Ada projek blog kat luar .. Kena tinggalkan Qhaliff sekejap tp tak sanggup !! Belum nak g , dah rasa rindu .. huhu ..
Patutlah ada ibu yg menangis rindu kat anak dia ..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Ada projek blog kat luar .. Kena tinggalkan Qhaliff sekejap tp tak sanggup !! Belum nak g , dah rasa rindu .. huhu ..
Patutlah ada ibu yg menangis rindu kat anak dia ..
“Jap ibu .. jap mama , jap umi , jap mummy .. “ .. Ngomel wife .. Mana satu nak suruh Qhaliff panggil ni ?
“ Mana mana je la asal merujuk pada maknya .. Jangan panggil nama sudah .. “ . Kata aku ..
Budak budak ni suka ajuk orang tua dia .. Kalau si suami dok panggil wife dengan namanya , dia pon akan belajar dari situ .. Sebab tu ada yang suka panggil PAPA MAMA .. Yang belum kawin tu , jgn mengedik ehh ..

Cam biasa , tanpa kamera TV3 disisi aku tetap buat kerja ‘bila disuruh’ wife .. Bukan apa , aku mmg suka disuruh dan menurut perintah wife ni .. Saja suruh dia bukak mulut .. Dengan berbuat demikian , ada la perbualan kan ? Takkan nak tunggu duduk minum baru nak berbual kan ?
“ Abang , tolong angkat cerek tu .. Penuh sangat air.. Tak larat nak angkat . Letak kat atas dapur tu eh .. “ , pinta wife .
Aku pon g la dan angkat padahal waktu tu idea update blog dok mencurah curah ..
“ Ya Allah , laki akuu .. Kalau suruh yang tu , yang tu je dia buat .. “ , wife mula nak buat ceramah tanpa permit khas !
Aku tersenyum lalu menjawab ..
“ Saya menurut perintah jer.. Kata suruh letak atas dapur tu je.. Tak suruh pon jerangkan air tu kan ? Kang buat kang , kata memandai lak.. Mana la tau kot air tu nak guna untuk letak ikan emas ke .. kan ? “
Hahaha .. boleh mental dapat laki cam aku ni .. Hahaha .. Maklumlah , saya yang menurut perintah ..
Pergh..
Sian .. Nak salahkan Chong Wei , kita tak boleh sbb kita tau betapa sibuknya dia dan dia sendiri pon dah nyatakan yang Olimpik ni last sebelum dia nak bersara . Lagi pon kita tak tau cerita sebenar .. Tak boleh nak tudingkan jari pada mana mana pihak. Sian ke dua dua insan ini ..
Begitulah lumrah kita sebagai manusia . Ada yang berjaya , lupa terus asal usul .. Mendabik dada dengan kejayaannya di dunia ini tetapi gagal dalam menguruskan keluarganya ..
Alasan takde masa untuk g melawat keluarga , adalah satu alasan yang langsung tak boleh digunapakai !! Masa boleh diuruskan jika kita tau mana yang penting dan mana yang tidak ! Apakah keluarga kita tidak penting ?
Fikirkan la kembali .. Jangan tunggu dah tiada , baru menjerit menyesal .. Sementara mereka di depan mata , hargailah mereka. Bukan wang ringgit mereka pinta sebaliknya kasih sayang yang mengubat rindu dendam terhadap anak mereka yang sangat dikasihi ..
Hurm ..
Tamat dah beberapa pertandingan melibatkan manusia dan juga populariti . Aku , terlibat sama tapi malas nak amik tau sebab dah tau ‘nasib’ aku berdasarkan pemerhatian aku terhadap juri juri yang dipilih berdasarkan kelayakan memberansangkan mereka dalam bidang masing masing .. Tergaru ? Aku pon ..
Cam biasa , bila dah abis satu satu pertandingan walaupun Piala Dunia , kontroversi atau ‘pahat mula berbunyi’ tu biasa laa . Nak lagi best , bila tidak melibatkan kita , kita pon turut mempersoalkannya .. Contoh cam , Belanda patut menang malam tu !! Apa guna kan ? Dah kalah , dah laa.. Terima je hakikat .. Kalau tak boleh terima hakikat , jangan masuk bertanding .. Mudah kan ?
