BEN ASHAARI



 

Ali : Ko g mana petang ni ?

Abu : Dating ler .. apa lagi nak buat ?

Ali : Sementara tu ?

Abu : Ni dok menganga dengan kau ni apa kemendanya ?

Ali : Sapa kata aku dok menganga je ni ?

Abu : Dah tu .. dari semalam aku tengok kau dok mengadap laptop tu jer  !! Bila aku jeling kat skrin kau tu , ko dok layan FB .. Dari melayan menda gitu , baik aku tengok tv... huh

Ali : Oooo.. jadi selama ni kau ingat aku membuang masa dok mengadap laptop ni la yer ?  Meh sini aku tunjuk kat kau ..

image

Ni yang aku dah dapat dan bakal dapat tau ! Dah ada lagi yang aku dpt .. Boleh aku nak tunjuk kat kau berapa aku dapat tapi aku malas .. Bukan apa , kau ni kaki meminjam .. Kalau pinjam , bayar balik tak per .. tapi ni sampai jadi 'arwah' si peminjam tu pon belum tentu terbuka hati kau nak membayarnya ..

Aku bukan nak berkira dengan kau tapi aku nak bagi kau lubang .. lubang buat duit yang tidak memerlukan kau membanting tulang keringat kau hari hari . Aku tengok kau pandai mengayat perempuan .. Dari kau buang air liur kau dok mengayat diorng , baik kau 'mengayat' cara aku ni .. Berbaloi baloi !! Tak payah tunggu bonus dari company dah ! Tiap tiap bulan kau dapat bonus woooii ..

Abu : Kau cerita betul atau cerita hindustan kat aku ni , Ali ???

Ali : hurm... kau nak aku buktikan lagi ??? Nah.. tengok ni lak ...

image

Cheque dia akan sampai sehari dua lagi.. ni haa... 3 keping sekali !

image

Jadi , duit belanja aku tu .. boleh la aku simpan dalam bank .. kot esok esok aku gatal nak menikah awal , tak payah la nak g pinjam kat ALONG ke .. kat ANGAH ke.. kat KAK CHIK ke... g je kat ASB tu haa.. kasi korek keluar semua .. selamat masa depan buat sementara .. hehe ..

Abu : Hurmm ... berbaloi jugak kan ? Tapi aku tak tau nak buat la .. idea nak menulis cerita pon takde ... kang sia sia jer ..

Ali : Aku dulu macam kau gak .. Terpikir .. ada ke orang nak baca blog aku ni ?? Aku bukan artis .. Aku bukanlah penulis novel.. Tapi tak cuba tak tau la kan ? Aku buat je la... Maka .. taraaaaa... berbaloi baloi... kalau nak nikah skang pon ok dah ni.. hahaha..

Abu : Weh .. aku nak buat gak boleh ? kau ajar aku eh ?

Ali : Eh .. boleh je.. sila la beli E-BOOK aku .. kau ingat dunia ni semua free ?? Air kosong pon dah 50 sen !!

Abu : Ceh .. ngan kawan kawan pon berkira !!

Ali : Ala... kawan , kawan gak .. bisnis tetap bisnis .. cmana la melayu nak maju kalau semua menda nak free ????

Abu : Yela yelaaa .. berapa ??

Ali : Kau nak harga kawan kawan atau harga biasa mahupun harga ahli ?? 

Abu : Camana tu ?? Berapa ?

Ali : Harga biasa .. RM50 .. Harga Ahli .. RM40 .. Harga kawan kawan , murah la.. aku baru RM 60... ok ?

Abu : Hah ???? RM60 ? Nape mahal dari yang lain ???

Ali : Sbb aku tau , kalau kawan kawan nak , mesti bayar bulan bulan.. silap silap sebulan rm1 ! mau giler aku menghabiskan kredit mintak hutang .. hahahahha .. acah je la.. ye laa.. aku ajar kau nanti.. Mana tau kot kau jadi popular .. senang gak hidup aku.. Boleh bayar semua hutang kau tu kat aku balik ... hahahaha .. Aku gurau je laaa... Terus muka ketat cam muka mat gebu tu.. ahhahaha..

Abu : Mat Gebu tu sapa ???

Ali : Haa.. nanti bila kau dah jadi ahli kelab blogger sedunia , kau pasti kenal dia .. hahaha .. kan mat kan ..

Abu : Dah dah .. malam kang ajar aku .. aku nak abiskan duit aku ni kat awek tu.. tu kaki kikis aku tu.. asik asik nak makan kat hotel jer .. ceh... dah la tu , makan  tak abis.. order macam lembu sekawan nak makan .. huh ! Mau gak aku terminate dia nanti !!

Ali : Hahahaha.. padan muka kau.. kau yang cari pasal.. kau jawab sendiri laaaa .. okeh.. selamat bermaksiat !!

Abu : Huh ...

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Erm.. macamana aku boleh g melancong ke negara yang sedang hangat berperang ni eh ? Erm.. pelbagai tanda dalam tu menyebabkan aku rasa pelik ..

Antaranya .. aku berjalan di satu kawasan yang agak kering.. tapi sejuk .. ada sekali tu kelihatan ombak besar datang.. warna airnya sangat cantik dan menyebabkan aku membongkokkan diri lalu bermain dengan air .. tapi rupa rupanya .... pasir ! Aku terkeliru atau aku berimaginasi ?

Kemudian aku kembali ke bandar .. Kumpulan pengganas ada di mana mana .. Wife aku ketakutan .. Dia ajak pergi ke hotel yang lebih selamat... Semua tempat tak selamat .. kecuali hospital .. lalu kitorang ke sana .. di sana .. aku yang tak selamat .. ada seseorang yang aku kenali di situ .. hurmm ..

Negara yg aku g melancong tu amat pelik .. erm.. apakah mesej yang tersembunyi dalam mimpi aku tu ????

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Aku perasan sejak mula aku berblog , contest adalah yang paling best untuk disertai tapi malangnya aku kurang tertarik ... Bukan takut kalah atau apa tapi disebabkan aku perlu meletakkan banner di side bar aku tu... hurmmm..

Kalau sekadar dalam entri tu ok jer .. takde masalah tapi bila letak sidebar , akan nampak tak comey gitu .. pastu jadi terlalu panjang .. Ini cuma pendapat aku je ... Apa kata korang lak ? Perlu ke letak side bar tu ?

Aku tau , tujuannya dimintak meletakkan side bar tu adalah untuk mewar warkan pertandingan tu cuma , tu la.. aku tak pasti la berapa ramai yang sependapat dengan aku.. maka aku nak tau pendapat korang .. perlu atau tidak ?

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Memandangkan masih ada lagi permintaaan ... dan ada masa lagi , maka aku nak buka sekali lagi sehingga hari Ahad ni .. ok ? Cukup tak ?

Khas buat blogger baru merangkak.. Kalau rasa rasa korang tu blogger baru , dan tengah merangkak .. dan paling penting , berminat nak join blog list baru ni , ikut je petua aku ni ..

1 : HEADER BLOG BEN ASHAARI image

2: TAJUK : JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

3: Tinggalkan link entri korang tu di ruangan komen entri ini.

Peringatan : Bloglist ini tidak kekal ! Akan senantiasa ditukar dan dibuat baru ..Tapi jangka masa pemusnahannya ialah tahun depan la.. lama lagi.. ada 2 bulan lagi untuk korang curik pembaca .. hehe..

Erk.. yang dah buat tu tak payah la buat.. khas yang baru jumpa blog aku ni jer ... cepat lerr....

Jangan lupa undi di sebelah ni yer...

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Hurm.... saman jer beratus ratus juta .. senang skit ... haih ...

KUALA LUMPUR: “Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, saman berkenaan difailkan peguamnya, Selasa depan dan keputusan itu bukan dibuatnya bersendirian, sebaliknya dipersetujui sebulat suara oleh adik-beradik serta ahli keluarga lain selepas menerima nasihat daripada peguam.
“Soal tamak wang tidak timbul berbanding kekejaman mereka terhadap ibu. Jadi saya berharap orang ramai tidak memandang serong terhadap tindakan kami.

Tujuan kami hanya satu, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya,” kata anak jutawan kosmetik itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mengenai perkembangan terkini dirinya, Rita, 25, berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan ibunya dan masih belajar untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang cekap seperti arwah ibunya.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad dalam satu kenyataan akhbar yang difaks kepada pejabat media petang semalam berkata, firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dilantik anggota keluarga Sosilawati untuk memfailkan tuntutan ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, tuntutan yang difailkan pihaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 November depan itu dikemukan terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Selain Kamarudin, peguam bela yang akan mewakili firma guaman itu ialah Won Walter Pereira dan Annie Gomez.

Ketika dihubungi, Kamarudin berkata, tuntutan saman ganti rugi itu adalah hasil perbincangan yang dibuat bersama ahli keluarga mangsa, kira-kira seminggu lalu.

Katanya, RM40 juta adalah jumlah yang difikirkan sesuai berdasarkan kerugian terhadap keluarga mangsa berikutan operasi perniagaan syarikat kosmetik itu mengalami kerugian kerana pembunuhan kejam Sosilawati.

“Bagaimanapun, kita akan lebih memfokuskan kepada Pathmanabhan. Mungkin ahli keluarga Sosilawati juga akan hadir ketika kita memfailkan tuntutan ini,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47 dan tiga individu lain.


Individu lain itu adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.
Sementara itu, pada 15 Oktober lalu, dua lelaki K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam itu.

Selain membakar, mereka mengaku salah membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting dan Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 30 dan 31 Ogos lalu.

Kamarudin juga memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklum balas dari pihak keluarga Ahmad Kamil sama ada mahu melakukan tindakan sama iaitu menyaman tertuduh seperti yang dilakukan oleh ahli keluarga Sosilawati.

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes