Aku terima mail dan juga pertanyaan di Facebook berkenaan Google akan tamatkan akaun mana mana pengguna blogspot yang menggunakan email Yahoo untuk log in ke blog mereka ..
Persoalannya , apakah ini satu khabar angin yang sekali lagi mengarut seperti FACEBOOK akan ditutup baru baru ini atau ianya benar belaka ?
Yup.. aku cuba cari sebarang maklumat rasmi dari GOOGLE atau BLOGSPOT sendiri namun , tiada apa apa ... Gamaknya yang menyebarkan berita ini sepatutnya membuat backlink ke punca maklumat tersebut agar tidak mengelirukan orang ramai terutamanya pengguna blogspot..
Apakah ini satu propaganda untuk membuatkan pengguna blogspot menggunakan hosting sendiri ? Hehehe.. Apa pun , tunggu je la eh.. Jangan pening kepala.. kalau dia terminate , berapa ramai pengguna dia akan hilang kan ? Sapa rugi eh ?
Aku ? Aku mmg lama dah guna akaun gmail untuk log in ... senang skit ...