Bila berblog ni , macam macam orang kita akan jumpa .. Serius ! Tapi sayangnya sekarang ni , ramai buat blog kerana inginkan nama dan wang yang tak seberapa tu .. Hurm..
Walaupun jumlahnya kecik tapi mampu mempengaruhi mereka yang baru baru berkecimpung dalam dunia blog ni .. Bahaya gak tu .. Sebenarnya blogger macam aku dan korang yang bercerita tentang isu isu biasa , patut menjalinkan persahabatan kerana majoriti kita ni berbeza bidang/profesion ..
Contoh , ada doctor , pilot ,polis , engineer , pakar IT , pelajar , suri rumah , peniaga , usahawan , penyangak dan banyak lagi .. Haa... Kan ramai kawan dah kan ?
Walaupun sekadar membaca blog tapi kita boleh kenal dah sapa blogger tu.. kan best tu ? Tapi sayangnya , yang berlaku adalah sebaliknya.. Berpuak puak jadinya ..
Jadi sama sama kita fikir.. tak kira blogger atau pon bukan , ni la pintu untuk menjalinkan persahabatan ..
Al- Hakim lagi ???? Waaa.. Juara 2 kali berturut-turut !!
http://pilhanhati.blogspot.com
Tak pe.. jap lagi ada lagi SEGMEN baru ...
Waaarghhh... Tu perumpamaan je la bila guna UNIFI ni.. Ada kawan kawan mintak pendapat camana guna UNIFI ni ? Best ke tak ? Ada gangguan ke time hujan ?
Erk... UNIFI ni bukan cam ASTRO BOY tu haa... Tak terganggu pon siaran kalau hujan .. Tak tau la kalau gempa bumi.. Yelah , kan guna kabel ( fiber optic ) .. Kira laju dari kabel telefon dulu la ( bahasa pasar je )
Camana pulak ngan internet ? Hurm... hurm.. semalam aku test download movie 200mb .. Kira tak sempat terlelap tu , dah siap dah .. hehehe.. Maksud aku laju la berbanding dengan guna broadband biasa tu .. Streamyx , aku tak sure la.. Tapi kalau atas kertasnya , UNIFI ni lagi laju dari Streamyx ..
Harga ? Ada pakej ... Yang tu korang kena tengok kat web mereka la.. Google Unifi Malaysia .. nanti jumpa la ... Setelah seharian menggunakannya , mmg cun ..
Rancangan di tv ? Heheh.. kira tak tertengok gak la.. Banyak gak woo.. Kalau boring , leh amik siaran berbayar .. Ada hari , dan ada bulan.. Murah jeee woooo...
Kesimpulan , mmg berbaloi guna UNIFI .. tu je aku leh kata BUAT MASA SEKARANG !