Erk.. khas buat blog yang baru merangkak je yer ... Kenapa baru jer ? Yang lama tu dah cukup teror dah .. g je mana mana .. sah sah orang kenal blog blogger lama ni .. kan kan ?
Ok .. terus pada isunya.. Aku nk bukak satu lagi bloglist .. Khas buat blogger baru merangkak.. Kalau rasa rasa korang tu blogger baru , dan tengah merangkak .. dan paling penting , berminat nak join blog list baru ni , ikut je petua aku ni ..
2: TAJUK : JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI
3: Tinggalkan link entri korang tu di ruangan komen entri ini.
Peringatan : Bloglist ini tidak kekal ! Akan senantiasa ditukar dan dibuat baru ..Tapi jangka masa pemusnahannya ialah tahun depan la.. lama lagi.. ada 2 bulan lagi untuk korang curik pembaca .. hehe..
Tunggu apa lagi ? Cepat la buat... Akan ditutup tengah malam kang ...
Erk.. yang dah buat tu tak payah la buat.. khas yang baru jumpa blog aku ni jer ... cepat lerr....
Jangan lupa undi di sebelah ni yer...
Aku sebenarnya nak lari dari topik $$ ... aku tau ada yang meluat aku dok buat cerita ni jer .. Masalahnya aku bukan nak sangat buat tapi dah ada yang bertanya .. Takkan aku nak sombong lak kan ?
Terpaksa laaa aku mengulang cerita yang sama ... iaitu SABAR ..SABAR dalam menjana $$ dari IKLAN yakni NUFFNANG.. Sampai bila bersabar ??? Nak tanya .. berapa tahun dah blogging ? Aku ni pon dah masuk setahun sebulan.. Iklan Nuff mula aktif setelah 6-7 bulan .. Walaupun trafik aku tinggi sebelum tu tapi iklan yang keluar pon jap jap jer ..
Kalau trafik korang tinggi , aku cadangkan korang buat satu kajian mengenai iklan di ruang maya ni.. Cuba cuba la letak INNITY , MANGGA dan banyak lagi ...
Tak salah mencuba.. dengan mencuba korang akan dapat menimba lagi ilmu dan juga info mengenai syarikat syarikat pengiklanan ini .. Tak leh la diorng kencing korang kan ?
Mana la tau nanti korang dah digelar otai , boleh la cerita kat diorng pasal iklan ni ... ok ? Sabar yer ... tak rugi sabar ni .. Jangan terlampau sangat nak dapatkan $$ dalam masa yang singkat .. Lari dah niat blogging tu .. Biarkan dia datang .. Masa tu , tak larat dah nak tengok duit masuk ... ok ?
Mula mula , tingkatkan dulu kualiti blog korang .. Penulian , maklumat ... promosi ... $$ akan datang selepas itu .. Percayalaaahhhhhhhhhhhhh ... haa..tengok ..tak pasai pasai aku nyanyi dah lagu Siti ....huh !
Hurmm .. aku ditanya tadi tentang NUFFNANG .. Bagaimana 'mereka' boleh mendapat $$ dari NUFFNANG ? Camana nak bagi $$ tinggi eh ? Camana nak register ? Apa itu NUFFNANG ?
Hurm... Dah cuba google cari jawapannya ? Sejak dunia blog ini meletup ( aku rasa fenomena ini muncul bila ada media 'buat cerita ' income seorang blogger popular mengalahkan artis mampu menjana pendapatan melalui blog sehingga RM20K sebulan .. okeh !! Sebulan yer ... diulangi.. SEBULAN .. Erk... Betul ke ? Dengarnya dia dah buat pembetulan di dalam blognya.. Tak la sampai setinggi tu .. hehehe.. Takut yer .. income tax mari ehhh .. hehehe.. no komen yer ... Kalau betul la kan , turunkanlah ilmu ilmu tu pada kami kami yang daif ini .. kan kan ?
Eh.. terlari tajuk.. maaf yer ..Sejak kecohnya pasal tu , maka ramai blogger tumbuh bak cendawan selepas ribut ! Kemudian masing masing mengeluarkan tips tersendiri .. Macam macam ada .. masing masing dengan kreativiti tersendiri .. Kalau rajin google , pasti jumpa .. boleh la curik tips tips tu ..
Kalau korang tanya aku , bagaimana aku dapat $$ dari NUFFNANG , maka dengan rendah diri aku bagitau , tak tinggi pon... cukup cukup lepas beli baju jer.. :)
Tapi tak pe.. aku sudi memberi tips menjana $$ dari NUFFNANG atau syarikat2 yang lain .. Sangat basic.. hehehe TINGKATKAN TRAFIK !!!Perkemaskan blog ... Pastikan trafik tinggi dari pembaca luar .. Kalau blogger sendiri , berapa ramai akan klik iklan tu ?? Kalau pembaca yg bukan dari kalangan blogger , pastinya akan tertarik dengan iklan tersebut.. kan ?
Itu yang biasa.. ada yang akan dapat iklan berterusan yang dipanggil BUFFERED EARNINGS atau BE ... Yang ni mmg meriah .. $$ masuk tak henti henti.. Kalau mereka ( blogger ) dapat ni , pastinya akan sedaya upaya mendapatkan pageviews yang tinggi .. Setiap pageviews tu akan dibayar , setiap hari yer ... bukan minggu ...
Faham ? tingkatkan pembaca .. pelbagai teknik ada untuk tingkatkn trafik ... G.O.O.G.LE !!
Hurmm .. macamana laa 'dia' ni boleh ada kat sini .. Mmg ari ari aku naik erl ngan dia tapi tak pernah langsung bertegur sapa padahal mmg 'kenal' ..
Kenapa aku tak nak tegur dia ? Pertama kali aku bertugas di VISIT MALAYSIA 2007 , Putrajaya dan dia menyelia booth situ .. Aku perasan yang dia ni hanya akan mesra dengan perempuan jer ... ( Pssstt... iklan sat.. aku kata dah.. tuuu .. dok mula mengatal dah.. haih ...)
Kalau dengan staff lelaki , dia ala ala gitu jer .. hahaha... aku mmg wat tak tau jer. .. Tak kira la dia pangkat besar mana sekali pon .. Kau kuli , aku pon kuli .. hahaha..
Bukan la aku nak bersikap kurang hajar tapi aku hanya 'dingin' dengan dia .. Mmg aku wat tak nampak je... huh.. Orang tua gini , makin tua makin menjadi .. Letih nak layan ..
Tadi dia baru lalu depan booth unit aku ... dia tak tegur aku .. dia tegur budak budak perempuan yang turut sama bertugas dengan aku.. Kan aku kata dah ... hahaha... Tak pe.. aku tak rugi apa pon .. harap dia bahagia dengan kehidupan dia .. insyaAllah ... doa yang baik baik untuk mereka yang dah berumur ni... hehee... er..tak kira umur sebenarnya ,dengan sapa sapa kita kena doakan kesejahteraan mereka ..