Semalam sewaktu aku di Terengganu semalam , sedang aku memandu dalam kelajuan biasa tiba tiba lalu sekumpulan kenderaan pengiring VVVIP .. aku tak pasti sapa punya tapi banyangkan mereka lalu dengan dengan lalu dan 'makan' setengah jalan kereta bertentangan.. Er, kiranya laluan aku tu diorng masuk laa... tapi setengah jer .. Yang tak menariknya , yang mengetuai kat depan tu menyuruh semua kereta yang berada di laluan aku tu , ketepi !!
Yang tak patutnya ialah , kenapa diorng pandu laju sangat ! Aku sendiri tak perasan diorng tu masuk ke laluan aku !! Bayangkan jika bertembung ??? Aku bawak Myvi jer.. diorng tu pacuan 4 roda .. sapa teruk ????? Cukupkah sekadar membayar pampapasan walaupun aku kehilangan nyawa ??? atau nak buat apa duit kalau aku dah cacat ???
Sepatutnya perkara perkara begini pihak berkenaan kenalah amik berat .. jgn korbankan nyawa orang lain demi 'URUSAN RASMI' VVVIP tu !!
Perkara ni bukan saja berlaku di situ tapi mana mana tempat yang melibatkan VVVIP bila lalu !
SILA BERI LALUAN .. SILA BERI LALUAN .. Yang memandu kat depan ni jadi kelam kabut.. terkejut beruk bila kena 'halau' gitu.. Kalau pemandu tu baru memandu sehari dua , camana ??
Sebaiknya cari alternatif yang lain. Jgn sampai ada nyawa terkorban dan baru la " SIASATAN AKAN DIBUAT " ... Tak guna beb !
BA : Darah sama sama merah yer ...
Ooo... ada member mencabar aku yer... nak tengok badan sapa paling mantap eh.. apa dia ingat aku dah kawin dan dah tua , tak reti nak jaga badan ?
Senang jer.. bukan susah nak buat balik .. lagi pon skang mmg aku dah start buat balik .. heheh..
Boroi ? Ops.. maaf .. tiada dalam kamus hidup aku .. Tak pe.. hujung tahun ni , pasti kembali cun seperti dulu.. Tapi lebih cun laa.. hahaha.. mau buat ala Vin Diesel atau Will Smith dalam I AM LEGEND !
Baik ko tarik balik cabaran ko tu !! aku pasti menang .. hahahahha
KHAIRY Jamaluddin melekatkan papan tanda rumah Norziana Harun sambil di perhatikan oleh Meriyam Abd Majid (kanan) selepas Pelancaran Jelajah One Malaysia (JOM) peringkat negeri Selangor Pemuda Barisan Nasional bersama Giatmara di Taman Keramat Kuala Lumpur, 16 Okt. 2010. - Utusan/ISMAIL KAMADIN
Hurm... nak kata pe dah kan ??? Mata memandang .. hati meradang ? Huhu.. pk la sendiri yer ..