Soalan senang dengan jawapan yang senang ... NGANGAKAN MULUT TU ! Tu je la kita boleh buat .. ahahahha ...
Mengikut perkiraan aku , biasanya pemilik entri tu akan meninggalkan komen atau menghantar email kepada penyalin kucing tu ( copy cat) .. Mula mula , bahasa manis akan digunakan ... Jika tidak berkesan , maka bahasa masin lak digunakan.. Jika tidak berkesan gak , sila gunakan bahasa 3 rasa .. masam masin manis .. gabungkan ketiga tiga tu ...
Tapi kan .. susah la dunia blog ni.. artikal kita ni tiada hakcipta ... kalau dah dipaparkan ke internet ni , sapa sapa leh amik guna .. termasuk juga gambar .. Rakan kita , blogger terkemuka di dunia dapur , CMG dah berkali kali kena .. Penah dia tanya pada pihak SKMM , tiada apa boleh dibuat kerana gambarnya tidak didaftarkan .. Jangan kata CMG je.. aku pon kena dah.. gambar aku di amik kemudian dibuat satu akaun palsu .. Haa.. lagi la #$@%@@!$ ... geram nehhh .. kuar dah bahasa nazi ..
Sbb tu la , guna je bahasa yang mana sekali orang baca , dah tau tu sapa punya .. haaa.. hahaha.. adeh.. macam la semua orang tau kan ? Sila jangan ikut idea aku ni ..
Entahla... biasanya seperti yang aku kata , pemilik akan cuba hubungi blogger tersebut .. Sekurangnya tinggalkan la kredit kan ?