BEN ASHAARI



Aku tak pasti la orang lain tapi kalau ditanya pendapat tentang SAMAN MENYAMAN dek penguatkuasa ni , ari tu aku ada kuarkan entri yang mana aku ada bagi cadangan secara tidak langsung pada pihak berkuasa ... antaranya ialah SAMAN EKOR 1 dan SAMAN EKOR 2

Patutlah ada je yang dok baca entri ni .. Aku rasa la kan , skang ni pihak berkuasa membuat kajian dengan membaca blog blog orang awam .. dari situ dia boleh tau pandangan orang awam .. Kalau betul lah , bagus sekali ! Aku amat sokong .. Dengan ini aku ke Kelantan nanti pon sah sah berhati hati.. biar lambat , asal selamat !

Aku tak rela kena saman ekor ni ! Baik turunkan tandatangan kan ? Puashati wo kalau gitu.. huhu


JPJ Kelantan tugaskan anggota 24 jam di Jalan Sakaratulmaut

KOTA BAHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menempatkan 150 anggota penguatkuasanya bertugas 24 jam untuk mengawal dan meronda di kawasan berisiko tinggi kemalangan di sepanjang Jalan Kuala Krai-Gua Musang pada musim perayaan ini.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata, gerakan lebih dua minggu itu diadakan serentak dengan Ops Sikap XX11 yang bermula 4 hingga 19 Sept ini sempena Aidilfitri ini.


Bercakap kepada Bernama pada majlis berbuka puasa di ibu pejabat JPJ Negeri di Panji, semalam beliau berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan gerakan itu ialah di 13 lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan atau dinamakan "jalan Sakaratulmaut''.


"Kami akan meletakkan anggota penguatkuasa berkawal dan membuat rondaan 24 jam di sepanjang jalan terbabit pada musim perayaan ini," katanya.


Tujuh lokasi terbabit terletak antara jalan Gua Musang-Kuala Krai iaitu di Kilometer (KM) 12; KM13; KM26, KM29; KM51; KM55 dan KM59, manakala enam lokasi lagi ialah jalan Kuala Krai-Gua Musang merangkumi KM64; KM69.3; KM69.3; KM72; KM75 dan KM80.


Abdul Ghani berkata, mengikut statistik polis, sebanyak 21 kes kemalangan maut dilapor berlaku di jalan-jalan yang disifatkan sebagai jalan sakaratulmaut sepanjang tahun lalu.-Bernama

sumber : HMETRO

TERIMA KASIH !!!
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Hehe.. dari buang masa dok nganga depan komputer , layan game ... layan gossip .. atau yang sewaktu dengannya , kan best layan ... BLOG ! hehe..

Nape ek ?? Ni kalau nak cerita , kena usha kiri kanan dulu ... kot nanti kena serbu dek .. erk... ala.. tuu .. yang tuuuu ... haaa.. Sebenarnya dunia internet ni adalah dunia $$ yang amat mudah .. Cuma cara tu kena pastikan terlebih dahulu .. samada halal atau haram jer ..

Ada banyak cara nak dptkan $$ melalui internet .. aku tak nak bicara bab yang aku tak tau .. cuma bagi aku , cara paling mudah dan berkesan ialah , BLOG .. September ni , genap setahun aku berblogging .. Dan dah masuk 3 bulan aku dapat $$ melalui blog .. alhamdulillah .. aku tak perlulah nak tunggu 'big boss' umum bonus kerana aku dh simpan sikit skit yang mana jumlahnya lebih dari yang diumumkan .. hehe.. berapa ?? Boleh la skit ... tak la kaya tapi lepas duit poket bulanan... ;)

Masa yang terluang tak kira di opis , rumah , otw g opis atau dimana mana saja , aku akan buka blog dan mengupdate .. Tak kisah la ada org nak baca atau tidak , janji aku boleh 'bercerita' .. Maka hasilnya seperti yang aku nikmati sekarang .. dari aku keluar duit , baik aku jana duit .. kan kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Soalan: Assalamualaikum Dr yang dihormati, saya terlibat dengan tugasan kerja yang boleh dikatakan kebanyakan hari saya ‘out station’ yang membabitkan perjalanan yang jauh. Kadang-kadang keluar negara. Oleh kerana saya musafir, saya solat jamak dan qasar. Saya baca al-Quran (terjemahan) menyatakan orang musafir pun boleh buka puasa. Saya rasa kadang-kadang amat letih dalam tugas, memang rasa nak buka puasa. Cuma ada orang beritahu saya bahawa orang yang kebanyakan hari musafir seperti pilot kapalterbang atau driver bas tidak boleh buka puasa. Ada pula kata tak boleh buka melainkan jika betul ‘dah teruk’. Lepas itu jika buka pun sekali makan sahaja, lepas itu tidak boleh makan lagi kerana menghormati bulan puasa. Betulkah Dr huraikan masalah ini?

Sham, Seremban.

Jawapan Dr MAZA: Wa’alaikumussalam wbt, saudara Shams. Islam adalah agama Allah yang memberikan kemudahan kepada penganutnya. Ia bukan syariat yang membebankan, bahkan ia satu syariat yang penuh rahmah untuk membolehkan penganutnya taatkan Allah dalam kadar yang mereka mampu. Solat jamak dan qasar, begitu juga iftar (berbuka puasa) semasa musafir adalah antara ‘rukhsah’ (kelonggaran) yang Allah berikan untuk hamba-hambaNya. Berhubung dengan hukum berbuka puasa semasa bermusafir maka saya jawab seperti berikut;

1. Keizinan iftar (berbuka puasa) apabila seseorang itu bermusafir adalah dari nas al-Quran dan al-Sunnah, bukan pendapat mana-mana pihak. Maka, tiada siapa yang boleh membatalkan keizinan yang tertinggi ini. Firman Allah (maksudnya):

“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini memberikan keizanan untuk mereka yang bermusafir berbuka puasa. Maka ia merangkumi setiap yang bermusafir, samada dia sering bermusafir, atau jarang bermusafir, tidak menjadi persoalan. Keizinan diberikan kepada sesiapa yang bergelar musafir. Ertinya, apabila dia boleh mengqasarkan solat kerana musafir, dia juga mendapat kelonggaran berbuka puasa pada bulan Ramadan.

2. Samada dia merasa beban dalam musafirnya ataupun tidak, dia tetap mendapat kelonggaran berbuka. Ini kerana ‘illah (paksi) hukum dalam hal ini adalah safar (permusafiran). Sekalipun mungkin di zaman kini bagi yang menaiki kapalterbang mewah tidak merasai apa-apa beban, namun dia tetap dikira sebagai seorang musafir, maka dia mendapat kelonggaran ini. Apa yang penting, dia wajib menggantikannya pada hari-hari lain.

3. Pada asalnya, kelonggaran bererti dia mempunyai pilihan. Jika dia mahu dia boleh mengambil kelonggaran tersebut dan digantikan puasa pada hari yang lain. Jika dia enggan dia boleh terus berpuasa. Daripada Anas bin Malik r.a, katanya:

“Aku bermusafir bersama Rasulullah s.a.w dalam bulan Ramadan. Orang yang berpuasa tidak mempertikaikan yang berbuka, dan yang berbuka pula tidak mempertikaikan yang berpuasa” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, bagi seseorang yang bermusafir semasa Ramadan dia boleh membuat pilihan yang paling baik untuk dirinya. Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:

“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim)

4. Para ulama berbeza pendapat tentang manakah lebih afdal ketika bermusafir; puasa atau berbuka. Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa jika puasa tidak menjadi bebanan, maka berpuasa lebih baik. Ini kerana dalam hadis Jabir r.a:

“Bahawa Rasulullah s.a.w keluar ke Mekah pada tahun pembukaan Mekah pada bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghanim. Orang ramai turut berpuasa. Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membebankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan meminumnya” (Riwayat Muslim).

Dalam hadis ini menunjukkan, jika tidak kerana bebanan ke atas para sahabah, tentu baginda terus berpuasa. Dalam riwayat Muslim juga menyebut dalam peristiwa di atas baginda memarahi mereka yang enggan berbuka setelah baginda berbuka. Baginda menyebut: “Mereka itu menderhaka! Mereka itu menderhaka!”.

5. Adapun jika puasa menjadi beban sehingga boleh membawa mudarat, maka seseorang wajib membuka puasanya. Nabi s.a.w melarang para sahabah berpuasa sehingga memudaratkan diri. Ini seperti hadis di atas yang mana Nabi s.a.w menyatakan bahawa mereka yang enggan berbuka puasa sekalipun telah menjadi bebanan kesusahan kepada diri itu sebagai menderhakai arahan atau teladan baginda s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari:

“Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa?. Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir!”.

Maka hendaklah sesiapa yang merasakan dirinya terbeban sehingga memudaratkan kesihatan atau keadaannya, maka dia wajib membuka puasa.

6. Jika Nabi s.a.w menyuruh membuka puasa apabila bimbang mudarat atau bebanan yang terlalu berat untuk dirinya secara individu, sudah pasti dia lebih patut membuka puasa jika memudarat pihak-pihak lain. Ini seperti pemandu kenderaan awam yang jika mereka berpuasa boleh menghilangkan tumpuan mereka dalam perjalanan seterusnya boleh mengundang kemalangan, maka mereka hendaklah berbuka puasa. Jika ia tidak mengganggu tugas dan mengancam keselamatan awam, maka mereka tidak diwajibkan berbuka, namun mempunyai pilihan.

7. Dikiaskan dalam hal ini, mereka yang sakit yang mungkin akan menjadi mudarat jika terus berpuasa, maka mereka wajib berbuka. Jangan ada yang membahayakan diri dengan meninggalkan rawatan dan ubat semata-mata kerana ingin berpuasa pada bulan Ramadan. Allah yang mewajibkan puasa Ramadan itu, Allah itu juga telah mewajibkan berbuka bagi hamba-hambaNya yang dalam mudarat. Maka taatilah Allah dalam kedua arahan tersebut. Apa yang penting, wajib menggantinya apabila mampu, atau membayar fidyah bagi yang terus tidak berkemampuan.

8. Para ulama seterusnya berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa. Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan suatu puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian. Kata Abdullah bin Masud r.a:

“Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Riwayat al-Baihaqi).

Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan.

9. Namun, hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, namun orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah. Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan. Islam agama yang berusaha mengelakkan fitnah dan salah sangka dalam kalangan manusia.

10. Maka, seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor musafir ini –seperti perbahasan di atas-, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain.


sumber : DR MAZA.COM

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Waaa... aku maju setapak lagi ... hehe.. dah bukak francais di Sedenak , Johor .. Aku dah masuk ke dalam bidang biskut miskut neh.. tapi bukan aku buat la ... macam tak kenal lagi kan sapa buat ? Sudah semestinya laaaa abe rimau.. eh.. abe MAT GEBU kita ...

Semalam aku dah keluarkan entri pemanas badan mengenai biskut jenama adidas ni.. eh.. jenama aku neh .. iskh.. yelaaaa.. kombinasi aku ngan wife aku.. ok?? puehati ??? Rupa biskut tu dah aku war warkan semalam tapi ramuannya bari pagi ni abe MAT kita keluarkan diblognya ..

Order ? Buat masa skang , biskut tu hanya untuk pasaran domestik je.. yakni sendiri buat sendiri makan .. hehehe .. Tak larat nak buat kata mat memandangkan terlalu banyak tempahan .. jika anda sedang sarat mengandung yang mana boleh terberanak bila bila masa je , maka mungkin Mat akan pertimbangkan jika anda menggunakan perkataan 'mengidam' .. hahahha.. guwau jee.. Mat jeling dah tu .. lalalala..ta tau ta tau ...

Biskut tu diberi nama BENZILA .. bukan BONJELA yer ... kalau nak amik resepi , sila sila la yer ke blog MAT... jgn segan segan .. limited edition tuu...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Leh caya ke semua ni jualan murah di shopping complex ni ?? Tempoh hari , aku pergi Jualan Murah @ Putrajaya ... Aku tengok berpusu pusu orang .. seolah olah harga macam murah giler .. aku pelik tul la .. aku tengok la harga memasing ... coklat , air ... murah mana la sangat ?? coklat aku beli.. ingatkan murah ..rupanya? ketebalan coklat tu lebih nipis dari biasa .. patut la murah ..
Baju .. hurm... takkan t shirt sampai beratus ringgit sebelum potongan ? Kualiti biasa jer ... bukan tahap kain giler babas punya lembut .. bila lepas diskaun , pon masih harga melampau ..

Tu baru kat situ.. belum pusat membeli belah , besar besar ni ... dia kasi taruk harga ratusan pastu bila jualan murah , harga seolah 'runtuh' abis .. haih... tu pon berebut orang beli ... mmg ada yang murah tapi bagi aku tu sebenarnya lebih pada nak habiskan stok ... Mana ada peniaga nak rugi wehh ....

Aku kalau nak membeli pon , aku cari yang betul betul murah .. kalau takat atas RM30 untuk sehelai baju tu , tak payah la.. MAHAL !! takkan la t shirt biasa pon sampai RM30 ? Kalau tak caya kan , korang g tengok t shirt yang mahal dan t shirt yang buat sale tu.. bandingkan kualiti kain walaupun jenamanya sama .. hurm ...

Rakyat Malaysia ni makin mudah ditipu .. termasuk aku ... huh !
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes