Sedang aku dok beratur tu ternampak pengawal keselamatan yg berada di dlm bank tu .. Hurm..berumur sudah .. dia nak berdiri pon mcm tak larat ..
Siannya .. dlm usia begitu masih bekerja lagi .. Teringat org tua aku .. hurm .. diorg pon masih bekerja .. haih .. tak bagi keje, dibuatnya keje lain lak nanti .. sama gak ..
Lelaki yg bertanggungjawab berusaha mencari nafkah utk keluarga dia . Di zaman ini , ramai lelaki lak duduk mengangkang kat rumah dan isteri dia lak berhempas pulas mencari rezeki .. Kalau buat bisnis takpe la gak ..tu pon cari rezeki tapi yg tak buat apa apa ni haaa !! Sampaikan duit rokok pon mintak bini ! Camana tu ??
Sorang kawan aku tadi .. dia cerita perihal sorang jiran dia ni .. Isteri dia mengandung dan suaminya tak keje .. baru berenti .. Si isteri yg dok sarat tu , dibiarnya duk umah mak dia dan dia balik umah mak dia ! 3 org dah anak dia termasuk dlm perut tu !
Haih..tu la lelaki dua zaman ..yg satu ,keje sehingga akhir hayat dan satu lagi ...hurm.. nilai la sendiri..
OK.. Otai kat sini adalah old timer .. bukan sbb dia pahlawan blogger atau pon punya pangkat dalam blog .. Takde takde takde.. jangan silap faham ye .. Ada yang anggap , lepas 6 bulan berblogging tu leh dipanggil otai atau superotai .. Waaa wee wuuuu..
Tak kisah la.. otai ke petai ke apa sekali tu , tu semua adalah gelaran .. Sewaktu aku mula mula berblogging , aku taksub dengan cara aku .. Letak widget dari atas sampai bawah !! Amik kau ! ! Ada yang tegur , aku kata .. SEKATI AKU LAAA..BLOG AKU .. KO TAK SUKA , KO BLAH ! Tu baru widget .. Belum lagi template yang mana warnanya boleh membutakan mata lembu sedang mengawan ! Haaa.. hahahaha... Ramai komen.. tapi dalam pelan pelan aku sedar diri .. Ada benarnya pendapat mereka ..
Antara widget aku guna adalah shoutbox .. Tapi tak sampai 24 jam aku guna , dah disinggahi dek lanun bermata satu .. " Tau dia tulis apa ? " FUCK YOU ! GAY LORD ! " .. Aku terpikir la.. dia ni marah sapa ?? Takkan aku kot ? Bila lak aku gay .. Check header aku.. Muka macam Chef kat kedai sup tomyam awe Cheras tu dia leh kata gay ? Mak aihhh.. buta ke apa ???
Kemudian aku remove shoutbox .. Tu setahun 5 bulan yang lampau tau ! Bukan semalam atau dua bulan lepas yer .. Haa.. dah kena serang .. Cer bayangkan sekarang ni ? Sedangkan kat ruang komen tu leh kena serang ngan torpedo mahupun Scud , ni kan pulak dengan ruang chat yang terbuka sebegitu rupa ?
Sbb itulah ramai blogger lama ni , tak guna dah shoutbox.. Kalau nak tinggal sangat jejak , komen je la.. Komen tu , komen yang ikhlas dan membantu atau memberi pandangan mahupun pendpat terhadap entri yang dikeluarkan .. Jangan la entri pasal ayam tapi kita komen pasal gajah.. Mmg tak dilayan atau dibalas kunjungan korang tu semula ..
Gini je la.. Jangan cepat jatuh hukum pada seseorang tu .. Kelak jenuh nak g mintak maaf.. Walaupun sekadar luahan hati tapi kena hati hati .. Nanti balik kat kita balik , malu wooo...
Kelebihan shoutbox mmg tak dinafikan.. mmg dapat membantu blogger baru meningkatkan trafik.. Tapi bila dah naik , maka dari baik , akan memberi keburukkan pada dia semula .. Kalau dia berhati kering tak pe.. tapi risau nanti akan ada yang tak puashati lalu berperang dalam shoutbox tu.. Kita mungkin tak kisah sbb dapat trafik tapi sanggupkah kita dpat trafik semurah itu ? Ingat , trafik biarlah datang dari entri kita ..
Bila aku terbaca ada blog blog yang membuat entri penentangan terhadap entri aku , aku sama sekali tidak salahkan mereka .. Kenapa ? Sbb mereka ada pendapat mereka .. Dan aku hormati pandangan mereka selagi tidak melampaui batas ..
Dulu aku ada pandangan aku sendiri terhadap otai blogger ni .. Yang mana bila mereka menegur blog blog baru ni.. Bila aku baca balik , akhirnya aku faham maksud blogger blogger lama ni .. Malu sendiri.. Sebab itulah orang kata pengalaman mematangkan kita ..
Kadang-kadang kita sangka , kita punya ilmu.. kita punya pengalaman dan cukup untuk menidakkan pendapat orang lain padahal pendapat mereka itu lebih menjurus pada keadaan ketika itu tetapi kita menolakkan kerana EGO kita sendiri ..
Banyak entri aku yang menentang keras blogger lama telah aku delete.. Rasa cam , tidak matang sungguh aku tika tu .. Yelah , mereka mengajar , kita sepatutnya menerima tapi tidak .. Menentang lagi ada la ..
Buat blogger-blogger yang baru kenal erti dunia blog ni , jgn ego.. terima dan perbaiki segala kelemahan .. Jangan kejar nama atau populariti tapi sebaliknya kejar kualiti .. Kualiti satu satu penulisan menberi kesan yang baik pada pembaca .. Anda tau sendiri bagaimana nak hasilkan entri yang berkualiti kerana anda sendiri seorang yang berkualiti !
Pengalaman memantangkan kita .. Buat blogger blogger lama yang masih masuk membaca blog aku ini , ampun maaf dari aku .. Ego mengatasi segalanya ... :(
Setiap teguran punya makna.. kita kena cari dan kaji.. Tak perlu besar kepala... Lambat laun kita sedar betapa betulnya kata kata mereka kerana mereka dah bertahun lamanya dalam dunia blog ni ..
Kalau nak kekal lama , pelajari dan hayati dunia blog ini .. InsyaAllah..