BEN ASHAARI



 

Alhamdulillah .. selesai sudah .. Pengalaman pertama aku diinterview dan photo shooting untuk majalah .. Menarik ? Wartawan pon sangat peramah .. Terima kasih khas buat Karangkraf , tokey Bionic Gym dan KakChik ..tak lupa semua rakan rakan seperjuangan ..ehem.. kat wife sudah semestinya ..kan kan ..

Aku ingat aku kaku memula bila mengadap kamera tu .. heheh..tapi memandangkan orang takde dalam gym tu , maka aku cuba jadi cool gitu .. hehehe.. Lega.. OK kata mereka.. tak tau la.. kena tunggu majalah tu keluar nanti ...

Sekurangnya aku dah buktikan sesuatu pada diri aku yang mana aku dulu tidak langsung berkeyakinan tinggi terhadap kemampuan diri sendiri.. Alhamdulillah ..sekarang aku sedar di mana aku berada .. disini .. bersama sama mereka yang menyayangi aku dan aku menyayangi mereka ...

Ok la .. tak perlu nak kata lebih .. masing masing ada 'kereta' ... pandulah ikut hala tuju yang dibenarkan .. kalau rasa nak melampaui batas , ingat ... boleh disaman mahupun kemalangan ...

Share
Tweet
Pin
Share
46 comments

 

Hari ini aku menari kerana mereka menari ..

Esok aku berlari kerana mereka berlari ..

Sampai bila pengakhiran ini ?

Semalam mereka puji ..

Apakah hari ini mereka mengeji ?

Mereka kata merekalah kawan ..

sehidup semati tiada lawan ..

tapi dimana semangat setiakawan ?

Hari ini kita diatas kerana mereka

Esok kita dibawah kerana mereka

Lusa kita dijunjung kerana mereka

Entah bila kita ditendang mereka ..

Jujur kerana kita ..

Amanah kerana kita ..

Setia kerana kita ..

Segalanya kerana kita ..

Kita kerana Allah ..

Tiada tinggi tiada rendah ..

Segalanya pinjaman

tiada kekal ..

Tidak perlu angkuh

Tidak perlu riak

Sekali terjatuh ..

Siapa yang tergelak ?

Hari kita ini

Esok hari mereka ..

Bahagiakah pengakhiran ini ?

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

Sedih ? Aah .. mmg  sedih kebelakangan ni .. Ramai tak suka SITI NURHALIZA .. Ramai tak suka AWIE .. Ramai tak suka AZIZ M.OSMAN .. dan macam macam lagi .. Selera kita .. susah nak kata ..

Sejak aku berblog ni , apa yang aku perasan .. blog adalah tempat meluahkan perasaan .. cerita gitu gini ... Contoh la .. dok bantai cerita 2 ALAM .. Yang tak tengok pon cam aku , tumpang bantai sambil gelak dan kritik.. Kenapa ? Gelak sebab dia tak capai sasaran ? Atau gelak sbb melihat orang kita malu ? Geram sbb keangkuhan dia ? Hurm.. sekurangnya dia ada melakukan sesuatu dan berjaya mempromosi dirinya .. Sapa sekarang tak kenal DRR ??  Kenal dia sbb filem dia tak berjaya ? Filem dia tak berjaya tapi dia berjaya menyematkan nama dia di dalam setiap ingatan kita .. Sebut nama dia , kita terbayang rambut dia .. Bermakna , promosi dia berjaya .. Kalaulah dia keluarkan lagi produk terbaru , cukuplah dengan iklan seminit .. sekejap je tersebar ... Tu pendapat aku ..

Ada ke yang pandai kritik ni memberi pendapat untuk memperbaiki filem tu dalam blog mereka ? Tarak ... bantai dari A-Z ... yang tak berkaitan pon masuk sekali .. camana tu ?

Sambung .. Mereka yang pandai mengkritik orang ni , cuba tengok balik diri sendiri .. Apakah kamu lebih bagus dari mereka yang kamu kritik itu ? Buat satu perbandingan .. Berapa lama kamu dalam bidang kamu dan berapa lama pula mereka yang kamu kritik itu.. Dan jangan lupa bandingkan pencapaian  kamu sewaktu kamu 'diusia' dia ..

Mmg best .. mmg seronok bila mereka kata  aku sokong .. aku sokong .. sejauh mana la sangat sokongan mereka tu ? Aku dah lihat .. hari ni mereka menyokong kamu.. esok lusa dia bantai kamu balik .. hehehe... Setahun dah membuktikan segalanya bagi aku ..

Dari yang muda sampai yang tua .. dari dunia realiti .. sampai ke dunia maya .. tak de beza .. kalau sikap tu dah begitu , sampai ke sudahla mmg gitu .. Takde beza.. Yang membezakan ialah pengalaman dan pendidikan seseorang .. Jika benar dia bijak , maka dia berhati hati bila berkata kata .. Biar berkata ada isi dari berkata sekadar menghiris...

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Hehe..baru balik dari Alamanda.. esok cuti.. jadi malam tadi g  layan Hantu Mak Limah kat panggung .. Diorg kata best .. tu pasal nak g tengok tu ..

Dari mula ... ke tengah.. hujung hujung ... sampai abis ... kesimpulan .. Kalau nak gelak , mmg layan gelak abis cerita ni .. Cerita Hantu Mak Limah ni sekadar filem hiburan tapi mempunyai mesej ..

Nak komen lebih , aku bukan pakar .. Apa pun mmg aku terhibur dengan cerita ni .. Pastinya ada yang tak puashati .. kan ? Nak buat camana kan ? Buat la camana pon , ada je tak puashati .. Kalau kerja kita ni nak kasi puashati orang , kiamat laaa weh...  Cuba tanya yang memanjang tak puashati tu , apa yang dia buat sangat sampai orang puashati dengan dia ??? Belum tentu dia mampu puaskan hati orang .. kan kan ?

