Promosi Hari Wesak.. Ada diskaun untuk mereka yang menyertai ketiga tiga ini .. Haa... Diskaun untuk berkaraoke secara live di dalam kelab SAHABAT BLOGGER ... hehee.. karaoke melalui wall je la ...okeh ?
Ok... masih ada yang bertanya mengenai segmen GEGAR BLOGGER ... Masih dibuka sehingga tengah malam ini .. pastu tutup ... dan contest akan bermula berdasarkan kesemua blog yang terlibat .. heehhe.. kita kasi gegar itu blog !! Banyak ?? Nak kata apa kan.. hadiah pon best best gak ... hehehe.. PREPAID (RM50, 30, 10) , SHAWL , BAJU .. Haaaa.. tu belum bermula lagi.. nanti dah mula , ramai lagi nak sponsor ... tak menang tangan peserta.. hahaha.. Untuk join , klik sini .. kalau nak sponsor selain prepaid , sila email saya yer di BENASHAARI@yAHOO.COM ..
Ok.. untuk mereka yang ada blog dan tercari cari tempat nak promosi blog , ada satu tempat ni.. aku punya la .. hehe.. dah lebih 7000 rakan di dalam tu yang mana majoritinya adalah blogger .. Untuk blogwalking dari situ pon mmg best... nak join , klik sini..
Dan buat mereka kaki berborak .. nak berborak dengan blogger blogger secara live , atau mencari rakan rakan yang belajar di IPT dan juga mereka yang suka melepak cam aku ni , jom lepak kat SAHABAT BLOGGER ... Mesra alam gitu mereka .. Jom , klik sini ..
Okeh.. tu je la.. banyak lagi nak kalu nak promote ni.. tapi lain kali lak la yer.. o lupa .. BEN ASHAARI BLOG , SANTAI BEN ASHAARI .. Jgn lupa join yer !! Terima kasih !!!!
Lebih 500 blog telah terkumpul sebelum pukul 3 .. satu pencapaian yang mengagumkan yang aku rasa.. Ini membuktikan bahawa blogger seringkali sepakat .. Namun bukan semua la kan .. hehehe.. Majoriti yang aku nampak adalah blogger baru .. Blogger lama ? Mereka tak hairan segmen begini .. Tapi aku tak kisah pon .. hak masing masing .. ini sekadar segmen ..
Paling mengharukan ialah no 500 .. Sanggup merendahkan dirinya untuk bersama sama kita kali ni .. Tak caya ? G la tengok sendiri .. Sebenarnya selain blogger tu , ada ramai lagi yang bekerjaya yang bagus bagus ... seperti , arkitek , peguam , doktor , guru , jurutera , pengaturcara komputer dan banyak lagi telah turut sama dalam segmen yang aku anjurkan ..
Adalah satu kerugian jika senarai tersebut dibiarkan .. Bak komen seorang blogger tempoh hari , dia telah menggunakan senarai 500 BLOG yang pernah aku anjurkan untuk blogwalking dan menjalinkan persahabatan dengan mereka ..
Sebenarnya , blog ini selain dari mampu menjana pendapatan , kita mampu menjalinkan persaudaraan .. Kita boleh dapat ramai kawan secara tidak langsung .. Kalau asyik fikirkan tentang $$ , trafik saja .. mmg tak ke mana kita .. Kalau asyik memikirkan teknik itu dan ini , mmg itu je kita dapat .. Andaikan 500 blog yang tersenarai itu telah kita kenali .. kita berkawan .. kita ke mana mana dalam negara ( insyaAllah luar negara ) pon ada kenalan yang sudi bertemu dengan kita .. Tak percaya ??? Cubalah ..
Jom g tengok senarai terkini > BENASHAARI2
Ok fine !! Dia ajak gaduh ngan aku lama dah ... cuma ramai je tak perasan .. aku pon malas nak kecoh kecoh ... terima je apa pun.. tak kisah ..
Akhirnya aku dan dia , terima kata sepakat .. Pihak ketiga berjaya menyatukan aku dan dia ... Pada mulanya , pertengkaran berlaku juga tapi dengan kebijaksanaan pihak ketiga , segalanya berjaya didamaikan .. Akhirnya , PEACE !!!
PEACE OKEHHHH !! ... hehe.. saja guwau.. sebenarnya ni segmen HEADER PILIHAN... Suka header ni ... Header milik CHEKGU AZRINE .. i likeee....
Kita ini manusia .. dari bayi hinggalah ke dewasa .. pendidikan , pengajaran serta asuhan samada dari seorang ibu , ayah , guru , rakan rakan malah orang yang lebih dewasa pastinya diperlukan oleh kita untuk menjadi menjadi manusia yang lebih matang fikirannya ..
Sebagai seorang blogger , aku mulakan dari bawah .. pelbagai jenis orang aku dah kenal dalam dunia blog ini .. Pelbagai jenis kecaman dan kritikan dah aku baca ... Segalanya membuatkan aku menjadi 'dewasa' namun itu belum bererti aku sudah boleh dikategorikan 'besar' atau 'senior' apatah lagi 'otai' .
Blog aku ni , seperti mana korang tau bukanlah blog tutorial .. Blog peribadi aku yang aku cerita segala perjalananan hidup aku .. dan juga blog segmen , kata sesetengah blogger .. Kira cari makan dengan buat segmen laa.. kan ? Apa nak buat , kalau itu dah tanggapan mereka , mereka terima je la .. tapi bagi aku , aku cuba ikut contoh mereka dengan 'berkongsi dengan orang lain' ..
Aku pernah terlibat dengan pelbagai isu .. Ada mana mana blogger 'besar' atau 'senior' datang menegur aku ? Takde ... malah apa yang aku dapat ialah , entri entri yang menyindir , memaki hamun atau cuba menjatuhkan semangat aku .. Apakah aku menyalahkan blogger dewasa atau senior itu ? Sudah pastinya tak boleh kan ? Mereka dah pastinya dengan urusan mereka sendiri .. dan takkan la diorg ada masa nak singgah baca di blog aku tu ..
Apa yang berlaku pada blogger blogger baru sekarang ini , aku dah lalui dulu .. Takkan berulangkali aku nak ceritakan dalam blog ? Contoh, semalam aku dah cerita mengenai nuffnang .. minggu depan ada blogger tanya lagi pasal nuffnang yang mana aku dah ceritakan pada minggu lepas .. Hurm... bulan depan nanti.. ada lagi yang tanya.. camana tu ? Tkkan berulang kali aku nak ceritakan perkara yang sama ? bukan tak boleh , boleh tu boleh.. tapi silent reader aku pasti boring dan kata aku dah takde idea .. camana tu ? Kiri kanan nak kena jaga .. teruk la gini kan ? Aku pon manusia biasa .. bukannya ada syarikat besar cam FACEBOOK tu kan ?
Aa yang perlu kita , sebagai blogger baru buat ialah ... nikmati segala pengalaman yang terhidang itu .. Satu hari nanti , kita pasti mengelengkan kepala dan juga tersenyum bila mengenangkan kembali saat saat bergelar blogger .. Pahit , manis ... segalanya adalah kenangan ..
Sesungguhnya pengalaman adalah guru terbaik .. Harunginya dengan bijaksana .. Selesaikan dengan kematangan fikiran .. Pastinya kita dapat satu keputusan yang cukup mengagumkan ..