BEN ASHAARI



 

Aku penah bagi satu soalan ni pada rakan rakan FB ... Soalannya berbunyi gini ..

" Siapakah yang akan anda selamatkan terlebih dahulu sekiranya rumah anda ( rumah 2 tingkat ) terbakar di mana anda , suami  beserta seorang anak perempuan yang berusia 1 tahun sedang berada di dalam rumah dan kebetulan sedang nyenyak tidur di tingkat atas .. Api semakin marak ..

Flash back : Pasangan anda pula baru saja saja mengalami kemalangan di mana kakinya patah dan memerlukan bantuan untuk bergerak .

Persoalannya di sini ... anda ada satu peluang saja untuk menyelamatkan satu nyawa ... Siapakah yang akan anda selamatkan ?  "

Hehehe... Siapakah yang akan anda pilih dan mengapa ? Jawab jawab ..

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

image

Projek Keusahawanan > PINCES

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Bila kita di atas , ingatlah bahawa ada lagi di atas kita .. Maka pandanglah ke bawah agar mengingatkan kita bahawa ada orang dibawah kita ..

Bila kita dibawah , ingatlah bahawa ada lagi orang dibawah kita .. Maka pandanglah diatas agar kita majukan diri supaya tidak berada dibawah selamanya ..

Bila kita di tengah tengah .. ingatlah bahawa bila bila masa saja kita boleh naik ke atas begitu juga sebaliknya. Segalanya atas daya usaha sendiri.

Janganlah asyik mengharapkan orang lain untuk membantu  kita sedangkan kita sendiri tidak membantu diri kita sendiri .. Dan janganlah pula tidak membantu orang lain bila mereka memerlukannya..

Dunia ini ibarat cuaca ... Cerahnya belum tentu panas terik dan mendungnya belum tentu hujan lebat .. Jika beringat , payung ditangan senantiasa kemas agar panas terlindung hujan tidak basah ..

-BEN ASHAARI , 25/10/2010-

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Oleh: Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani (UKM)
(Majalah Sinar Rohani, Oktober 2003)

Dalam kebanyakan buku-buku yang membincangkan tentang perkahwinan dalam Islam, biasanya terdapat satu konsep yang  menjelaskan tentang peranan suami iaitu sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada keluarga.

Misalnya, dalam buku Memasuki Gerbang Perkahwinan yang menjadi panduan kepada bakal pengantin dan diterbitkan oleh JAKIM dengan jelas mencatatkan perkara tersebut iaitu: “Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan. Walaupun ia merupakan satu tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada keluarga.”

Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34).

Begitu juga dengan satu hadith  yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud: “Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”.

Hujah-hujah ini telah menjadi panduan umum kepada umat Islam di seluruh dunia tentang kewajipan yang diamanahkan kepada kaum lelaki iaitu dalam konteks pemberian nafkah keluarga.

Walaupun konsep tersebut telah diterima pakai lebih dari seribu tahun, perubahan yang berlaku dalam masyarakat seperti perindustrian dan kini kepada masyarakat dalam lingkungan teknologi komunikasi maklumat dikatakan menuntut kepada perbincangan baru tentang kedudukan lelaki sebagai ‘breadwinner’ utama kepada keluarga. Berita Harian, 22 Julai 2002 misalnya, memfokuskan satu perbincangan tentang jangkaan perubahan struktur keluarga
dalam masa 10 tahun akan datang disebabkan dominasi mahasiswa wanita melebihi lelaki di hampir kesemua institusi pengajian tinggi awam di Negara kita.

Universiti-universiti utama seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara mempunyai nisbah mahasiswa wanita melebihi lelaki sehingga ada yang mencapai nisbah 60:40.

Memetik kata-kata Kamarudin M. Said, Ketua Program Antropologi dan Sosiologi, UKM, beliau berpendapat “… wanita akan berhadapan dengan masalah kerana sejauh mana kepimpinan mereka boleh diterima, terutama oleh golongan yang tidak mengiktiraf wanita sebagai ketua keluarga… sejarah sosial menunjukkan walaupun kepimpinan diterajui wanita, namun tidak wujud masyarakat di mana
wanita lebih dominan dari lelaki”.

Justeru, apakah wanita akan menjadi peneraju utama keluarga yang akan mengubah konsep asas kehidupan seperti yang diamalkan sejak ribuan tahun dahulu? Apakah perubahan set-set pekerjaan dengan bentuk pekerjaan yang bernilai lebih tinggi dipegang oleh golongan
wanita akan menyebabkan fungsi kebapaan seperti yang difahami umum turut berubah?

Apakah persepsi Islam terhadap perubahan persekitaran yang dikatakan mendesak dan mempengaruhi kepada perubahan konsep suami sebagai pemberi nafkah seperti tercatat dalam ayat dan hadith yang disebut di atas?

Perbincangan ini akan berlegar di sekitar satu kerangka umum seperti
yang ditegaskan oleh Islam iaitu manusia dicipta oleh Allah, asasnya ialah sebagai ‘khalifah’ yang memakmurkan bumi. Dalam penciptaan tersebut, terdapat konsep fitrah atau sunnatullah yang tidak boleh berubah akibat perubahan persekitaran.

Namun Islam turut meraikan, malah menggalakkan juga perubahan dalam perkara-perkara murunah (fleksibel) yang memberi kebaikan kepada manusia.

Kehidupan manusia, seperti yang dibahaskan oleh Ibn Khaldun, terikat kepada proses yang disebut oleh beliau sebagai ‘teori kitaran’ yang melalui phasa kelahiran, pembesaran, muda, dewasa dan kematian.

Generasi demi generasi akan silih berganti dengan fungsi sebagai khalifah dalam teori kitaran tersebut sehingga berlakunya hari kiamat.
Fungsi Asas Bapa dan Ibu . Barangkali kalau diterbalikkan persoalan yang selalunya dianggap menjadi kebiasaan dalam menjalani kehidupan seharian, ia boleh memberi gambaran bentuk kerangka logik berfikir yang munasabah.

Misalnya, apakah boleh dipersetujui umum bahawa wanita perlu mencari nafkah untuk keluarga dan lelaki akan menjadi suri rumah yang bertanggungjawab dalam mengurus urusan seharian  rumahtangga termasuk memberi tumpuan kepada mendidik, menyusu
dan membesarkan anak-anak?

Apakah lelaki yang bergelar bapa dibekalkan dengan segala kekuatan fizikal dan emosi untuk menjalankan tanggungjawab tersebut secara berkesan untuk pembangunan masyarakat?

Apakah keseluruhan wanita pula sanggup menukar pemikiran mereka untuk menjadi meneraju utama rumahtangga yang menjadi ‘breadwinner’ sepenuhnya untuk keluarga?

Persoalan-persoalan seperti ini memaparkan tentang realiti kemanusiaan yang akan memperlihatkan tahap pemikiran manusia dan kegelisahan dalam usaha untuk melakukan adjustment dan akomodasi kepada persoalan perubahan di sekitar ruang lingkup kehidupan.

Al-Quran telah lama menyediakan jawapan kepada persoalan di atas. Di dalam al-Quran terdapat dua surah yang dikatakan paling banyak membicarakan hal ehwal berkaitan wanita iaitu Surah an-Nisa’ dan Surah at-Thalaq. Tiada satu pun surah yang ditujukan khusus kepada pembicaraan tentang lelaki.

Walaupun begitu, di permulaan surah an-Nisa’, Allah SWT menggambarkan dengan jelas tentang kejadian manusia, baik lelaki ataupun perempuan, bahawa mereka dicipta daripada nafs (jiwa) yang satu (iaitu Adam) dan kemudian diciptakan bagi Adam AS seorang isteri dan dari mereka lahirlah zuriat manusia seterusnya yang terdiri dari kumpulan lelaki dan wanita.

Berdasarkan prinsip ajaran Islam, adalah disepakati pada asasnya bahawa darjat lelaki dan wanita di sisi Allah SWT adalah sama, sesuai dengan fungsi biologi dan peranan masing-masing. Lelaki dicipta oleh Allah SWT dari segi biologinya tidak mempunyai keupayaan untuk mengandung, melahirkan anak dan menyusu. Ini berbeza dengan biologi wanita yang mempunyai segala keupayaan di atas.

Walaupun berbeza dari segi biologi, lelaki dan wanita yang dicipta oleh Allah SWT mempunyai fungsi kehidupan yang saling melengkapi dan saling memerlukan untuk memenuhi fitrah keinsanan. Ia dianggap sebagai sunnatullah. Manusia lelaki tidak boleh hidup dalam satu komuniti jika didalamnya hanya terdapat yang berjantina lelaki sahaja, begitu sebaliknya.

Perbezaan fungsi dan biologi disebut oleh Allah sebagai iktibar seperti diungkap oleh isteri ‘Imran maksudnya “dan anak laki-laki tidaklah sama dengan anak perempuan” (ali-Imran: 36).

Apa yang dipersetujui dalam konteks tidak sama antara anak lelaki dan anak perempuan ialah dari sudut fizikal di mana dalam nazar isteri ‘Imran’, beliau amat mengharapkan supaya dikurniakan seorang anak lelaki untuk berkhidmat di Baitul Maqdis.

Apabila diketahui bahawa jantina anak yang dilahirkan adalah anak perempuan, beliau bermunajat kepada Allah SWT dengan mengakui bahawa anak lelaki tidaklah sama dengan anak perempuan dari segi fizikal, namun dia masih boleh mencapai tahap ketakwaan tertinggi
kepada Allah SWT .


Fungsi asas kepada bentuk kehidupan lelaki dan wanita yang saling
bekerjasama disebut dan wanita yang saling bekerjasama disebut dengan jelas dalam beberapa ayat yang menggambarkan wujudnya kerjasama jantina dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi.

Antara ayat-ayatnya ialah yang bermaksud: “Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu, dan menciptakan pasangannya darinya, supaya kamu tinggal bersamanya” (al-A’raaf : 189) “Dan
Allah mencipta isteri-isteri bagimu dari jenismu. Dan dia jadikan bagimu anak-anak dan cucu-cucu melalui isteri-isterimu” (an-Nahl: 72).


Islam mengakui perbezaan biologi yang wujud dan menggariskan informasi asas yang jelas sebagai rangka rujuk kepada perjalanan kehidupan manusia. Perubahan persekitaran yang diakibatkan oleh beberapa faktor seperti berlakunya bencana alam, peperangan, kematian dalam jumlah yang besar akibat epidemik dan penciptaan teknologi yang mengubah kaedah bekerja tidak mungkin mengubah ketetapan asas yang menjadi fitrah manusia.

Dari sudut itu,dengan lain perkataan, tidak mungkin bapa akan menjadi ibu atau ibu akan menjadi bapa. Walaupun begitu, bapa masih boleh memainkan peranan yang dimainkan oleh ibu dalam perkara-perkara yang bersifat murunah untuk mewujudkan perasaan mawaddah wa rahmah dalam kehidupan berkeluarga.

Seorang bapa boleh membasuh pakaian, memasak, mengemas rumah dan pelbagai set pekerjaan yang selalu dirujuk kepada tugas seorang wanita. Begitu juga dengan seorang ibu. Beliau boleh bercucuk tanam, menoreh getah, bersawah, berniaga dan pelbagai set pekerjaan lain yang selalu dihubungkan
dengan pekerjaan lelaki.


Bapa dan Pekerjaan

Istilah “pekerjaan” sebenarnya mempunyai makna yang luas, bukan terhad kepada kerja yang dibayar dengan upah (wang). Kamus Dewan memberi pelbagai pengertian kepada istilah “pekerjaan” iaitu antaranya sesuatu yang dikerjakan; sesuatu yang dilakukan (harus dilakukan) sebagai tanggungjawab, kewajipan, tugas; sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yang dilakukan berterusan (dari sehari ke sehari) untuk keperluan hidup, usaha atau kegiatan untuk mendapat wang, pencarian; pergerakan atau perjalanan sesuatu; dan majlis
(istiadat) perkahwinan dan lain-lain.

Pengertian pekerjaan yang paling relevan dalam perbincangan ini barangkali boleh dirujuk kepada aktiviti seharian yang dilakukan secara berterusan untuk memperoleh ganjaran atau pendapatan yang  dinilai dalam bentuk wang.

Walaupun begitu, perlu juga disebutkan bahawa terdapat pelbagai set pekerjaan lain yang tiada ganjaran dalam bentuk wang yang mesti juga dilakukan oleh seorang bapa untuk memenuhi tanggungjawab yang disebut oleh Islam sebagai “memberi nafkah”.


Terdapat perbezaan makna berhubung istilah ‘nafkah’ dengan kewajipan suami yang disebut dalam kitab-kitab feqah dengan istilah “pekerjaan” seorang bapa yang seringkali dikaitkan dengan profesion tertentu kini. Nafkah yang dimaksudkan dalam Islam adalah lebih luas pengertiannya berbanding dengan istilah pekerjaan.

Para ulama Islam selalu menyebut nafkah dengan merujuk kepada nafkah zahir dan nafkah batin. Nafkah zahir merujuk kepada menyediakan keperluan asas kehidupan meliputi makan minum, pakaian, tempat
tinggal dan juga memberi perlindungan dan keselamatan.

Misalnya Allah menegaskan kewajipan nafkah berkaitan makan minum, tempat kediaman dan pakaian seperti berikut:
“Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang sepatutnya” (al-Baqarah : 233)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga
(pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).

‘Perlindungan dan keselamatan’ pula merupakan nafkah yang terikat
dengan factor biologi di mana wanita yang tiada tempat pergantungan kepada lelaki akan menghadapi saat kehidupan yang ada kalanya tiada ketenangan terutama dalam memenuhi keperluan keinsafan. Jika wanita bersuami, ia mungkin bergantung pada bapa, anak atau adik lelaki terutamanya ketika berhadapan dengan saat-saat kecemasan.


Nafkah batin pula termasuk keperluan memenuhi nafsu seks untuk tujuan menjamin kesinambungan zuriat dan aspek psikologi yang disebut dengan istilah mawaddah wa rahmah yang bernatijahkan sebuah keluarga yang bahagia menurut kacamata Islam.

Ia boleh dicapai melalui pergaulan yang baik antara suami dan isteri dan ahli keluarga yang lain. Islam meletakkan konsep amanah sebagai pengawas tertinggi kepada setiap bapa sebagai individu untuk menunaikan nafkahnya kepada keluarga.

Justeru, Islam menggalakkan agar bapa dan ibu saling bekerjasama dalam memenuhi keperluan keluarga tanpa meletakkan satu garis set pekerjaan yang serba tetap untuk jantina tertentu.

Dalam masyarakat tradisi yang terikat dengan pertanian, jenis-jenis
pekerjaan yang dibahagikan kepada bapa adalah jelas perbezaannya dan diturunkan generasi demi generasi. Pekerjaan seperti memburu, menggembala, bertukang kayu atau besi, membuat rumah, alat-alat upacara dan sebagainya yang dianggap memerlukan kekuatan akan dirujuk kepada lelaki.

Manakala set pekerjaan seperti memasak, mengangkut air, menganyam, bertenun, menjahit dan membuat pakaian dan sebagainya yang tidak memerlukan tenaga yang
banyak serta boleh dibuat di rumah atau sekitarnya atau berdekatan dengan anak-anak selalunya dikhaskan sebagai pekerjaan perempuan.

Walaupun begitu, terdapat pekerjaan yang saling dilakukan bersama seperti bercucuk tanam dan sebagainya yang merupakan usaha saling bantu-membantu bagi memenuhi keperluan hidup berkeluarga.

Zaman perindustrian pula menyaksikan pertumbuhan kilang-kilang dan industri yang memerlukan tenaga kerja yang mempunyai korektor tertentu untuk bidang pekerjaan tertentu.

Kerja-kerja yang dulunya berat dan memerlukan tenaga fizikal yang selalunya dirujuk kepada lelaki telah dibantu oleh mesin-mesin. Justeru, kebanyakan kerja tidak boleh lagi diklasifikasikan mengikut jantina.

Oleh sebab perindustrian membangun melalui ideologi kapitalisme, output material diletakkan sebagai objektif tertinggi yang mengetepikan persoalan kemanusiaan sehingga masa kerja tidak lagi fleksibel. Kilang-kilang memaksa kerja berlaku selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Ini telah memberi kesan kepada perubahan struktur kehidupan kebanyakan keluarga yang terlibat dalam dunia industri. Bapa dan ibu yang kedua-duanya bekerja dalam waktu yang ditetapkan akan berhadapan dengan persoalan kemahiran menyusun masa untuk kerja dan pembangunan keluarga.

Zaman teknologi maklumat yang kembali memperkenalkan konsep working from home boleh mengembalikan cara bekerja yang lebih fleksibel dan memberi lebih peluang kepada bapa dan ibu membahagikan set kerja yang lebih teratur untuk membangunkan kemanusiaan.

Suami sebagai pemimpin kepada rumah tangga memerlukan kemahiran
khusus dalam zaman ini bagi menentukan ketaatan isteri dan saling hormatmenghormati serta memahami di antara satu sama lain bertunjangkan ketakwaan kepada Allah.

Dari segi ‘kuasa’ suami yang berhadapan dengan isteri yang mempunyai pendapatan sendiri, ada kalanya melebih pendapatan suami, konsep memberi nafkah yang disebut di awal ini masih lagi relevan.

Dalam kajian Fatimah Abdullah (Jurnal Antropogi dan Sosiologi, 1987) mengenai wanita bekerja dan pengurusan rumah tangga, beliau mendapati masih terdapat kesedaran tinggi di kalangan wanita dual career terhadap tanggungjawab pengurusan rumah tangga dan berkongsi kerja.

Banyak kerja-kerja seperti membasuh, memasak, mengemas rumah dan sebagainya diurus secara bersama atau dengan bantuan pembantu rumah.

Responden yang bekerja sebagai Ahli Sains Hayat, Sains Fizik, Arkitek , Jurutera, Doktor Perubatan/Haiwan, Akauntan, Pegawai Kewangan, Peguam, Guru, Wartawan, Pensyarah, Pentadbir dan lain-lain masih mengekalkan konsep bekerjasama dan menghormati suami sebagai pemimpin rumah tangga.

Daripada 100 orang responden yang diselidiki, 94 orang masih memberi jawapan bahawa suami layak dianggap sebagai ketua ‘isi rumah’ apabila diajukan soalan tersebut dan mereka mengakui terlibat secara bersama salam membuat banyak
keputusan berkaitan keluarga.

Dalam tulisannya berkenaan dengan keluarga, William J. Goode (1991)
cuba menegaskan bahawa dalam sebarang analisis berkaitan pekerjaan jantina, perkara utama yang perlu selalu diingat ialah bahawa tidak semua individu dalam masyarakat akan melaksanakan peranan jantina yang dibebankan oleh masyarakat.

Akan terdapat juga individu seperti wanita yang dikatakan bersifat kasih sayang dan pengasih yang tidak memenuhi tanggungjawab sepenuhnya.


Beliau seterusnya menulis:

“Sedikit sebanyak pembahagian kerja berdasarkan jantina adalah
universal, tetapi nampaknya kebanyakan daripadanya tidak diperlukan
disebabkan oleh keanehan biologi kedua-dua jantina. Seseorang lelaki memang tidak boleh mengandung atau menyusui anaknya.

Pada umumnya lelaki adalah lebih kuat dan boleh berlari lebih pantas daripada perempuan yang kadangkala berhalangan disebabkan kehamilan dan datang haid. Sebaliknya, perempuan biasanya mempunyai kekuatan dan kepantasan yang cukup bagi melakukan hampir semua tugas dalam satu-satu masyarakat”.

Konsep hidup bekerjasama antara suami dan isteri atau bapa dan ibu
bukanlah perkara baru dalam sejarah kemanusiaan. Islam menggariskan konsep asas yang perlu dipegang walaupun berlaku perubahan persekitaran.

Manusia kini adalah juga manusia dahulu yang dicipta dengan naluri dan fitrah yang sama dan memerlukan keperluan yang masih sama iaitu keperluan rohani dan jasmani.

Kesimpulan Pekerjaan kebapaan merupakan satu dari kepelbagaian tanggungjawab yang telah digariskan secara jelas oleh Islam untuk menjadi panduan melayari bahtera kehidupan di dunia bertujuan menjamin kebahagiaan abadi di akhirat.

Sebagai ketua dalam keluarga yang dipertanggungjawabkan memastikan ahli keluarga terelak daripada memasuki api neraka, tanggungjawab tersebut adalah amanah berat yang menjadi fitrah keinsanan.

Islam meletakkan objektif yang jelas bagi setiap keluarga iaitu pembentukan keluarga yang ada mawaddah wa rahmah yang menimbulkan ketenangan dalam kehidupan dan jauh dari kebimbangan, keresahan dan sebagainya yang merosakkan hati dan pemikiran.

Dengan berada di bawah payung ketakwaan kepada Allah dan berusaha menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan, nescaya kaum bapa akan beroleh kebahagiaan hakiki yang disebut dengan saadah wa nasr al-salam (kebahagiaan
dan menyebarkan kesejahteraan).

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

- Sticky Post Entry -


clip_image001

Pengasas RedGlow

Arlina(arlinarosli.blogspot.com) & Annur Najwa(annurnajwa.blogspot.com)

Ingin belajar cara solekan untuk kegunaan peribadi atau pun mengandam ? Sila ke blog RedGlow atau Jadual Kelas RedGlow.

A : Solekan Ke majlis

image

Solekan segar namun menyerlah

image

1- Mula2 sapu foundation dan loose powder.

image

2- Sapukan eyeshadow mengikut tema yg di gemari di kelopak mata... Manakala warna kuning cair dibawah kenaning utk menampakkan kening yg lebih tinggi... (Eyeshadow:Lancome)

image

3- Gunakan eyeshadow bewarna hitam utk melukis soket pada mata... (Eyeshadow:Midnight Clinique)

image

4- Gariskan eyeliner pada mata...

(Eyeliner: MAC Engraved)

image

5- Sapukan mascara... (Mascara: MAC Zoom Lash)

image

6- Diikuti blusher dan lipstick.... (Blusher: MAC Warmsoul)

B : Solekan Biasa

image

Sesetengah org suka pada gaya simple dan lembut... Jadi kali ni RedGlow bagi tips untuk penggayaan yg simple dan ringan... Seperti biasa, fokus adalah pada bahagian mata...

image

Selepas apply bedak asas dan loose powder, kita terus fokus di bahagian mata... Kali ni kami memilih eyeshadow warna kuning air-glitter ( anda boleh tukar kepada warna tanpa kilat seperti pink,lite chocolate, soft green atau mana2 earth color)...

image

Anda juga punya pilihan sama ada ingin menambah soket bewarna hitam atau pun coklat utk menyerlahkan kelopak mata... jika minat pada mata yg polos, anda boleh skip bahagian ini.

image

Oleh kerana kami tidak mengenakan false eyelashes, kami apply mascara 2-3 kali utk menyelahkan bulu mata asal...

image

Akhir sekali tambah blusher dan lipstick lembut seperti coklat cair/peach...

image

Tadaaaaaaaaa!

Lain lain contoh :

DSC_0171 DSC_0002

DSC_0069 DSC_0133

Berminat ? Untuk keterangan lebih lanjut :

  • http://redglow-portfolio.blogspot.com
  • click to Jadual Kelas RedGlow untuk jadual kelas

Atau hubungi :

email : annurnajwa@yahoo.com
sms : 012-3588999

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Februari 2026 (2)
      • Risau gastrik , gerd di bulan puasa ? Ni tips mudah..
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes