JOM MENGUNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA di sini
Hehehe.. idea baru dah masuk... kita abiskan segmen ni dulu kemudian kita mulakan yang baru.. okeh ??
Dengan rasminya , segmen ini ditutup dan bermula segmen baru ... okeh ?
JOM MENGUNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA di sini
Hehehe.. idea baru dah masuk... kita abiskan segmen ni dulu kemudian kita mulakan yang baru.. okeh ??
Dengan rasminya , segmen ini ditutup dan bermula segmen baru ... okeh ?
Huih.. biar betik ??? Member aku cakap kat aku semalam ... masa cuti ari tu dia balik kampung dia kat ...... tak leh bagitau .. nanti aku kena saman ...
Dia nak layan NGANGKUNG ( RM3.5 juta , 5 hari ! WoW) ... sementara tunggu tiket diprint , mulut dia gatal tanya kat staff situ pasal 2 ALAM ..
Orang tu cakap .. kalau cukup 5 orang , baru filem tu boleh ditayangkan .. Kalau nk tengok , kena la cari lagi 4 orang .. Erk..takkan gitu sekali ?
Aku tak faham memula tu .. Dia kata .. takde orang nak tengok 2 ALAM tu ! Jadi takde tayangan le .. Aiseyman .... gitu sekali ke ?? Sian sian ... tak pe.. aku yakin target RM40 juta tu tercapai satu hari nanti ..
Sabar yer DDR.. Rambut tu , sikat skit .. nampak kusut.. Be cool yer..
BA : JOM MENGUNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA di sini
Tertuduh mengaku bersalah cederakan dua anak turut dihukum dua sebatan
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kepada seorang lelaki kerana mendatangkan cedera parah terhadap anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan simbahan asid.
Bagi pertuduhan kedua iaitu mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula tarikh ditangkap pada 16 Ogos lalu.
Hakim M Bakri Abd Majid menjatuhkan hukuman itu selepas menimbangkan pengakuan bersalah Mat Haizan serta mengambil kira sokongan keluarga itu yang masih melawat mangsa di Penjara Marang walaupun menjadi mangsa perbuatan kejam tertuduh.
M Bakri dalam penghakimannya berkata, penjara dalam tempoh panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang akan berubah tetapi kasih sayang keluarga dapat memberi peluang pesalah memulakan hidup baru.
"Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana keluarga masih sudi melawatnya di penjara tetapi terpulang kepada isterinya sama ada mahu menerimanya semula atau tidak.
"Saya ingin mengingatkan orang yang kuat bukan kerana berjaya mengalahkan berpuluh musuh tetapi mereka yang boleh mengawal nafsu marahnya,” katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, Mat Haizan yang menganggur didakwa sengaja mendatangkan cedera parah terhadap Nurul Dahyatul Fazlinda dengan menggunakan benda melecur iaitu asid, pada jam 1.45 pagi 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Irfan Firdaus pada tarikh, masa dan tempat sama.
Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan tindakan isterinya meminta cerai.
Dia dikatakan memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa sebungkus plastik cecair mengandungi asid yang kemudian disimbah kepada mereka.
Dalam prosiding semalam, tertuduh diwakili peguam Faezahnoor Hassan, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama pada 25 Ogos lalu, selepas mengaku salah menyimbah asid ke atas isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28.
-BHARIAN-
LONDON: Pengasan WikiLeaks, Julian Assange kini didakwa berdepan risiko dibunuh berikutan pendedahan lamam web pembocor maklumat itu yang mengeluarkan ratusan ribu maklumat rahsia Amerika.
Jurucakap laman web itu, Kristinn Hrafnsson hari ini berkata, Assange akan kekal bersembunyi untuk keselamatan dirinya.
Beliau berkata, nyawa warga Australia itu kini terancam selepas ahli poliik Amerika mahu dia dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengkhianat, manakala penasihat kepada Perdana Mnteri Kanada, Stephen Harper dilaporkan berkata Assange sepatutnya dibunuh.
“Kami menerima ancaman sedemikian daripada kerajaan dan pengkritik dan sebahagian daripada mereka amat menakutkan dengan mahu Julian Assange dibunuh dengan kejam,” katanya dalam satu debat di Frontline Club di London.
Hrafnsson berkata, tempat Assange kini berada perlu dirahsiakan walaupun sebelum ini dia dikatakan berada di Sweden dan London.
Assange juga kini diburu Interpol berikutan satu waran tangkap dikeluarkan pihak berkuasa Sweden berhubung satu kes rogol membabitkannya. - AFP
Iklan berbayar - Cara menghilangkan buncit
Kami Real Dreams Consultancy sebuah syarikat hartanah berdaftar di Kuala Lumpur mempunyai kekosongan jawatan 'runner' disekitar kuala lumpur & selangor..
Syarat kelayakan :-
(1) berumur 25 - 30 tahun ke atas sahaja
(2) warganegara malaysia
(3) mempunyai motosikal sendiri dan lesen memandu
(4) mempunyai pengalaman sebagai runner /
despatch
(5) Wajib mempunyai surat rujukan dari majikan2
terdahulu
(6) sanggup bekerja lebih masa
(7) Berpewatakan menarik,dinamik & jujur
Gaji pokok yang ditawarkan ialah RM 1500 belum termasuk
(i) komisyen
(ii) elaun
(iii)loyalti
(iv) claims
(v) Bonus
-income banyak kerja banyak..runner di syarikat kami biasanya berpendapatan lebih RM 3000 sebulan..
Diutamakan pemohon2 yang tinggal di kawasan Cheras/Pandan , Setapak/Wangsa Maju , Pantai/Jalan Klang Lama
diperlukan segera..
Yang rasa tak layak tak perlu hubungi.
hubungi en.ahmad 0122282322
(sms atau e mail tidak akan dilayan)
(en.ahmad)