BEN ASHAARI



 

Dah jadi trend .. kalau kawin , wajib buat besar besar .. kalau buat kecik kecik , kena kutuk .. kata kedekut la.. tapi bila buat besar pon jadi gitu gak ... berlagak pulak.. kira nak tayang laa... Buat sederhana ? Sederhana macamana ? zaman skang ni antara kecik ngan besar je..sederhana tu tak tau camana rupenya .. kan ?

Bila dah bergitu punya perkahwinan ... maka pasti ada yang mulut celupar akan berkata .." Kawin gah gah , bercerai pon nanti gah gah gak "

Adeh .. perlu ke doa gitu ?  Kadang kadang ni , kita nampak dunia glemer mereka je .. padahal kita tak tau dalam hati diorng .. Diorg nak gak buat ala kadar ..tapi tau tau je la.. yang datang nanti tu , wartawan , peminat ... belah belah mertua .. sah sah akan ada banyak mulut .. Bukan kemahuan mereka ..

Entahlah ... bila dah buat sebegitu gah .. ada segelintir manusia pulak menunggu je masa untuk diorg berpisah .. tersenyum je nanti .. Jadi hot story mory lak ... hurm..

Kesian sebenarnya kat selebriti ni .. Nampak je bergaya .. tapi terpaksa bergaya .. untuk coverline .. jaga imej.. nanti orang kata apa pulak kan ?

Nak kawin pon susah ... bercerai apatah lagi kan ? Maklumlah , kononya hak orang ramai .. Yeke ??? Jadi mereka ni tak perlu ada kehidupan peribadikah ??? Wartawan ni kena peka sedikit .. kalau kena kat batang hidung sendiri .. camana ? Jangan semua nak suruh diorng bukak cerita !! Sampaikan tak ada menda dah nak dirahsiakan .. Kena la tau .. ada batasan gak .. diorng ni pon manusia .. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

image SARAH bersama Ammar pada majlis Aidilfitri di Bora Ombak.

 

Hehe .. Artis oh artis .. anda dikenali .. g mana mana , ada je mata memandang .. Anda ibarat idola kecil bagi mereka yang meminati anda .. Kena la jaga segala tindak tanduk.. Tak kira tua atau muda , seseorang artis itu kena bijak tanpa mengira tempat dan masa ..

Seperti di atas , walaupun dia nak kata dia muda .. tapi dia kena ingat ..dia tu orang melayu beragama ISLAM .. itukah yang dipakai seseorang wanita melayu beragama ISLAM untuk ke majlis AIDILFITRI ??

Aku tak nak la kata lebih .. sapa sebenarnya yang merosakkan imej artis itu kalau bukan artis sendiri ? Bila ada artis berkata , artis tidak layak dijadikan ikon atau idola , tau pulak puak puak artis ..

Wujudnya persatuan artis ni , patut dibuat kelas fesyen dan kelas agama .. Bermula dari artis , diikuti oleh masyarakat .. Kena ingat , anak remaja skang menjadikan artis itu sebahagian dari hidup mereka .. Tak caya? Asal ada cerita artis di akhbar , maka berderetlah orang masuk membacanya ...

Berkaitan dengan cerita bergambar diatas tu , bolehlah baca disini ... malas nak cerita pasal diorg ni .. belum popular lagi.. hahaha ..> sini

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Abu Darda r.a menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w bangun untuk bersolat , lalu ketika sedang bersolat , baginda berkata :

" Aku berlindung kepada Allah dari engkau ! " . Kemudian baginda berkata :

" Aku melaknat engkau dengan laknat Allah ! " sebanyak tiga kali sambil menghulukan tangan seolah olah ingin menangkap sesuatu. Apabila baginda selesai solat , kami bertanya :

" Wahai Rasulullah ! Kami mendengar kamu berkata dalam solat sesuatu yang tidak pernah kami dengar kamu memperkatakannya ( ketika sedang solat ) dan kami melihat kamu menghulurkan tangan. "

Rasulullah s.a.w menjawab :

Sesungguhnya musuh Allah , yakni iblis , datang dengan membawa api untuk dilemparkan ke muka aku, Maka aku mengucap : Aku berlindung kepada Allah dari engkau ! " tiga kali kemudian aku mengucap : " Aku melaknat engkau dengan laknat Allah !" akan tetapi dia tidak mengundur diri. Demi Allah ! Jika bukanlah kerana doa saudara kami , Sulaiman nescaya ia akan terikat sehingga pagi dan dijadikan mainan ana anak warga Madinah. - hadis riwayat Muslim dalam sahihnya , hadis no 542 (kitab al Masajid .. Bab boleh melaknat syaitan ketika sedang bersolat )


Berdasarkan hadis di atas , syaitan adalah satu makhluk yang boleh ditangkap , dikurung dan diikat. Hanya dari sudut syari'at tindakan menangkap , mengurung dan mengikat makhluk jin dan syaitan tidak dibenarkan disebabkan oleh doa Nabi Sulaiman a.s.yang telah dikemukakan sebelum ini .

" ( Sulaiman berdoa ) : Wahai Tuhanku ! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku : sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya " - shad 38:35

Berdasarkan doa ini , Rasulullah s.a.w tidak menangkap iblis sekali pun baginda mampu melakukannya. Ini kerana tindakan tersebut hanya dibolehkan kepada Nabi Sulaiman dan di larang kepada selainnya termasuk Rasulullah dan umat baginda.

Bagi Rasulullah dan umat baginda , Allah akan mengikat iblis sekali setahun , iaitu sepanjang bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda :

Apabila masuk bulan Ramadhan , pintu pintu syurga dibuka , pintu pintu neraka ditutup dan syaitan diikat. - Sahih oleh al-Bukhari

Berdasarkan hadis di atas juga dapat kita bezakan bahawa orang orang yang memelihara atau mengunakan khidmat jin dan syaitan , mereka sebenarnya tidak mengikuti ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Jin dan syaitan sengaja membiarkan diri mereka diikat dan dijadikan khadam oleh tuannya agar dengan itu mereka dapat menjerumuskan tuan mereka ke dalam kesesatan.

- dari buku 7 Tipu daya Syaitan ke atas umat Islam . Oleh Hafiz Firdaus .
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

image image

Gambar 1 : NAJIB Abdullah Ghani berusaha mengubat Siti Balqis.

Gambar 2 : SITI Balqis menujukkan siling tempatnya pernah disembunyikan.

image

Gambar 3 : ANTARA SMS yang sempat dihantar kepada ibunya ketika dia dibawa makhluk halus.

NASIB gadis, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Terengganu, yang melalui peristiwa seram memasuki alam ghaib, sememangnya mencuri tumpuan ramai. Namun, seperti misterinya kejadian itu, begitu jugalah sukarnya kaedah bagi merungkai nasib dirinya yang tidak lagi dapat melalui kehidupan tenang apabila terus berdepan kejadian pelik berkenaan.

Apa yang pasti, seperti diakui Siti Balqis yang selesa dipanggil Siti, setiap kali hilang dari rumah, dia yang sudah melalui beberapa pengembaraan ke alam ghaib sejak dua bulan lalu, dibawa suatu lembaga besar dan tinggi berwajah anjing dan berbulu tebal seperti beruang. Ada kalanya, makhluk itu menyerupai babi yang sentiasa ada di sekelilingnya.

Makhluk itu yang menggendong di bahu 'berjalan' merentas apa saja hinggakan mereka sampai ke destinasi dengan begitu cepat sebaik diambil makhluk itu dari rumahnya dan sampai ke destinasi yang pernah sejauh 10 kilometer dari rumahnya.

“Saya berada di alam yang sukar digambarkan insan lain. Kadang-kadang rasa seperti bermimpi, tetapi anehnya, saya dapat mengamati kejadian yang berlaku seperti orang menangis, meraung meminta tolong dan mengaji al-Quran di kubur,” katanya yang menetap bersama keluarga di Kampung Gong Nangka, Apal di Jertih.
Dalam nada keletihan, Siti Balqis berkata, anehnya, dia pasrah dengan nasib dirinya yang pelik itu dan yakin pasti ada penyelesaian terhadap masalahnya itu.

“Pada mulanya, memanglah takut. Tetapi apabila sudah hampir setiap hari dapat melihat makhluk ini, saya seakan sudah biasa. Kebanyakannya ia muncul dalam bentuk makhluk besar berwajah anjing dan berbulu tebal seperti beruang.

“Pada masa lain pula, ia berupa babi. Ia juga ada di mana-mana baik di dalam mahu pun di luar rumah. Saya tidak dapat mengelaknya kerana ia sentiasa berada di sekeliling. Mungkin disebabkan itu saya tidak berasa takut biarpun bimbang apa yang akan dilakukan kepada diri ini,” katanya.

Malah, wartawan Berita Minggu turut sama menyelami sendiri kehidupan keluarga berkenaan yang terpaksa berjaga malam mengawal pergerakan Siti pada malam Selasa lalu tetapi dia tidak ghaib pada malam itu. Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, anaknya tidak ghaib jika berada dalam kesakitan.

Namun, penulis dan jurugambar, Aswadi Alias, sempat merasai pengalaman seram apabila mendengar dentuman seperti suatu objek berat terhempas di lantai.

Namun, selepas diperiksa, tiada apa terjadi. Tidak lama kemudian, objek yang berbalut kain putih melayang dalam rumah.
Logam sepanjang kira-kira 12 sentimeter itu kemudian terhempas di penjuru ruang tamu, cukup untuk menegakkan bulu roma sesiapa saja, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bersama isterinya yang turut hadir.

Bercerita lanjut, Siti Balqis berkata, berbanding pengalaman orang lain yang hilang dibawa makhluk halus, dia sebaliknya tidak berasa seperti berada di taman indah atau dihidangkan untuk menikmati makanan yang sedap. Malah dia berasa seperti berada di suatu tempat dan dapat melihat orang ramai mundar mandir mencarinya. Pernah sekali, ketika ghaib ke dalam sebuah rumah tinggal di kampung itu, dia menyentuh tangan bapa saudaranya beberapa kali tetapi mereka tidak berasakan kehadirannya.

Dalam tempoh dua bulan lalu, termasuk Ramadan, Siti Balqis sudah berada di lima lokasi luar rumahnya selain ghaib hampir setiap malam antara enam hingga tujuh jam sebelum ditemui semula selepas keluarga membuat solat hajat, membaca al-Quran dan melaungkan azan di tempat dia dipercayai berada.

Setakat ini, Siti sudah dibawa makhluk itu ke sebuah rumah tinggal, atas pokok, atas siling rumahnya, dalam mesin pembancuh simen dan paling jauh 'perjalanan' ke dua tanah perkuburan pada malam tujuh likur Ramadan. Perjalanan lebih 10 kilometer ke tanah perkuburan berkenaan memang mengambil masa. Justeru, Siti yang dibawa semula bersama penulis ke kawasan perkuburan itu, berasa hairan kerana dia ke sana dengan pantas merentas laluan yang sangat berbeza.

“Ini bukan laluan saya pergi ke kubur tetapi ada jalan pintas meredah hutan dan belukar untuk sampai ke sana ketika saya dibawa lembaga menyerupai anjing yang lebat bulunya,” kata Siti, yang kelihatan agak letih selepas keadaan yang menimpanya, mengenai perjalannnya ke Perkuburan Islam Kampung Gong, Gucil, Jertih, Terengganu.

Katanya, pada malam itu, dia berasa seperti berada dalam sebuah keranda selepas dibawa makhluk berkenaan. Selepas di alam ghaib itu, dia tersedar dan berada di atas tanah kubur. Ketika itulah dia yang masih menggenggam telefon bimbitnya, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu meminta tolong kerana takut. Tetapi tidak lama kemudian, dia kembali ke alam ghaib apabila diambil lembaga itu dan dibawa ke tanah perkuburan lain di Kampung Gong Rengas, yang lebih jauh dari kampungnya.

Norizan mengakui menerima SMS itu kira-kira jam 3 pagi bergegas bersama tiga anak lain dengan sebuah kereta yang dipandu jiran, tetapi gagal menemui Siti. Mereka kemudian ke balai polis bagi membuat laporan kehilangannya. Akan tetapi sebaik masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, mereka terhidu sesuatu yang sukar digambarkan dan tiba-tiba Siti muncul di depan rumah. Seluruh tubuhnya dibasahi air dan bajunya kotor berlumuran tanah liat merah.

Ibarat berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kehidupan Siti sekeluarga, khususnya Norizan, dipenuhi pelbagai usaha bagi memulihkan anak kesayangannya termasuk solat hajat, membaca al-Quran, membaca surah Yasin dan kaedah lain menurut ajaran Islam tetapi belum berhasil.

Keluarga itu turut menggunakan lebih 100 bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang selain empat guni beras, satu guni garam, lima kilogram pulut hitam dan dua kilogram lada hitam yang menjadi sebahagian ikhtiar, tetapi keadaan tidak berubah.

“Sudah banyak wang dibelanjakan untuk upah bomoh dan sekarang kami sudah tidak mampu lagi kerana tiada sumber kewangan yang cukup,” katanya yang mengharapkan rezeki sebagai tukang jahit.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, berkata apa yang dialami Siti mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mencari perubatan alternatif secara perubatan Islam bagi membolehkan mangsa tidak lagi diganggu makhluk halus.

"Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis itu ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah kita (orang Islam)," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata kerajaan negeri simpati dengan masalah Siti Balqis dan tidak menolak kejadian menimpanya ada kaitan dengan gangguan makhluk halus dan hendaklah dirawat menggunakan kaedah Islam.


INFO
Kehilangan misteri global pernah dilaporkan

  • Di Indonesia, pada 2009, seorang gadis, Aslina yang menetap di Bengkalis, koma selama 48 jam. Sebaik sedar, dia mendakwa melihat pelbagai kejadian aneh berkaitan amal dan perbuatan manusia di dunia. Malah ketika sidang media di sebuah stesen televisyen di daerah itu, kejadian aneh seperti bekalan elektrik terputus dan kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang, mengejutkan wakil media.
  • Kehilangan misteri penulis terkenal England, Agatha Christie selama 11 hari pada 3 Disember 1926, yang mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk masalah tekanan dan masalah lupa ingatan atau amnesia serta unsur mistik.
  • Diplomat Britain, Benjamin Bathurst, baru kembali dari Hamburg dengan seorang rakannya selepas hadir di mahkamah Austria pada 1809. Dalam perjalanan, mereka berhenti makan malam di bandar Perelberg. Sebaik habis makan, mereka kembali ke kereta kuda yang menunggu. Rakan Bathurst melihat diplomat itu menaiki koc depan kereta kuda itu untuk memeriksa kuda dan dia terus hilang tanpa dapat dikesan.
  • Tiga anggota tentera New Zealand yang mendakwa melihat sendiri kehilangan misteri satu batalion pada 1915. Tiga anggota tentera New Zealand berkata mereka nampak dengan jelas batalionRejimen Diraja Norfolk berkawad menaiki bukit di Teluk Suvla, Turki. Bukit itu dikelilingi awan dan tentera Inggeris itu berkawad memasuki awan dengan mudah. Mereka dapat dikesan lagi selepas kejadian itu.
  •  

    sumber: BHARIAN

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    5 comments

     

    Alhamdulillah .. dah selesai semua .. Setelah di ubati oleh dua orang pemuda dan mendakwa telah menangkap 9 ekor makhluk halus yang menganggu gadis tersebut ..

    image ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.

     

     

    JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.

    Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.

    Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.

    Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

    Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.

    Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

    Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

    Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.

    Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

    “Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

    Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.
    Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

    Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.

    sumber : Bharian

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    6 comments
    Newer Posts
    Older Posts

    Blog Stats

    Blog Archive

    • ▼  2026 (5)
      • ▼  Februari 2026 (2)
        • Risau gastrik , gerd di bulan puasa ? Ni tips mudah..
        • Mudah di Tiktok sebenarnya.
      • ►  Januari 2026 (3)
    • ►  2025 (63)
      • ►  Disember 2025 (4)
      • ►  November 2025 (2)
      • ►  Oktober 2025 (2)
      • ►  September 2025 (5)
      • ►  Ogos 2025 (3)
      • ►  Julai 2025 (6)
      • ►  Jun 2025 (4)
      • ►  Mei 2025 (5)
      • ►  April 2025 (5)
      • ►  Mac 2025 (8)
      • ►  Februari 2025 (10)
      • ►  Januari 2025 (9)
    • ►  2024 (170)
      • ►  Disember 2024 (9)
      • ►  November 2024 (11)
      • ►  Oktober 2024 (13)
      • ►  September 2024 (10)
      • ►  Ogos 2024 (15)
      • ►  Julai 2024 (20)
      • ►  Jun 2024 (16)
      • ►  Mei 2024 (22)
      • ►  April 2024 (16)
      • ►  Mac 2024 (14)
      • ►  Februari 2024 (10)
      • ►  Januari 2024 (14)
    • ►  2023 (171)
      • ►  Disember 2023 (12)
      • ►  November 2023 (14)
      • ►  Oktober 2023 (16)
      • ►  September 2023 (13)
      • ►  Ogos 2023 (16)
      • ►  Julai 2023 (14)
      • ►  Jun 2023 (17)
      • ►  Mei 2023 (14)
      • ►  April 2023 (10)
      • ►  Mac 2023 (18)
      • ►  Februari 2023 (13)
      • ►  Januari 2023 (14)
    • ►  2022 (182)
      • ►  Disember 2022 (22)
      • ►  November 2022 (9)
      • ►  Oktober 2022 (12)
      • ►  September 2022 (9)
      • ►  Ogos 2022 (11)
      • ►  Julai 2022 (10)
      • ►  Jun 2022 (10)
      • ►  Mei 2022 (13)
      • ►  April 2022 (14)
      • ►  Mac 2022 (21)
      • ►  Februari 2022 (21)
      • ►  Januari 2022 (30)
    • ►  2021 (389)
      • ►  Disember 2021 (26)
      • ►  November 2021 (23)
      • ►  Oktober 2021 (23)
      • ►  September 2021 (26)
      • ►  Ogos 2021 (26)
      • ►  Julai 2021 (29)
      • ►  Jun 2021 (27)
      • ►  Mei 2021 (30)
      • ►  April 2021 (36)
      • ►  Mac 2021 (56)
      • ►  Februari 2021 (42)
      • ►  Januari 2021 (45)
    • ►  2020 (329)
      • ►  Disember 2020 (39)
      • ►  November 2020 (36)
      • ►  Oktober 2020 (28)
      • ►  September 2020 (29)
      • ►  Ogos 2020 (36)
      • ►  Julai 2020 (24)
      • ►  Jun 2020 (30)
      • ►  Mei 2020 (28)
      • ►  April 2020 (23)
      • ►  Mac 2020 (23)
      • ►  Februari 2020 (18)
      • ►  Januari 2020 (15)
    • ►  2019 (407)
      • ►  Disember 2019 (22)
      • ►  November 2019 (30)
      • ►  Oktober 2019 (44)
      • ►  September 2019 (34)
      • ►  Ogos 2019 (48)
      • ►  Julai 2019 (27)
      • ►  Jun 2019 (30)
      • ►  Mei 2019 (42)
      • ►  April 2019 (37)
      • ►  Mac 2019 (43)
      • ►  Februari 2019 (25)
      • ►  Januari 2019 (25)
    • ►  2018 (420)
      • ►  Disember 2018 (24)
      • ►  November 2018 (32)
      • ►  Oktober 2018 (32)
      • ►  September 2018 (36)
      • ►  Ogos 2018 (29)
      • ►  Julai 2018 (30)
      • ►  Jun 2018 (38)
      • ►  Mei 2018 (38)
      • ►  April 2018 (46)
      • ►  Mac 2018 (36)
      • ►  Februari 2018 (33)
      • ►  Januari 2018 (46)
    • ►  2017 (648)
      • ►  Disember 2017 (47)
      • ►  November 2017 (44)
      • ►  Oktober 2017 (49)
      • ►  September 2017 (51)
      • ►  Ogos 2017 (56)
      • ►  Julai 2017 (46)
      • ►  Jun 2017 (47)
      • ►  Mei 2017 (58)
      • ►  April 2017 (75)
      • ►  Mac 2017 (80)
      • ►  Februari 2017 (49)
      • ►  Januari 2017 (46)
    • ►  2016 (788)
      • ►  Disember 2016 (57)
      • ►  November 2016 (65)
      • ►  Oktober 2016 (77)
      • ►  September 2016 (64)
      • ►  Ogos 2016 (75)
      • ►  Julai 2016 (80)
      • ►  Jun 2016 (69)
      • ►  Mei 2016 (58)
      • ►  April 2016 (58)
      • ►  Mac 2016 (68)
      • ►  Februari 2016 (50)
      • ►  Januari 2016 (67)
    • ►  2015 (1019)
      • ►  Disember 2015 (68)
      • ►  November 2015 (78)
      • ►  Oktober 2015 (66)
      • ►  September 2015 (57)
      • ►  Ogos 2015 (63)
      • ►  Julai 2015 (86)
      • ►  Jun 2015 (89)
      • ►  Mei 2015 (105)
      • ►  April 2015 (91)
      • ►  Mac 2015 (104)
      • ►  Februari 2015 (104)
      • ►  Januari 2015 (108)
    • ►  2014 (1504)
      • ►  Disember 2014 (130)
      • ►  November 2014 (119)
      • ►  Oktober 2014 (137)
      • ►  September 2014 (121)
      • ►  Ogos 2014 (119)
      • ►  Julai 2014 (103)
      • ►  Jun 2014 (104)
      • ►  Mei 2014 (106)
      • ►  April 2014 (121)
      • ►  Mac 2014 (132)
      • ►  Februari 2014 (139)
      • ►  Januari 2014 (173)
    • ►  2013 (2151)
      • ►  Disember 2013 (169)
      • ►  November 2013 (180)
      • ►  Oktober 2013 (160)
      • ►  September 2013 (138)
      • ►  Ogos 2013 (182)
      • ►  Julai 2013 (220)
      • ►  Jun 2013 (199)
      • ►  Mei 2013 (186)
      • ►  April 2013 (149)
      • ►  Mac 2013 (184)
      • ►  Februari 2013 (188)
      • ►  Januari 2013 (196)
    • ►  2012 (2986)
      • ►  Disember 2012 (194)
      • ►  November 2012 (211)
      • ►  Oktober 2012 (285)
      • ►  September 2012 (260)
      • ►  Ogos 2012 (210)
      • ►  Julai 2012 (239)
      • ►  Jun 2012 (220)
      • ►  Mei 2012 (281)
      • ►  April 2012 (240)
      • ►  Mac 2012 (299)
      • ►  Februari 2012 (283)
      • ►  Januari 2012 (264)
    • ►  2011 (4966)
      • ►  Disember 2011 (303)
      • ►  November 2011 (299)
      • ►  Oktober 2011 (418)
      • ►  September 2011 (390)
      • ►  Ogos 2011 (350)
      • ►  Julai 2011 (396)
      • ►  Jun 2011 (424)
      • ►  Mei 2011 (424)
      • ►  April 2011 (481)
      • ►  Mac 2011 (483)
      • ►  Februari 2011 (488)
      • ►  Januari 2011 (510)
    • ►  2010 (4406)
      • ►  Disember 2010 (559)
      • ►  November 2010 (502)
      • ►  Oktober 2010 (453)
      • ►  September 2010 (387)
      • ►  Ogos 2010 (389)
      • ►  Julai 2010 (429)
      • ►  Jun 2010 (439)
      • ►  Mei 2010 (416)
      • ►  April 2010 (473)
      • ►  Mac 2010 (202)
      • ►  Februari 2010 (89)
      • ►  Januari 2010 (68)
    • ►  2009 (167)
      • ►  Disember 2009 (52)
      • ►  November 2009 (27)
      • ►  Oktober 2009 (67)
      • ►  September 2009 (21)

    Kelab Blogger BenAshaari

    Kelab Blogger BenAshaari

    Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes