Gambar Hiasan
Aku plan petang ni nak ke Alamanda je untuk belikan Qhaliff baby walker sbb kesian sangat tengok dia asik terbaring meniarap gitu dengan kedua tangan sertakakinya diangkat ke atas dan seolah berkata pada aku ..
“ Daddy ku sayang .. tak reti reti nak dukung ke ??? “
Aduh .. sakit pinggang dah aku neh .. Bukan nak manjakan dia sbb dukung dia tapi dia dah macam malas dalam keadaan gitu. Hehe.. memandai je aku ni kan ? Hehe ..
Tapi aku google dulu untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar ! Tadaaa … Antara jawapan yang aku dapat ialah ..
“ KAJIAN sekumpulan penyelidik Ireland yang dilaporkan British Medical Journal, bayi yang menggunakan walker didapati merangkak, berdiri dan berjalan dalam usia yang agak lewat berbanding bayi tidak menggunakannya.
Kajian sekumpulan penyelidik dari Sekolah Psioterapi, Universiti Kolej Dublin terhadap 190 bayi mendapati dalam tempoh 24 jam, bayi yang sentiasa bergantung kepada walker lewat bergerak secara sendiri lebih tiga hari. “.
Err .. alamak .. nasib baik aku tak beli lagi.. Kalau tak , confirm aku yang kena guna ! Dan satu lagi infomasi yang aku dapat … Tadaaa ..
Dari BabyCenter Malaysia. Mari kita sama sama membaca dengan kuat.
“ Meletakkan bayi dalam walker sama seperti membeli seorang remaja Ferrari - risiko bahaya. Inilah sebabnya, bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi.
Data UK juga mencadangkan bahawa lebih banyak kemalangan dan kecederaan berlaku berhubung walker bayi daripada peralatan bayi yang lain. Ini sebab walker membolehkan bayi bergerak lebih laju (bayi boleh mencapai kelajuan satu meter setiap saat dengan satu lonjakan), mencapai ke tempat lebih tinggi dan memudahkan akses kepada pelbagai bahaya.
Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar. Terdapat juga kemungkinan risiko bertambah di mana bayi anda akan mengalami kebakaran dari objek-objek seperti lilin dan minuman teh yang panas. Ketiga, walker membolehkan bayi menjangkau racun-racun domestik, seperti minyak wangi, ubat cuci mulut, atau alkohol, yang dahulunya tidak dapat dicapai olehnya.
Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan 'kereta' kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik yang bebas dari bahaya. (Baca tip-tip tentang memastikan rumah anda selamat untuk bayi.)
Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya.
Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulan yang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan.
Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu. “.
Ok .. kensel beli ! Selamat 500 ! Psst.. Itu gunanya internet .. heehe ..
