Apa yg best sangat ??? Perghhh ...mau tanya lagi ? Pastinya penjimatan masa dan paling penting kos pengangkutan tu haaa ... Skng ni aku abis hampir 400-500 utk pengangkutan .. tu tak tambah lagi dgn makan minum..
Dan paling best, sebelah menyelebelah dengan bangunan wife.. jimaat makan tengahari.. ari ari dia belanja..hahahaha...
Tapi yg pasti ... Aku akan merindui PWTC .. 5 tahun kat situ , pelbagai kenangan manis kat situ .. paling tak lupa , kali pertama jumpa wife selepas mengorat dia kat ... kat ...er ..eh , lrt sampai dah ....sambung minggu depan eh ... Lalala.
Alhamdulillah... semakin aku buktikan bahawa segala usaha selama ini membuahkan hasil ... Dan insyaAllah , ianya menjadi kenyataan..
Dua hari ni aku tak promote pon kat mana mana group FB atau ping kecuali di wall aku dan kelab aku sendiri , SANTAI BEN ASHAARI .. cuma sesekali aku sharedkan di wall rakan rakan yang terdekat..
Apakah yang aku cuba buktikan ? Hurm.. aku nak tengok apakah hasil yang aku perolehi tanpa promosi .. dan syukur , setelah hampir 2 tahun aku bekerja keras maka barulah menampakkan hasil ...
Lebih 3 ribu pembaca masuk dua hari ni dan hari biasa lebih 4 ribu .. OK la kan ? Ni bukan blog gossip.. Sekadar blog biasa .. blog luahan hati... Segmen pon aku dah slowkan untuk buktikan bahawa blog aku bukan bergantung pada segmen ..
Apa tujuan entri aku ni ? Tiada jalan pintas untuk berjaya .. Lebih manis dan bergaya jika usaha dari bawah.. Lagi nikmat jika ianya asli dan tulen .. Ingat ! Jangan pungut hasil jika baru berblog ... Esok lusa pasti bosan .. Tiada kenikmatan dan tiada kenangan ..