Bagi aku mudah je cam ni .. Ianya satu pertandingan yang dicipta manusia dan juga dinilai oleh manusia .Sebab itulah Allah Maha Adil kerana diletakkan dua malaikat di bahu kita untuk mencatatkan segala perbuatan kita dan juga setiap saksi ditubuh kita akan memberitahu segala tingkahlaku kita di akhirat kelak .. Persoalkan lagi ?
Cam satu pertandingan untuk blog baru baru ini .. Bila aku tengok senarai juri , awal awal lagi aku kata , aku takde harapan dan mmg tahu pon takde harapan sbb blog aku ni tk la bagus sangat ( ada yang ia kan tapi masuk juga baca kan ? pelik aihh .. ) tapi aku masuk juga atas tujuan promosi .. Selainnya adalah bonus ..
Sekarang lak EURO .. Macam macam sok sek yang ada .. Negara kita tak terlibat tapi rakyatnya terlibat ! Tak kira la keje ke tak keje ke , layan tetap layan. Bila kalah pasukan kesayangan , sok sek la mereka di pejabat nanti dan juga kedai kopi .Prestasi kerja jadi mengarut.. kan kan ? Jangan terasa kalau tak buat yer ..
Mentor 6 pon dah berakhir dengan protege Ella jadi juara. Aku malas nak tonton sbb tak nak terlibat bersubahat .. Atau nak tambahkan dosa aku dengan mengumpat diorang .. hehe .. Banyak nak diumpatkan kalau nak , tapi lantak dia la.. Mentor dan penganjur la bertanggungjawab kelak .. hehe ..
Jadi , itulah kata aku tadi .. Kontroversi , mmg dasat di Malaysia ni .. Tu tak masuk bab politik lagi .. mmg menyampahkan .. hehe .. Baik angkat besi lagi best .. Badan cun otak pon cargass ..
Silap silap , apa yang aku tulis ni pon boleh mencetus kontroversi .. hahaa …
“ Huarghhh .. Ngantuk.. Malasnyaaa nak g kerja esok .. Ok la , dah tanggungjawab.. Nak kata apa dh kan ? Nak tak nak , kena tidur .. Nak tengok bola pon takut takut sbb risau mengantuk esok .. Bosannya Isnin sbb lama lagi nak tunggu Jumaat .. “.
Bukan mudah untuk miliki semangat untuk mengatasi mental yang lemah bila melibatkan perkerjaan kita ni .. Apatahlagi bila ada yang punya ‘isu’ di pejabat . Bertambah giler malas nak g kerja ..
Itulah yang berlaku pada aku . Aku dok fikir sampai bila aku nak hidup gini ? Korang boleh baca kat blog aku ni , entri 2 tahun lepas .. Macam macam cerita korang leh dpt dari mula aku bangun tidur hinggalah aku nak lelapkan mata , aku update dlm blog .. Sehari hampir 20 entri okeh !
Keputusan yang aku amik ni sebenarnya amat menakutkan buat mana mana manusia yang dah sebenarnya boleh dikatakan ‘selamat’ tetapi aku mengubahnya kerana aku tak nak terikat dengan kehidupan yang susunannya A-Z .. Cukup dengan yang wajib aku tunaikan. Yang lain , aku boleh mengubahnya asalkan tidak salah di sisi agama .
Aku nak jogging di kala orang g kerja .. Aku nak shopping di kala orang bizi bermeeting .. Aku nak bertekak dengan orang yang mana satu tika dulu aku tunduk pada dia .. Aku mampu lakukan sekarang kerana aku telah mengubahnya ..
Aku rasa bebas sangat walaupun punya tanggungjawab yang berat untuk aku pikul hingga akhir hayat aku . Bukan kekayaan yang aku kejar sebaliknya kehidupan yang tenang dan gembira yang aku ingini disamping keluarga tercinta ..
Aku telah mengubahnya walaupun ianya berat. Masakan negara mampu maju jika tiada perubahan .. kan ?