Aku seorang blogger .. Blogger biasa yang menulis terus dari hati aku.. Bukan menulis untuk melepaskan marah atau geram tapi untuk menyampaikan perasaan ini .. apa yang aku rasa dan apa yang aku pendam ..
Bila aku baca blog blog yang lebih pd ilmiah , aku segan jadinya .. Kenapa ? Nak dibandingkan dengan blog macam aku ni , ibarat basikal tua dengan Ferrrari .. Malu aku kalau orang kata blog aku ni popular atau femes.. Bagus ??? Erk.. tak .. tak.. aku tak rasa blog ni bagus ..
Tapi bila ada blogger blogger membuat entri berkaitan dengan blog aku mahupun aku sendiri , pasti akan ada yang terfikir.. " Apakah dia itu sekadar mahu menarik perhatian aku untuk aku membalas entrinya atau aku mempromosi blognya ? "
Maaf.. aku tak fikir gitu langsung .. Kalau dia nak buat , lebih baik dia g buat dengan blog yang jauh lebih popular dan bagus dari aku .. Apa la sangat blog aku ni ..
Aku masuk satu blog ini .. Aku baca entrinya .. Aku terharu.. Dia bukan memuji tapi apa yang dia sampaikan cumalah pendapat dia saja .. Dan semangat aku untuk menghasilkan entri yang lebih bagus , semakin berkobar kobar ..
Aku tamo cerita panjang ... Aku dah masuk 2 kali blognya .. Sangat simple.. takde apa aku nak review sbb dah mmg ok pon .. Nak tau sapa ? Jom ... SINI
Hurm... layannnn ....kalau tak pueh hati , klik SINI .. Aku punya , tunggu lepas settle Beautifulnara punya ..
Vlog HELIZA HELMI ...
Kali pertama aku masuk , aku jadi FOLLOWER dia .. dan baca sedikit entri dia .. Kali kedua , bila dia tag aku dengan entrinya ... Dan ini kali ketiga aku bukak untuk aku masuk sekali lagi dan promote blognya pada kawan kawan di blog aku ni ..
Ada idea ... cuma ni pendapat aku secara peribadi je .. Kena lebih kemas memandangkan blog ni boleh pergi jauh jika dia benar benar serius dalam dunia blogging ni ..
Template dan lain lain tu , bagi aku ok .. susunan tu jer bagi aku nampak semak sedikit .. Tapi itu terpulang pada dia.. kalau dia selesa , ok jeer.. Toksah pening pening jika sekadar buat blog untuk berblog suka suka ..
Susah nak jumpa perempuan yang benar benar boleh tahan dan serius malah menjadikan blog untuk menjana pendapatan sampingan dia .. LELAKI ? Bagi aku lelaki banyak main main.. Terlalu banyak komitmen alasan biasanya yang diberi .. Sbb tu kalau tengok yang buat duit dari dunia maya ni adalah perempuan.. Walaupun tak bertaraf jutawan tapi boleh la untuk buat shopping kat STAR HILL gitu ..
OK.. berbalik pada blog ni , jom g tengok blognya .. klik SINI
Pagi tadi .. aku g kerja.. dua kejadian berlaku depan mata aku .. Maka aku kupas satu satu isu tersebut .. Aku mulakan dengan isu PEREMPUAN .. Kenapa ? Ladies First .. kan ? Haahahah... ileks..
Ramai ingat aku nak berat sebelah.. Sebenarnya bagi mereka yang ikut blog aku ni , tau aku sendiri pon ada kupas isu isu LELAKI ni .. contoh bab tandas .. rokok .. sikap suami .. dan banyak lagi.. Tapi tiada pon yang kata , ala perempuan pon cam tu gak .. Mungkin ada tapi tersorok sedikit pendapatnya ..
Dalam entri aku tadi tu .. aku ada sebut , " Bukan semua PEREMPUAN tapi bilangan juga besar " .. maksudnya bukan semua tapi semakin menjadi jadi ..Kenapa ? Ada yang kata faktor LELAKI semakin kasar atau desakan hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni .. Masalahnya , yang berlaku sekarang ni bukanlah nak berebut naik komuter , tapi naik lif , tekan butang lif , naik lrt yang tak ramai mana pon kadang kadang .. tu semua contoh .. Maka dikaitkan , LELAKI pon samaaa .. Kalau gitu , PEREMPUAN dan LELAKI sama je la perangai eh ??? Sememangnya kita tau LELAKI itu KASAR dan PEREMPUAN itu LEMBUT .. TAPI TAK SEMUA !! Ni kena highlight ni .. kang ada gak dok sebut ...
Aku tak berniat nak menegur dan aku tak berniat nak mengajar .. Aku cuma bercerita apa yang berlaku di depan mata aku dan apa yang ada dalam hati aku ..
Kemudian ..dalam lrt , ada seorang lelaki .. Mmg bersih suci murni je muka dia.. pakaian ala ala imam masjid dah .. Kira layak masuk Imam Muda dah ni .. Dia duduk .. Aku berdiri.. di depan dia , berdiri seorang perempuan yang agak berisi badan dia .. Di sebelah dia seorang perempuan .. Kemudian perempuan ini bangun dan memberikan tempat duduk pada perempuan yang berdiri tadi.. Rupa-rupanya , perempuan tu mengandung .. Hurm.. aku hanya mampu geleng kepala.. Lelaki tadi terus duduk tanpa berbuat apa apa pon .. hurm... 'Bagusnya' ... malu aku sebagai seorang lelaki ...
Kalau kita asyik dok kata , ' Ala sama je LELAKI PEREMPUAN ' , maka kita takkan ke mana mana .. aku bukan nak berbahas atau nak tunjuk baik... Cuma inilah perasaan seorang lelaki yang sering berbisik dengan hatinya ..
Aku kagum dengan PEREMPUAN kerana merekalah seindah-indah ciptaan Allah .. Sendiri fikir la yer .. Ops.. dan tolong baca 2 kali .. pastu barulah komen.. sbb banyak yang terlepas point dan terus komen .. hurm ...
Buat PINKY MOMMY , RM55 boleh laa diterima .. hahaha...