BEN ASHAARI



 

Hehe... masing masing ada pengalaman sewaktu sekolah dulu .. Macam macam hal .. Aku , yang bersekolah di sekolah yang dikategorikan antara sekolah budak nakal di Kuala Lumpur , pada mulanya mengalirkan airmata bila dapat tau aku ditempatkan kat situ .. Huwaaa.. tapi tak pe , abang aku ada .. abang aku ,kira otai kat sekolah tu.. Bayangkanlah , dia sekolah pagi.. Masuk kul 7 pagi .. kul 10 pagi dah keluar dari sekolah .. kul 10.30 dah kena tangkap ngan pengawas .. hahahha .. adeh.. Kebetulan aku lalu kat pagar masuk tu , abang aku dan kawan dia kena usung dek pengawas ..

" Tu abang kau kan ? "

Aku tanpa segan silu mengiyakan jer.. hahaha..  Takat kena rembat ngan pengetua kat sekolah tu , abang aku tak heran dah .. Malah setiap pagi , dia wajib jumpa pengetua untuk amik tandatangan kehadiran yang sememangnya khas untuk murid 'cemerlang ' bab kehadiran .. hahahha.. adoi.. Nasib baik aku tak klik butang follow dia .. kalau tak ? Aku takde blog la skang ni.. hehe..

Tapi alhamdulillah , sapa kata tak cemerlang kat sekolah tak leh jadi manusia yang berjaya kan ? Kesedaran tu hadir bila kita dah ada 'akal' dan tanggungjawab .. Maka , gagal di sekolah bukan berenti penamat hidup .. okeh ?

Ok. .skang aku nak senaraikan blogger yang menceritakan tentang masa lampau mereka sewaktu sekolah dulu.. :

  1. Mama Zara
  2. Xana
  3. Farah Shamsudin
  4. azrinrahim
  5. cikmimmie
  6. Rozuan Ismail
  7. zaMir
  8. TWEETY BERT
  9. Cik Diana
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Maaf.. semalam aku dah bagitau tapi ada yang masih bertanya .. letih nak cari entri semalam tu.. Jadi aku sekali lagi bagitau .. Bukan nak popularkan pon.. blog wife ni sebulan sekali je update .. Jadi blog tau la perbezaan kitorang ni.. hehe..

Ni sekadar pemberitahuan jer .. okeh ?

katanyaazila dan yang ni blog backup aku yang mana aku cerita hal peribadi aku je , www.benashaari2.blogspot.com

Terima kasih pada yang sudi follow tu ...

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Satu gathering blogger ringkas dibuat di sebuah restoran nasi beriani berhampiran Putrajaya yang dipengerusikan oleh Prof Serba Serbi Tau  , Prof Bell (beLalaNG)..

Setiap suaikenal berlalu maka pengerusi membuka soalan umum kepada semua blogger yang hadir ...

simply nana : Prof , apakah itu blogger ?

Prof : Mereka yang suka dengar bunyi keyboard ..

aien amalina zaidi : Prof , bagaimanakah nak menjana pendapatan dari internet ni ?

Prof : Jual burger secara online ..

cek chun : Prof , bolehkah lelaki di dalam internet ini dipercayai ..

Prof : Boleh.. saya !

Ben : Prof , bagaimanakah nak membezakan sesuatu entri tu bagus atau tidak ?

Prof : Tengok kat blog dia ..

Hehehe.. sori la yer .. Prof ni sebenarnya baru pas makan ponstan.. mmg dia gitu.. tengah high.. hehehe..

 

* Sekadar dialong kosong .. tiada kene mengena dengan empunya nama ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?

Jawapan Dr MAZA: Saudara, perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)

“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

www.drmaza.com

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

DOKTOR, saya amat malu dan rasa bersalah pada diri sendiri.

Bermula sebagai gadis kampung yang lurus, saya kini berubah seolah-olah 'melacurkan' diri saya.

Kisah tragis saya bermula dengan keindahan percintaan dengan bekas teman lelaki. Biarkan saya namakan dia sebagai A.
Kata orang, cinta pertama begitu mengasyikkan dan penuh keindahan. Percintaan saya dengan A lima tahun lalu adalah saat-saat indah hidup hingga membayangkan dialah lelaki pertama dan terakhir hadir dalam hidup saya.

Tetapi, saya diuji apabila A meninggalkan saya tanpa memberikan sebarang sebab dan alasan.

saat itu, hancur luluh hidup saya. Dari jauh saya dengar A berkahwin dengan gadis pilihan keluarga.

Kekecewaan dicampur dendam membara meliputi keseluruhan hidup dan saya bertekad akan mendapatkan kembali cinta A.

Berita yang saya dengar, A tinggal bersama dengan isteri di rumah mentua. A juga seorang anak menantu yang baik dan sering terbabit dengan aktiviti sosial di tempat tinggalnya.

Untuk pengetahuan Dr, saya dan A sama-sama menuntut di universiti.

Kerana emosi kecewa dan penuh dendam ditinggalkan A, saya mengambil langkah menghubunginya kembali tanpa menghiraukan A beristeri dan mempunyai dua orang anak.

Bayangkan Dr, daripada seorang gadis kampung yang tidak tahu cara-cara melakukan hubungan seks, saya 'bertukar rupa' menjadi gadis yang menjadikan seks sebagai cara mendapatkan A.

Saya berjaya membuatkan A kembali kepada saya sehingga kami beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu. A memberitahu saya dia tidak pernah mendapat layanan seks begitu indah daripada isterinya.

Dr, saya tahu apa yang saya lakukan itu adalah berdosa. Walaupun dapat membuatkan A kembali, saya sedih kerana seolah-olah 'melacurkan' diri.

Saya juga marah pada diri kerana merosakkan kehidupan seorang lelaki yang taat dengan ajaran agama untuk melakukan zina.
Walaupun masih mencintai A, saya malu dengan diri dan enggan merosakkan rumah tangga A.

Tolonglah Dr, saya tidak sanggup menanggung kesengsaraan kerana merasakan diri saya sangat hina.

Doktor jawb :

TIDAK dapat dinafikan cinta yang tidak kesampaian akan membawa kepada perkara yang tidak selesai.

Apatah lagi apabila ditinggalkan tanpa diberitahu punca kepada perpisahan itu.

Walaupun, perasaan cinta amat indah, terlalu bergantung kepada kenangan dan keindahan cinta boleh merobekkan perasaan jika cinta musnah di tengah jalan.

Apabila ditinggalkan terkapai-kapai, memang akan memberi kesan kepada orientasi berfikir dan tingkah laku seseorang seperti mana adik alami.

Dr memahami perasaan hancur luluh itu.

Perasaan bersalah dan malu adik adalah langkah pertama untuk melihat kembali apa sebenarnya yang diingini dalam hubungan semula cinta dengan A.

Jika merasakan perlu mendapatkan A semata-mata untuk menyelesaikan perasaan marah, kecewa dan dendam, tidak hairanlah adik merasa seolah-olah melacurkan diri.

Apatah lagi apabila adik menggunakan seks sebagai alat untuk mengikat A. Selain daripada terbabit dengan perkara dilarang agama, adik menghukum diri sendiri. Bermodalkan setitis kebencian di dalam hati, ia membuahkan penderitaan.

Adik menanggung kesengsaraan kerana cinta kepada A bukan lagi atas sifat cinta sejati, tetapi lebih kepada keinginan untuk memenuhi perkara yang tidak selesai.

Kemungkinan juga A kembali kepada adik bukan kerana cintanya, tetapi kerana keseronokan seks yang dinikmati.

Nilai semula matlamat adik untuk menjalin hubungan dengan A. Jika adik merasakan ia lebih membebankan sehingga menyebabkan merasa seperti melacurkan diri, lepaskan A kerana dia memiliki kehidupan berkeluarga.

Merosakkan kehidupan keluarga A memanjangkan lagi perkara yang tidak selesai dalam hidup adik. Penderitaan dan kesengsaraan adik akan berterusan.

Adik perlu hilangkan segala kemarahan dan dendam kerana cinta sejati selalu ingin membahagiakan orang yang dicintai. Ini bermaksud tidak semestinya adik memiliki A untuk mencintainya.

Melihat A bahagia dengan keluarganya dan tidak melakukan perkara terkutuk dengan A adalah sebahagian daripada pengorbanan cinta sejati.

Kalahkan kejahatan dengan kebajikan, kalahkan kesombongan dengan kejujuran.

-HMETRO-

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (7)
    • ▼  Mac 2026 (1)
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes