Sahabat blogger , Dezaman Cottage .. berkongsi cerita antara panas kini di YouTube.. Pasal seorang pekerja KFC mencalitkan ayam sebelum digoreng .. Korang g tengok sendiri kat blog Dezaman ..
Sebenarnya kes kes gini selalu sangat berlaku.. bukan yg korang tengok tu jer .. Malah kat hotel hotel pon ada ... Ada rakan aku yang pernah kerja kat hotel pon ada cerita kat aku .. Kalau kita order makanan , order lain sampai lain .. korang marah marah , maka siap laaa..
Hurm.. itu yang kita perasan.. yang kita tak perasan .. Tadi lepas solat Jumaat pon aku ada terfikir .. kenapa hati manusia semakin lama semakin hitam ? Bila aku fikirkan semula zaman Rasulullah s.a.w , cara pemakanan baginda s.a.w dan para sahabat ... membuatkan mereka gagah serta bijak ..
Makanan di zaman nenek moyang kita dan zaman sekarang ni .. terlalu banyak beza .. Nampak sedap tapi penuh dengan penyakit... Hurm... Susah betul nak cari makanan yang benar benar sihat .. Buah buahan mahupun sayur sayuran sendiri pon zaman skang ni dah tercemar dengan pelbagai bahan kimia .. hurmm ...
Wallahualam..






