hahahah.. kenangan neehh.. tahun berapa eh... 2002-2004 kot.. haaa... Dah besar besar budak nih...
Ada yang aku pernah terserempak dalam LRT .. tapi boleh wat dek je diorg.. hahaha.. Haih.. muka skema je kan .. hahahha ..
hahahah.. kenangan neehh.. tahun berapa eh... 2002-2004 kot.. haaa... Dah besar besar budak nih...
Ada yang aku pernah terserempak dalam LRT .. tapi boleh wat dek je diorg.. hahaha.. Haih.. muka skema je kan .. hahahha ..
Hurm.. ada yang tanya aku.. camana aku mengekalkan ' kejelitaan 'aku neh ? PErghh... ingat aku maya karin ke ??
Caranya mudah saja ... BOTOX .. pe lagi.. kasi cucuk ar sana sini .. mau kasi hidung mancung ? Kasi cucuk kat dalam lubang idung .. mau kasi mata nampak ayu ? Kasi cucuk itu mata .. haaa... ada harapan mati cepat... huhu.. jgn ikut langsung petua sesat nehh !!
Aku dah berusia 35 tahun... tapi ada yang kata aku tak nampak pon gitu .. Hurm.. entah ler.. aku pon sebenarnya tak terfikir umur aku gitu .. Main belasah je hidup.. hahaha.. boleh gitu ? Adeh.. Jangan ikut perangai sesat gini !!
Aku rasa corak pemakanan la kot disamping selalu bersenam .. Walaupun aku ada satu penyakit keturunan yang mmg susah nak elak iaitu tekanan darah tinggi namun yang lain , alhamdulillah .. aku clear ..
Aku gemar makan ulam .. Dulu aku tak suka makan sayur ni.. Aku kata kambing je makan sayur .. Hasilnya , jerawat macam terumbu karang je tumbuh kat muka aku ni .. haaa.. jgn tak tauuu ..
Aku tengok bapak aku .. Muka ayu je gitu .. Tak blah gini.. Aku tanya la apakah rahsia kecantikkanya itu ? Apakah dia mengunakan silky girl ? Atau Siti punya produk ? Tak mungkin SKII sbb dia tak tau pon amenda SKII .. Bedak zaiton pon dia tak pakai apatah lagi semua produk kecantikan tu ..
Bapak aku kata .. senang je ... ' kayu ngan batu , hang buang jauh jauh .. lain hang sumbat ja... "
Wooo... aku dulu suka makan telur ngan ayam je.. lain lain tak suka.. Bapak aku lak suka makan ikan ngan sayur .. hehehe.. patut la ... Maka bermulalah saat itu , aku makan sayur .. dan lebih tepat lagi ulam.. Ala... ulam ? Bagi la ulam apa pon.. semua aku telan ..tak kira la sepahit mana pon .. lagi pahit lagi best ! Nyum nyum ..
Kemudian .. aku nak kawin .. Pipi aku masa tu tembam .. haaa.. camana aku kasi ilangkan ketembaman pipi aku tu ??
Tungguuuuuuu .. petua awet muda aku yang akan datang .. hehehe ...
TAHUN 2011 AKAN ‘DIMERIAHKAN’ DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG
oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;
1. Pihak kerajaan; jika mereka tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang bererti slogan 1Malaysia: ‘rakyat didahulu’ bermaksud rakyat yang didahulukan dalam menanggung beban hidup, sedangkan golongan pembesar negara dan istana terus kemewahan dan pelbagai peruntukan, mereka dikemudiankan.
2. Golongan agama; jangan menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad. Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai ‘kerakusan’ sesetengah golongan atasan. Ceramah dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam ‘social justice’ yang tidak seimbang. Para penceramah jangan sekadar ‘guna agama untuk cari makan’, tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan.
3. Golongan peniaga; mereka wajib beretika dalam perniagaan mereka. Kerakusan peniagaan akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka.
4. Media massa; hendak pro-aktif menentang usaha kenaikan harga barang ini. Golongan yang menindas rakyat bawahan ini hendaklah dikecam dan didedahkan bahaya mereka kepada masyarakat.
5. Rakyat; Pastikan anda menjadi pembeli yang bijak dalam memilih kedai atau pasaraya. Di samping itu, anda juga mesti menjadi pengundi yang bijak yang bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan ‘mengumpulkan’ kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
CUPERTINO, California: Jam penggera iPhone berfungsi seperti biasa mulai hari ini selepas dua hari mengalami masalah dan menyebabkan ribuan pengguna bangun lewat pada tahun baru.
Jurucakap wanita Apple, Natalie Harrison, berkata Apple sedang mengusahakan penyelesaian kepada masalah itu yang berlaku pada iPhone dengan sistem operasi terbaru Apple iOS 4.0.
Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut diberikan Apple mengapa masalah itu berlaku.
Laman internet dan blog melaporkan ramai pengguna iPhone lewat ke pejabat, terlepas penerbangan serta kelewatan lain semalam dan kelmarin kerana jam penggera tidak berfungsi. - Agensi
" Hari nie syasya 1st day sekolah tadika utk tahun 2011 nie.
Mcm biasa la anak2 tie nie memang x kisah bila pegi sekolah.
Yg adik sara pun beria2 nak pegi jugak..tunggu la tahun depan..
Syasya bangun awal sebelum hubby tie bangun lg dia dah siap ..
semangat sungguh anak tie ari nie maybe dah lama cuti kot..
tunggu la next week perangai malas bangun pagi tu akan menjelma la..
hubby bangun je syasya siap bgtau nbabah dia yg babah tu bangun lambat sysya dah siap nak pegi sekolah dah padahalmasuk kelas pukul 8.00pg nie pukul 7 siap dah..
mula la buat ibu nie kelam kabut sbb suruh hantaq segera..
Adoi..penat dah pg2 nie nak kena bercakap byk. "
sambungan > HANIQASEH