BEN ASHAARI



 

Tamo la marah .. aku dok sakit kepala ni .. aku rasa tekanan darah aku naik ni sbb semalam makan 'mengarut' .. hurmm ..ni pon dah terpaksa makan ubat .. kalau dah makan ubat , mmg sah aku ngantuk dan pening pening lalat.. tidur kat bilik fail pon best nih ..

Mc ? Em.. baru je mc ari tu .. haih .. Kawan pejabat aku pon semalam terpaksa amik cuti sakit sbb darah tinggi.. muda lagi tu .. lingkungan 20 an .. tapi dah kawin la.. baru ada baby.. katanya doktor suruh g HKL ..kalau g , sah sah kena tahan dan duduk kat wad tu .. Kalau aku kena tahan , camana la blog aku yer.. hehehe.. Ye laa... saja je cakap .. mesti la aku rehatkan blog .. kasi slowkan sikit kepanasannya ..

Yang buat bertambah sakit kepala lagi ialah LRT .. Aku berusaha la kejar naik LRT sblm kul 8 punya .. biasanya kalau gini punya masa aku pasti sampai dalam ku 8.20 gitu.. tapi entah apa punya masalah teknikal , LRT ni dok tersengguk sengguk jer... entahla.. makin canggih makin lembab lak ..

Yang segmen tu aku tak on lagi yer.. saja kasi can kat diorg buat dulu.. cukup 100 aku tutup.. okeh ? Sabar yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

KUANTAN: Berang selepas gagal mendapatkan nombor telefon baru bekas kekasihnya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menikam lengan dan paha kiri gadis berkenaan sebelum melarikan motosikal mangsa dalam satu kejadian di Bandar Jengka, Maran, kelmarin.

Tindakan gila buruh berusia 28 tahun itu tidak berakhir di situ apabila dia meninggalkan mangsa yang berusia 23 tahun di tepi jalan mengerang kesakitan sebelum diselamatkan orang ramai yang menghantarnya ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan, pasangan kekasih berkenaan baru memutuskan ikatan cinta mereka kira-kira seminggu lalu membuatkan suspek yang masih tergila-gilakan mangsa hilang pertimbangan seakan-akan ‘gila talak’.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Syamsuri berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa baru keluar dari sebuah kedai makan menuju ke motosikalnya sebelum terserempak dengan bekas teman lelakinya.

Katanya, suspek terus mengekori mangsa hingga ke tempat letak motosikal di depan kedai makan berkenaan sebelum meminta nombor telefon barunya.

“Gadis yang bekerja sebagai jurujual enggan melayan pertanyaan itu terus meninggalkan suspek.
“Suspek mengejar mangsa dan mengarahkannya memberhentikan motosikal ketika tiba di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, suspek berkali-kali meminta gadis berkenaan memberitahu nombor telefon barunya, namun mangsa tetap berkeras enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Berang selepas permintaannya ditolak, secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau dan menikam lengan dan paha kiri bekas kekasihnya itu menyebabkan mangsa rebah berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian merayu meminta pertolongan lelaki berkenaan menghantarnya ke hospital mendapatkan rawatan dan suspek bersetuju menghantar bekas kekasihnya itu menaiki motosikal gadis itu.

“Ketika dalam perjalanan mangsa menyedari suspek tidak membawanya ke hospital sebaliknya ke destinasi lain menyebabkan gadis berkenaan terjun dari motosikal diboncengnya.

“Menyedari keadaan berkenaan, suspek bertindak memecut motosikal milik bekas kekasihnya itu dan meninggalkan gadis terbabit mengerang kesakitan di tepi jalan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Menurutnya, polis sedang giat memburu suspek dan identitinya sudah dikenal pasti.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

-HMETRO-

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Hehe... lamanya dia tak singgah .. Skang 3 BE running kat blog aku ... dengan trafik skang yang melebihi 50 ribu PAGEVIEWS benar benar menaikkan $$ BE ..

Hurm.. DIGI yang baru running semalam , dah berjaya mengutip belasan ringgit .. Kalau sebulan dia running , menarik tu .. manakala Nokia dah cecah RM50 .. Ok la tu kan ... sapa nak bagi .. baru 3 hari running tu ..

Kadang - kadang , bila tgk kutipan begini rasa berbaloi gak berblog .. selain ada kawan kawan baru , pendapatan sampingan ni sedikit sebanyak membantu blogger yang masih belajar untuk cover duit broadband mahupun duit saku ..

Bukannya apa , dengan cara begini , mereka tahu bukan mudah nak dapat duit walaupun seringgit .. Kena rajin .. Dengan kesedaran begini , insyaAllah bila dah bekerja nanti tahulah mereka nak berjimat demi masa depan ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image

4.5 dari 5 BINTANG !! Jangan tengok kat komputer atau dvd .. g tengok kat panggung ! Confirm puashati !!! Berbaloi baloi...

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Adoi.. segan.. bila teringat zaman sekolah dulu , betapa nakalnya aku ngan budak budak  kelas aku ..

Masih aku ingat lagi waktu kelas agama , ustazah suruh semua g surau .. Astagfirullah al a'zim... Waktu tu waktu asar .. dia suruh semua solat ...

Bayangkan laaa.. macam seorang pengembala lembu dengan pelepah daun kelapa tu dia pegang.. kejar sorang sorang , paksa masuk surau .. hahaha.. Padahal dia tu guru penyelia petang tu.. semua patut takut ngan dia .. tapi sebaliknya lak .. haih..sian tul dia .. Aku tak la tahap gitu.. aku ni spesis degil tapi ikut cakap .. walaupun dalam hati membebel.. sbb tu aku suka bicara dalam blog.. bicara hati ku ..

Ada sekali tu , masih aku ingat ... diorg dajal aku suruh jadi imam .. pakat tolak aku ke depan .. Cinabeng betul.. ooo .. tak pe tak pee.. Memain korang yer...

Amik kau.. solat Asar dekat 20 minit aku buat .. hahahha... sujud tu sampai ada yang suara .. "lamanya woii" ...  hahahhaa.. sapa suruh dajal aku .. hahahaha ...

Sori la yer..bukan bahan gurauan tapi ni la hakikat zaman persekolahan ... Nakal tu dah tentu .. tu lom lagi aku cerita camana kitorang pedajal simbah air kat sorang member tu dok buang air besar !  Terbantut weh..mengamuk dia dlm kelas .. hahahaha.. tapi tu la.. dia buat kat orang tak pe.. dia kena , tau pulak nak amuk.. hahahaha.. haih .. macam macam..

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (7)
    • ▼  Mac 2026 (1)
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes