Setelah hampir sejam berlalu , baru aku perasan yang si Dibah ni dilakonkan oleh si cantik manis , Neelofa .. Auww .. Hahaha .. Selain dari dia , Intan Ladyana , Qi Razali dan ramai lagi ..
Best ke ? Ok la drama ni . Kira sejak mula dia main kat tv , aku boleh buat macam macam kerja seperti tukar pampers Qhaliff , buat photoshoot ngan Qhaliff , pujuk Qhaliff nangis , buat maggie goreng dan sempat gak la overhaul enjin kereta jiran sebelah ! Tu pon tak abis abis lagi drama ni .. Memang power la drama ni ..
Bila aku perati betul betul drama ni kan , tau apa yang buat spoil ? Lagu latar dia !! Lagu dia mmg bikin mood hancus .. Serupa tengok drama bisu Charlie Chaplin .. Haih..
Kot yer bajet sekali pon , jangan sampai gitu sekali . Bayar je la royalti lagu lagu yang sedap sikit untuk naikkan mood penonton .. Drama ni diselamatkan oleh Neelofa . Kalau takde , confirm ramai tukar channel lain ..
Rugi malam ahad aku layan drama bajet camni .. Best lagi petang tadi punya drama , Darah Putih Jambu .. kot ? Kat tv2 ..
Baru lepas makan maggie.. Saja nak makan maggie sebab pagi tadi dah makan nasi .. Yelah , tauuu .. tak elok .. tapi dah nak makan .. Maka si isteri pon masak ler tanpa banyak bicara .. Aku , jaga Qhaliff yang sedang nyenyak tidur tuu .. Mana la tau kot kot ada dinasour nak culik kee .. Atau orang pecah masuk rumah ke .. Jadi , suruh wife je la masakkan untuk aku ..
Perbezaan resepi maggie aku dan wife dapat dikenali dari segi pembikinannya .. Dia punya ada tumis bawang .. Aku punya , masukkan cili padi dalam tu .. Telur , secukup rasa dia letak .. Aku , selagi ada telur , aku letak ..Haaaa… Sayur , sama jer..Tapi sedap lg wife punya ..
Tapi tuuuu bila mood wife ok .. Kalau tak ok ? Jangan sesekali suruh wife masak ! Confirm hancusss segalanya .. Memang akan siap tapi , boleh jumpa rempah ratus yang tak sepatutnya ada dalam tu ..
Sebagai contoh ? Hehehe .. Kang aku tulis jadi ngumpat lak .. Apa kata yang dah kawin tu , test kasi mood isteri anda down baekk punya .. Pastu suruh dia masak .. Perghhhh … Confirm berpinar mata !
Time tu , ikhlas jauh sekali laaa .. Apa lagi , tak reti reti nak pujuk ? Aku tak leh pujuk lagi .. masih berpantang .. Kang tak pasal pasal Qhaliff dapat adik dah ..

Berkata memang mudah terutama sebelum memiliki .. Bila dah dapat baru tau , bukan mudah mengemudi bahtera di lautan yang tidak tentu keadaannya. Jika damai , cantik sekali permandangannya.. Jika ribut , terasa mati jalan penyelesaiannya.
Tapi itulah dugaan dari Allah . Masalah yg datang , perlu bijak ditangani . Jika berkata manis , lautan api tidak dapat pisahkan kita sewaktu bercinta , inilah masanya untuk membuktikannya.
Sayangnya , ramai gagal . Baru berdayung , dah mengaku kalah. Alasan tiada jodoh atau sampai sini saja jodoh ibarat kata cinta sewaktu saat manis dulu ..
Perkahwinan bukan semudah itu. Walaupun ianya mengelakkan zina tapi jika didirikan atas kerana nafsu , maka runtuhnya pon pasti kerana nafsu. ..
Keratan akhbar online HMETRO hari ni ..
Siannyaa .. bayi yang baru 4 bulan ni mengalami pendarahan dalam otak dipercayai terjatuh di pusat asuhan kanak-kanak . Doktor umpamakan kecederaannya tu seperti tercampak keluar dari kereta yang terbabit dalam kemalangan dan peluang bayinya pulih sepenuhnya kabur..
Hurm.. menurut ibu angkatnya , mereka baru sebulan je letakkan anak angkat mereka tu kat pusat asuhan tu ..
Entahlah .. kes kes gini la yang buat aku cekal hati untuk jadi MR.MAMA . Sungguhpun aku kehilangan ‘kebebasan’ , tapi keutamaan anak perlu aku amik kira. Tak kisah la terperap kat rumah jer .. Yang penting , Qhaliff dibawah jagaan aku. Selebihnya , milik Allah. Aku dan isteri cuma mampu merancang dan berdoa ..
Semoga Nur Iris Arissa Mohd Amin cepat sembuh ..