Hurm.. satu perbincangan ringkas tadi melibatkan aku dengan officemate aku berkenaan si Rozita Che Wan yang dikatakan bercinta dengan Shahir AF .. jap nafi , jap mengiyakan.. tau tau kawin... nyampah giler ngan dunia artis ni .. nasib baik tak kutuk blogger ... kalau tak ? Seluruh persatuan blogger mengadakan tunjuk perasaan dalam bentuk entri.. Haa...
Pastu sorang kawan perempuan ni cakap kat dia .. kalau dia , nak tak kawin ngan Rozita.. Dengan pantas dia kata tak nak.. Wat per nak kawin ngan janda.. dia kan teruna .. kena cari yang dara gak laa..
Huih.. tu diaa... aku nak jer sound.. tapi tak pe la... mungkin dia tak tau lagi kot.. Alasan dia tu betul... dia teruna maka yang layak untuk dia , adalah dara .. hurm... Yang janda tu , biar kawin ngan duda .. Pergh..
Kemudian aku terangkan pada dia.. Jgn pandang rendah pada janda .. Janda ni berpengalaman dalam rumahtangga.. Sama gak ngan duda .. Sekali dia bagi layanan , leh terlentuk woo si teruna tu.. Sebab tu ramai anak teruna 'tewas' dek penangan janda lalu bernikah dengan mereka ..
Maksud 'tewas' tu ialah tertawan ... Mereka ( janda dan duda ) ni berpengalaman .. tau kehendak pasangan masing masing .. Jadi , tak susah nak melayan segala karenah pasangannya .. Silap ari bulan , anak dara atau teruna pon 'letak jawatan' wooo ...
Bukti dah banyak.. ramai anak teruna kawin ngan janda .. Artis atau selebriti.. Ahli perniaagaan .. Apakah semata mata kawin kerana nafsu atau kerana cinta mahupun kerana terpikat dek layanan tak berbelah bagi dari pasangan mereka yang lebih berpengalaman itu ..
Sbb tu , ada anak dara skang ni pon mudah tergoda ngan laki orang .. kenapa ? Sama je alasannya .. kan kan ?