Susah betul la mamat sorang ni nak terima kenyataan ketewasan negara kesayangan dia tu pada negara Qatar dalam pembidaan Piala Dunia FIFA 2022 nanti .. Huih.. lama lagi tuuuu .. 2022.. entah hidup entahkan tidak.. Lagi 11 tahun.. kalau aku , skang ni 22 tambah 11.. baru masuk 30 .. haaa...muda lagi tu.. boleh g jerit kat kedai mamak lagi nanti .. hehe.. Yelaahh .aku tau la aku salah kira... apa pun tetap muda gak masa tu.. arghh..
Diorng ni mmg tak boleh terima kekalahan ke ? Cam Perang Vietnam .. dah la tak menang pastu main tipu.. haih.. abis ramai cacat rakyat Vietnam.. kesian ..
Berbalik pada ketidakpuashatian dia tu .. korang leh baca la kat BHARIAN ... ke nak aku copy paste je ? Apa ? Cam biasa ? Jap ..
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata FIFA melakukan "keputusan salah" apabila memilih Qatar daripada memilih Amerika yang turut membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 yang boleh menjejaskan sukan bola sepak di benua itu.
"Saya fikir ia satu keputusan silap," katanya di Rumah Putih yang bersama ribuan rakyat Amerika yang kecewa apabila menonton pengumuman hak penganjuran tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022 dari Zurich, malam tadi.
“Sememangnya kami amat kecewa. Ia sukar diterima buat masa ini," kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika, Sunil Gulati yang menyifatkan kekalahan AS itu sebagai satu peristiwa malang untuk kemajuan bola sepak negara itu. - AFP
Ha... tu la... tajuk dia ??? Sat ..
Pemilihan Qatar oleh FIFA 'keputusan salah': Obama
OKeh? hahahha.. adeh.. Obangau..