Pandang kiri , ada orang tak suka.. pandang kanan , ada orang tak suka .. pandang bawah , ada gak orang tak suka .. pandang depan , pon begitu gak .. dah tu camana ? kalau ikut sangat kehendak diorg , lama lama kita sendiri hilang arah tujuan ..

Senang cerita , Mak limah ke , Mak yah ke .. lantak la.. duit diorng ... kalau beria nak mengutuk sangat , haaa.. buat la filem sendiri.. sendiri untung , sendiri makan .. sendiri rugi , sendiri tanggung .. Apa susah ??

Berapa bintang filem ni .. aku bagi 3.5 bintang dari 5 .. aku agak kurang puashati penamat cerita ni .. tu je.. Keseluruhan , aku amat terhibur sehinggakan aku tersedak air ...

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

IPOH: Salah seorang pelancong Thai yang terselamat dalam kemalangan maut semalam di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ternampak asap di bahagian luar tepi bas pesiaran sebelum ia terbabas.

"Sewaktu bas menuruni kawasan bukit itu, anak saya menceritakan yang dia nampak asap di bahagian luar tepi bas berkenaan," kata Nasir Ismail, 51, yang anaknya Areena Songserm (nama Islam Areena bt Nasir) antara 10 yang cedera.

IPOH: Salah seorang pelancong Thai yang terselamat dalam kemalangan maut semalam di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ternampak asap di bahagian luar tepi bas pesiaran sebelum ia terbabas.

"Sewaktu bas menuruni kawasan bukit itu, anak saya menceritakan yang dia nampak asap di bahagian luar tepi bas berkenaan," kata Nasir Ismail, 51, yang anaknya Areena Songserm (nama Islam Areena bt Nasir) antara 10 yang cedera.

Nasir berkata, Areena memberitahunya apabila bas merempuh pembahagi jalan dan terus terbalik di dalam longkang besar, dia cuma ingat yang dia cuba merangkak keluar.

Nasir tiba kira-kira 9 pagi tadi di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk melawat Areena yang mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan badan dan kini dirawat di wad biasa hospital.
"Anak saya beritahu, selepas dia merangkak dan dapat keluar dari badan bas, dia kata dia masih dapat melihat asap pada bas berkenaan. Bagaimanapun dia tidak dapat pastikan tahap kelajuan bas terbabit semasa sedang menuruni kawasan bukit itu," katanya kepada pemberita.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana anaknya masih hidup walaupun senarai yang dikeluarkan semalam menunjukkan anaknya yang juga pelajar tahun tiga jurusan Undang-undang di Walailak University, Nakhon Sithamarat terkorban.

Seramai 27 orang, kebanyakannya pelancong Thai, terbunuh apabila bas itu terbalik dalam kejadian 11.40 pagi semalam.

Aida Muhamad, 36, bersyukur emak saudaranya Darunee Songserm (nama Islam Dariah Ismail) berada dalam keadaan stabil walaupun sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya Darunee mempunyai pengalaman sebagai pemandu pelancong sejak 10 tahun lalu.

"Saya rasa ibarat mati hidup semula, apabila polis memberitahu mak saudara saya terselamat dalam kemalangan tersebut...dan syukur alhamdulillah semuanya selamat," katanya.

Sementara itu, anak sulung Darunee, Faisal Ismail, 40, berkata melihat keadaan ibunya yang kini berada di ICU beliau hanya berdoa dan menyerahkan kepada takdir.

"Saya tiba di sini semalam (12 tengah malam) terus ke rumah mayat untuk menuntut mayat (ibu) tetapi tidak dibenarkan sebab bilik mayat dah tutup, tetapi syukur hari ini dapat tahu ibu saya masih hidup," katanya.

Faisal yang bekerja sebagai pemandu pelancong dan guru bahasa Inggeris di Patani menganggap kejadian ini adalah sejarah dalam keluarganya.

Aswadi Abdulullah, 31, yang juga saudara kepada pemandu bas yang maut, Omar Shahidan, berkata Omar pernah bercerita sebelum ini mengenai Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai ini tidak selamat dan tidak sedap hati bila melaluinya.

Aswadi berkata, arwah menceritakan tentang minyak yang terdapat di jalan berkenaan dan nyaris menjadi mangsa disebabkan permukaan jalan yang licin.

"Tetapi beliau tidak menuduh terdapat unsur khianat dari perbuatan itu ataupun sebab-sebab lain, melainkan menyatakan perkara buruk akan berlaku sekiranya tiada pemantauan pihak berkuasa.

"Saya juga seorang pemandu bas dan saya minta pihak berwajib memantau perkara ini...dan jangan hanya menuding jari kepada pemandu bas selepas berlakunya kemalangan," katanya.
Aswadi berkata beliau berpendapat Omar tidak memandu secara melulu kerana bas yang dipandunya membawa pelancong dari luar negara.

Katanya, pasaran pelancong dari negara jiran Thailand itu amat memberangsangkan dan pemandu mungkin kehilangan pekerjaan sekiranya tidak menjalankan tugas dengan baik.
"Omar mengambil alih tugas membawa pelancong ini dari sebuah hotel di ibu negara dan membawa mereka ke Cameron Highlands sebelum menghantar mereka pulang ke Kuala Lumpur semalam," katanya.

Jenazah Omar dituntut keluarganya malam tadi dan dibawa pulang untuk disemadikan di Taman Seri Manis, Kangar manakala mayat pemandu pelancong, Soontorn Kian, 38, pula dibawa ke Alor Setar. - BERNAMA

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes