawi menyebut tiga prinsip asas yang mesti dilalui oleh setiap pengkaji hadith demi mengelakkan penyeleweng dan takwilan secara jahil.

Pertama: Mempastikan kethabitan atau kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah yang terperinci yang diletakkan oleh para ulama hadith.

Kedua: Memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith.


Ketiga: Memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya iaitu al-Quran atau hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

(Huraian yang lebih detil boleh dirujuk kepada apa yang ditulis oleh al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi di dalam "Kaifa Nata`amul ma`a as-Sunnah al-Nabawiyyah", m.s. 34. Ctk. Mesir, Dar al-Wafa)


Untuk pengetahuan, hadith yang thabit ialah seperti yang dinyatakan oleh al-Albani: "Hadith yang thabit merangkumi hadith yang sahih dan hasan pada penilaian muhaddithin. Samada sahih lizatih atau sahih lighairih begitu juga hasan lizatih atau hasan lighairih

Tiga prinsip asas yang disebut di atas adalah kewajipan kepada setiap pembaca atau pengkaji hadith ketika berhadapan dengan sesebuah hadith. Dukacita wujudnya di kalangan yang tidak mengetahui ilmu hadith tetapi cuba menghuraikan hadith Nabi s.a.w. tanpa dirujuk kepada para `ulama hadith. Mereka tidak mengetahui ilmu mengenai sanad lalu menganggap kesemua hadith adalah sahih asalkan disebut hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah atau at-Tabarani atau Ahmad atau at-Tirmizi atau sebagainya. Sedangkan mereka tidak memahami disiplin pengambilan hadith yang dilalui oleh setiap pengumpul hadith berkenaan.


Mungkin akan ada yang bertanya kalau demikian bagaimana caranya untuk kita mengetahui kedudukan sesebuah hadith? Jawapannya ialah bagi mereka yang tidak memiliki kemampuan mentakhrij dan membuat keputusan terhadap sesebuah hadith-inilah keadaan kebanyakan individu- maka mereka hendaklah merujuk kepada keputusan para ilmuan di dalam bidang hadith yang telah mentakhrij dan memutuskan kedudukan hadith-hadith Nabi s.a.w.


Sebagai contohnya hadith di bawah:

(Kata Ibn Majah) telah menceritakan kepada kami `Ali bin al-Khallal, katanya telah menceritakan kepada kami `Abd al-Razzak, katanya telah memberitahu kami Ibn Abi Sabrah daripada Ibrahim bin Muhammad daripada Mu`awiyah bin `Abd Allah bin Ja'far daripada ayahnya daripada `Ali bin Abi Talib, katanya: sabda Rasulullah s.a.w. "Pada malam separuh dari bulan Sya'ban (nisfu Sya'ban) maka hendaklah kamu semua mendirikan malam (qiyam al-lail) dan berpuasa pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah turun padanya pada tempat terbenamnya matahari sehingga ke langit dunia dan berfirman: "Tidakkah orang beristighfar kepadaKu lalu Aku ampunkannya, tidakkah orang meminta rezeki kapadaKu lalu Aku rezekikannya, tidakkah orang ditimpa bala lalu Aku sejahterakannya, tidakkah demikian dan demikian sehinggalah terbitnya fajar"
(Hadith riwayat Ibn Majah: hadith ke-1388)

Hadith di atas telah dihukum oleh para `ulama hadith sebagai dhaif kerana di dalam sanadnya ada rawi yang dipanggil Ibn Abi Sabrah. Beliau ialah Abu Bakr bin Abd Allah bin Muhammad bin Abi Sabrah. Al-Imam Ahmad dan Yahya bin Ma'in mengatakakan dia sebagai pemalsu hadith. ( Sila lihat: Sunan Ibn Majah bi Tahqiq Muhammad Fuad `Abd al-Baqi)

Setelah di pastikan sesebuah hadith itu thabit daripada Nabi s.a.w., tugas seseorang pengkaji hadith tidak terhenti di situ sahaja. Memahami maksud yang terkandung di dalam matan sesebuah hadith adalah tanggungjawab besar yang mesti diberi perhatian. Apa erti jika kita mengetahui sesebuah hadith itu sahih atau hasan tetapi kita gagal memahami maksud yang sebenar yang tersurat atau tersirat di dalam matannya, kerana tujuan kita membaca sesebuah hadith adalah untuk beramal atau berpegang dengannya setelah dipastikan kethabitannya. Lebih malang lagi jika kita bukan sekadar gagal memahami maksud yang sebenar tetapi ditambah dengan membuat huraian yang salah sama sekali dari maksud sebenar yang disampai oleh baginda Nabi s.a.w. Bahkan yang lebih musibah ialah apabila yang menghuraikan hadith-hadith tersebut ialah para pendakwah atau orang-orang bercakap di khalayak ramai maka dia menjadi rosak dan orang lain juga menjadi rosak.


Oleh : Mohd Asri b. Zainul Abidin
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
gambar hiasan - hatiwanita

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

http://www.youtube.com/watch?v=LK9kdMSX5Q4

dari FIQH & SUNNAH
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes