Sengaja aku pilih kat tempat ni sebab boleh nmpk matahari akan terbenam ..
Putrajaya ni byk tempat cantik kalau rajin xplore ..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Sengaja aku pilih kat tempat ni sebab boleh nmpk matahari akan terbenam ..
Putrajaya ni byk tempat cantik kalau rajin xplore ..
Penat g sekolah dari tadika sampai ke IPT .. Akhirnya yang mengarut juga jadi ikutan . Malah , siap dipromosikan besar-besaran dan ramai akhirnya , anak kecil pon turut mengucapnya .. Berbanggakah ?
Maka , berbanggalah anda .. Kan best sebut ASTAGFIRULLAH AL’AZIM dari APA CELOP tu .. Pahala tu.. Bayangkan , berjuta orang tonton drama tu setiap malam dan melafazkannya .. Heh ..
Walaupun ‘dia’ kata tak de makna atau bukan perkataan mengarut , sila beritahu apa maksudnya APA CELOP tu ? Baik bagi tajuk nama punya maksud seperti nama anak kerna itu karya anda . Karya anda adalah corak pemikiran anda .
Kan kan ?
Hurm .. ini sekadar tips menulis ( blog seumpamanya ) ringkas yang aku amik dari buku baru aku baca sekali imbas ( rujuk entri INI ). Belum baca betul betul . Bila aku ternampak tips tips ni , aku rasa nak kongsi dengan rakan rakan yg lain. Mungkin sedikit sebanyak mampu beri perbaiki penulisan kita akan datang.
Jom kita tengok apakah tips-tips yang telah penulis buku tu kongsikan bersama ..
Tu je la yang aku boleh kongsikan dengan korang semua . Ni pon ada yang aku edit untuk ringkaskan lagi dan sesuaikan dengan penulisan di blog sbb apa yang penulis tersebut beri adalah lebih pada penulisan buku . Tapi aku rasa sesuai untuk digunakan di blog ..
Maka , terpulang pada korang nak gunakan atau tidak. Sekadar berkongsi tips tips blog saja ..
Hurm .. “ Aku rasa blog aku lagi best dari blog BEN ASHAARI. Entri dia semua pon biasa biasa jer .. Gambar pon jarang letak .. “ , kan ? Mungkin ada diantara kawan kawan kita berfikiran begitu dan aku tak salahkan dia pon . Benar apa pemikiran dia tu .. Jadi , aku tak perlu nak terasa .
Aku jarang nak buat entri bagi pecah perut kawan kawan pembaca. Aku tak suka nak mengarut tak tentu hala dalam entri aku ni. Masa itu penting. Aku tak nak mereka buang masa singgah baca entri yang takde ‘gado-gado ‘ buat mereka. Aku nak senantiasa beri buah tangan pada mereka , bila mereka singgah.
Itu yang aku nak ! Bukan masuk , baca ketawa .. kemudian keluar tapi inputnya ? Baik layan 3 Stooges je kan ? Tu pon ada isi gak . Pengalaman dalam bidang penulisan blog ni membuatkan aku banyak berubah. Serius. Aku semakin memahami apa yg berlaku di dunia nyata dan aku perlu berfikir berkali kali sebelum melakukannya , berkat dari ‘maklumat’ dunia maya.
Itulah yg aku nak buat ! Kawan kawan pembaca yang masuk baca terutama yang muda , memahami serta menjaga tingkahlaku mereka di dunia nyata dengan mengambil ikhtibar dari bacaan blog serta komen komen yang ditinggalkan.
Biarlah biasa dari luar biasa namun yang luar biasa itu bila mereka mengucapkan TERIMA KASIH atas perkongsian cerita yg sedikit sebanyak mampu mengubah cara mereka berfikir.
Hurm .. budak budak .. Bila kita tengok mereka , kita jadi kesian dengan mereka . Tak tau apa apa dan mereka menerima apa saja yang kita ajar pada mereka.
Tadi aku g umah mak aku . Niat nak ziarah mereka padahal semalam pon dah g . Bagi aku , selagi aku punya masa dan kesempatan , memang aku akan ke sana . Bukan aku anak manja tapi mereka dah tak beberap sihat. Jadi kena kerap ziarah dan tengokkan mereka .
Anak buah aku yang baru berusia 4 tahun , demam panas. Semalam dia call aku tanya nape aku tak tunggu dia balik dari sekolah ( tadika cina ) ? Dia tau aku g sana tapi aku balik awal . Lepas cakap ngan aku tu , dia terus demam .
Hurm .. Dan tadi , aku ajak wife g sana .. Sebelum tu , aku download siri kartun Boboi boi untuk dia. Suka layan movie kat hp. Cam aku gak perangai dia .. Tu sebab aku cam lebihkan dia ! Huhuh ..
Bila dah sampai sana , aku terus g cari dia.. Dok tidur .. Berpeluh peluh.. Sian dia .. Adik aku , takde .. keluar ngan ayah aku .. Ada hal skit ..
Aku pasangkan video Boboi boi tu kat sebelah dia dengan harapan dia bangun. Tapi tak terjaga pon . Masuk adik dia , dia lak yang amik. Pastu g kacau abang dia .. Heh..
Tak lama kemudian , dia jaga .. Dia cari aku dan tunjuk kat aku dia punya koleksi Boboi Boi ! Ada 20 siri sedangkan aku punya baru 8 jer ! Cehhh .. dia lagi pantas dari aku rupanyaaa ..
Tapi aku pelik gak.. Hp adik aku tu , mana mungkin boleh muat sampai 20 siri sbb kapasiti dia skit jer .. Hurm.. Tapi aku diamkan je la ..
Cam biasa , budak demam bila suruh mandi .. menangis la kan ? Jadi tugas aku laa kena pujuk dia sblm aku nak ke KLCC tadi .. Aku pon cari la video tu dalam hp tu ..
Hampeh tak jumpa ! Mana pulak adik aku letak file file video tu ? Hurmm.. Sekali … Anak buah aku tu mintak hp tu kat aku ..
“ Apa la pak ngah ni.. Cam ni .. Klik kat sini.. Pastu.. klik kat situ .. Haa.. tuu.. klik ni jer.. Tu keluar dah ! “
Hadoii .. video kat youtube rupanya !! Arghh.. Bila pulak anak buah aku ni pandai layan youtube ??? Grrrr…
Lepas dia pasang video tu.. dia layan sampai terlena .. Dan aku memandang dia dengan sayu .. Kasihan pada dia dan adik dia .. Hurm .. Entahlah .. Ada orang , rezekinya begitu tapi dugaannya di belah lain ..
Antara kuat tak kuat saja untuk menghadapi semua dugaan ini ..