Biasanya kalau hari Ahad , sukar nak lepas tahap ni .. mungkin ari ni ramai lepak rumah je kot memandangkan open house pon dah abis ..
Hurm... entah ler ... layan je la Ben ..
Biasanya kalau hari Ahad , sukar nak lepas tahap ni .. mungkin ari ni ramai lepak rumah je kot memandangkan open house pon dah abis ..
Hurm... entah ler ... layan je la Ben ..
REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.
Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.
Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA
sumber : Bharian
Petang tadi , ada ada seorang kawan pembaca blog meninggalkan komen secara offline .. Aku terkejut membacanya .. berkaitan dengan entri ini ( link ) ..
Sebenarnya aku terkejut bercampur gembira dan bersyukur sekurangnya kurangnya ada juga yang 'tersedar' dari satu perasaan tidak puashati terhadap pasangannya .. Alhamdulillah .. sekurangnya satu pasangan kembali aman .. hehe..
Begitulah kita ini .. selagi kitamanusia yang sering menilai sesuatu perkara dengan mata kasar , maka kita takkan nampak kehalusan di sebaliknya .. Maka sampai bila bilalah kita akan berada di takuk itu saja..
Perhatikan .. perhatikan.. perhatikan .. buka mata .. buka akal fikiran .. Kenapa dan mengapa ... fikirkan .. Ada tujuannya Allah memberi kita akal dan fikiran .. Bukan hanya untuk mencari salah seseorang tetapi juga kebaikan mereka ..
Antara sedutan dari msg tersebut :
" ur post abt lelaki romantic tu , i really owe u a life .. tqvm for posting that .. baru la i faham my husband .. i slalu amik ati dgn dia .. tp bila baca ur entry .. baru la i nampak the truth .. my husband is rather tooooo gooood to me .. "
Alhamdulillah ... lega aku membacanya .. baru leh tidur dengan nyenyak ..
Hurm .. kawan makan kawan .. Punca ?
Sanggup buang kawan demi semua itu ? Sanggup ke ? Hurm.. ada yang sanggup .. Kawan boleh dicari ... Tapi duit pon leh cari jugak kan ?
Hurm... Itu duit .. bagaimana pulak jika puncanya kerana perempuan atau lelaki pula ? Kes cinta la ni .. kan ? Hurm... bila bab cinta ni , susah ... pasti buta hati terus .. yang penting ialah kegembiraan diri sendiri.. payah nak berkorban untuk orang lain .. mana mungkin kan ?
Persoalannya .. mampukah kita maafkan dia sekiranya dia datang untuk memohon maaf ? Jika tidak , sampai bila nak kita simpan bara api itu di dalam hati ? Perlukah kita membiarkan dendam itu menghantui kita siang dan malam ? Hurm.. payah bukan ?
Selesaikan ... insyaAllah..
Kenduri kahwin bermaksud mengadakan jamuan untuk meraikan sesuatu perkahwinan. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini adalah anjuran dan sunnah Rasullullah S.A.W. Hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut). Hal ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas r.a. katanya: "ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi S.A.W. menjadi seorang pengantin dengan Zainab, baginda mengundang orang ramai, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai." (Riwayat al-Bukhari)
Dari Anas bin Malik r.a menyebut bahawa Rasullullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman Bin Auf kesan kuningb,lalu baginda bertanya: "Kesan apakah itu? Abdul Rahman menjawab,: "Wahai Rasullullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskawinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Sabda Rasulullah: "Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing."(Muttafaqun Alaih)
Di negara kita waktu cuti sekolah kebiasaannya dipenuhi dengan pelbagai sambutan dan pastinya kenduri kahwin. Kebiasaannya satu hari ade dua atau tiga jemputan. Waktu inin dipilih kerana inilah masanya yang sesuai untuk semua sanak saudara dan ahli keluarga berkumpul berbanding hari-hari biasa.
Hikmah diadakan Kenduri
Antara hikmah diadakan kenduri kahwin ialah:
Sunnah Dalam Mengadakan Kenduri Kahwin
Hukum Menghadiri Undangan Walimah
Hukum menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis:
Diriwayatkan dari Ibnu 'Umar r.a katanya rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya." Riwayat al-Bukhari)
Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah SAW juga bersabda "Dan sesiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya." Riwayat al-Bukhari)
Laksanakanlah walimah sekadar mampu. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan daripada Allah SWT. Firman Allah dalam surah Al-Israa' ayat 27 maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara Syaitan, sedang syaitan itu itu adalah makhluk yang sangat kufur kepada TuhanNya."
sumber : SINARMUSLIM