PENYOKONG Selangor dan Kelantan (kanan) masing-masing mula bertindak ganas dan di luar kawalan semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia Selangor menentang Kelantan di stadium Shah Alam, malam tadi. Keputusan kedua-dua negeri terikat pada 0-0. - Foto BERNAMA
Hurm... dah berkurun aku tak tengok bolasepak tempatan .. Tak minat ? Minat woo... tapi minat aku hilang sejurus kes kes rasuah bolasepak berleluasa .. Dah tak asli setiap perlawanan.. Hurm
Ditambahkan lagi setiap perlawanan , mesti ada adegan tidak matang .. kalau main tu tahap pro cam liga luar negara tu , lain la.. tapi ???
Aku bukan nak kondem .. tapi dah berapa lama tahap sukan bolasepak kita di takuk ni ? Takkan nak kata menang pingat emas sukan SEA tu dah cukup membuktikan betapa bolasepak kita dah maju ?
Dari sekolah rendah sampai abis sekolah .. Cuma Liga Semi Pro yang aku boleh katakan , membanggakan .. Lepas dari tu ?? Pemain lak , yang hensem senantiasa menjadi tarikan dan glemer .. Yang berbakat ?? Ke mana ??
BA : Masuk angin .. tak keluar langsung asap !