Mmg pon .. kata la apa pon .. Dalam hati ada taman ke.. jiwang ke.. lembik ke.. pondan ke.. Yang pasti hati aku ni mudah terusik ... Pantang tengok orang tua , aku teringat kat orang tua aku .. Pantang tengok orang mengemis , aku pasti bayangkan aku ditempatnya... hurmm ..
Dalam cerita CARS tadi petang aku layan di ASTRO ( entah bila wife nak potong pon tak tau.. dia chief de mission di rumah aku ) ..ada satu dua babak membuatkan aku insaf seketika ..
Babak pertama ... yang mana satu kereta ni dipanggil Doc Hudson ( dia adalah legenda perlumbaan tapi dilupakan setelah mengalami kemalangan ) , memberitahu pada pelumba hebat dan juga watak utama , Lightning McQueen , bahawa piala perlumbaan itu adalah kosong semata mata .. Hakikat kejayaan sesebuah perlumbaan sebenarnya adalah kerjasama berpasukan bukannya individu .. Namun walaupun bergelar lagenda , mereka akan lupakan si pemenang jika terjadi apa apa padanya.. Cepat benar dilupakan ..
Yang kedua , satu babak dimana perlumbaan menghampiri kemuncak dan salah sebuah kereta mengalami kemalangan .. Dan Lightning McQueen memberhentikan keretanya pada mana dia sepatutnya mengecapi kejuaraan namun dia berpatah balik untuk membantu kereta yang mengalami kemalangan tadi ...
Hurm... tu la dia .. walaupun kartun tapi penuh moral ... Filem kita ? gaduh tu la moral dia .. hahahah .. lalalallaa...
Aku peminat kartun 3d .. Kenapa aku suka tonton kartun 3D ? Setiap ceritanya bukan sekadar cerita .. Penuh mesej ! Mesej yang senantiasa berlaku pada kehidupan kita .. Samada kita sedar atau tidak saja mesej itu cuba disampaikan ..
Hurm... setiap hari ada je dugaan yang Allah bagi kita .. Ada yang dalam bentuk penghargaan dan ada juga dalam bentuk kesengsaraan .. Kita leka , kita lalai , kita kecundang walaupun pada hakikantnya kita nampak kita berjaya dalam kehidupan ini ..
Fikir fikirkan bersama yer .. hehehe .. Tak caya .. Cuba layan CARS ..
" Ianya cuma sekadar piala .. " :)
DIGI WWWOW telah berakhir namun masih ada suara suara berbunyi termasuk aku.. Yelah , aku kecewa tak dapat tunaikan apa yang aku hajat iaitu open table pada rakan rakan blogger yang menghabiskan masa mengundi dan berkempen untuk aku ..
Bukan tergila sangat nak menang pon.. kalau menang sekali pon akan aku kata , award tu adalah milik blogger kerana mereka yang mengundi .. aku cuma wakilkan saja .. Tapi bukan rezeki aku malam tu ..
Kekalahan tu membuka mata aku .. Aku semakin mengenali dunia maya ini.. Sapa kawan .. sapa yang bukan kawan .. Yang bukan kawan ni , tak semestinya lawan kan cuma mereka ni umpama lalang saja ..
Pertandingan tu memberi banyak kenangan pahit dan manis .. Masing masing cuba menjadi yang terbaik termasuk aku .. Namun jika dikenang kembali , betapa bodoh gak aku masuk kerana pertandingan tu meminta mereka mengundi hari hari ! Macam meraih simpati pon ada .. Iskhhh... sampai gitu sekali ..
Dan ada juga rakan blogger yang terasa hati dengan aku yang mana mungkin aku ada mengeluarkan entri yang menguris hati mereka ( namun sebenarnya double meaning ) dan juga kawan kawan yang lain .. Nadea dan Mia , antara pesaing aku tika itu .. Mereka blogger yang bagus dan hebat samada dalam entri dan juga berkempen .. Sememangnya aku bukan saingan mereka ..
Pada kedua blogger tersebut , andai ada terasa hati dengan aku tika pertandingan tu , ampun maaf seikhlas hati dari aku .. Tamo dah bersaing ngan korang ! Sure aku kalah .. hehehe..
InsyaAllah , aku tak nak masuk dah .. Kalau masuk pon sekadar suka suka untuk curi trafik orang ! hahaahha ... Tolong ingatkan aku andai aku terlupa ...