Gulp .. ada pistol tak ? Sila tembak saya.. hehe..guwau .. Soalan maut begini agak kerap aku terima .. Selain dari ni , camana nak dapat follower yang beriban riban ( ribu ) tu..
Pergh... kalaulah aku ada jawapannya , aku buat e-book dah.. sah sah aku bergelar jutawan termuda di pejabat aku ni.. haha.. kat opis aku ni ramai jutawan .. malah jelitawan pon ramai... hehe..
Menjawab pertanyaan dari DUN POKOK KELAPA tu , aku pon nak tau gak camana nak bagi orang ramai masuk blog aku .. Camana eh ? hehe.. Mengikut perkiraan aku yang daif ini , ada banyak cara .. Tapi yang popularnya dua ni je la .. Opss .. ada satu lagi.. yang ni terbaru laa... Tiru je cara UNCLE CHEESEKERS tu ( tak leh bubuh nama betul.. nanti aku kena saman ) ..
Cara paling original ialah promosi samada melalui pengiklanan mahupun meninggalkan flyers dari satu blog ke satu blog .. Cara ni tuan rumah menyampah biasanya .. Kalau kat blog aku , aku tak kisah la asalkan tak de porno.. hehe..
Cara lain yang bijaksana ialah dengan cara SEO .. Cara ni mudah sekali .. Tengok je isu isu penting , atau apa saja yang orang nak cari setiap hari ... Haa.. update la entri tu dengan memasukkan keyword keyword yang berkaitan .. Contoh terbaru , perlawanan bola sepak malaysia dengan vietnam.. Biasanya keyword yang lucah pon laku gak .. tu kalau tak segan la.. kalau segan , jangan buat.. nanti kena boooooo jer ..
Ok.. tu je... sebenarnya tips begini banyak dah blogger blogger terkemuka dunia buat .. cuba je google ... mesti tak larat nak baca.. Kalau nak baca gak , sila beli pop corn dan air sirap cincau .. Baca sambil makan .. hehehe...