2 pinggan sekali jalan .. Tanda awal kepada ... Hurm .. Tak larat dah nak ulang alik gym .. Skang kali berpeluh je dah ...
Published with Blogger-droid v2.0.9
2 pinggan sekali jalan .. Tanda awal kepada ... Hurm .. Tak larat dah nak ulang alik gym .. Skang kali berpeluh je dah ...
Sebe
Tengah malam semalam , aku layan movie HANTU AIR .. Kot la cari feel tengok tengah malam .. Hehehe .. Sebelum tu aku tengok pembikinan filem tu kat youtube. Yang membuatkan aku nak download tengok ialah sebab Apek pun berlakon .. Kot la ada kelainan ..
Para pelakon otai dalam ni , mmg membuatkan filem tu bernafas skit la .. Selebihnya , tgk dokumentari entiti paranormal lagi mendebarkan ..
Hurmm .. Kalau buang hantu dalam filem ni , filem ni boleh dikatakan lawak yang mampu membuatkan penonton ketawa tutup mulut .. Kalau takde babak lucu , confirm ramai terlena dalam panggung walaupun hantu muncul .
Adegan hantu hancur tu mmg bikin ketawa besar .. tu je la aku leh kata .. Nak download boleh jer tapi jangan guna wifi jiran .. sian diorang .. hehe..
Kat mana nak download ? Cer tengok kat Teamhanna atau Berdesup.org ..
Yearghhh ..
“Kementerian Pelajaran masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah seluruh negara. “.
Terbaikk .. Jangan la mengada ngada nak bawak hp ke sekolah aihh .. Kalau jadi apa apa kat anak anak , cikgu ada hp untuk call mak ayah mereka . Kalau risau anak kena culik , pasang bodyguard. Suruh mereka datang jemput lepas sesi persekolahan tamat .. Haa.. Yang risau ni , mesti harta juta juta lemon punya ..
Camana mak ayah nak pantau anak anak ? Olohhh … Dulu mak ayah aku risau gak dengan perangai anak anak jantan dia .. Tapi tade la pulak nak suruh call diorang setiap kali bila jumpa public phone..
Banyak buruk la dari bawak menda menda ni g sekolah .. Baiknya skit je pun .. Sekadar menambahkan masalah pada guru guru je nanti. Tak sudah sudah buat spot check je sbb hp atau tab ilang .. Haa .. Apa kes ?
Yang dok belajar lagi ni , g tanya atuk nenek korang dulu belajar camana.. Jangan nak kata zaman berubah jadi kita kena ikut peraliran tapi pemikiran masih nun di zaman berparang keris lagi ..
Tahniah buat kerajaan … Keputusan tepat..
Blog ? Yang aku tau batu block la.. Amenda blog tu ? Setelah diceritakan kelebihan blog ni , barulah dengar ‘aaaaa’ .. Malangnya yang menarik perhatian dia ialah DUIT saja .. Part lain tak berminat .. heheh ..
Seterusnya , mulalah tanya camana nak jadi blogger sedangkan apa itu blogger dan tujuan berblog pun tak diambil entah kecuali bab pendapatan bulanan ..
Yer , mmg sedih dapat kawan gitu. Bila berbicara, mereka yang kurang berpengetahuan mengenai dunia maya ni , mulalah perli kawan kawan yang aktif berblog . Malah ada kawan siap perli kawan dengan mengatanya ‘tin kosong’ .. Hehehe .. Kelakar kan ? Tin kosong inilah yang bersuara dan suaranya ‘dibaca’ secara senyap oleh pihak tertentu .
Tu belum lagi bila kita ‘meletup’ hingga keluar akhbar atau tv . Bila dapat tau , soalan pertama ialah ,
“ Bila nak open table ? Blogger kan masyukkkk .. “.
Sedangkan dari mula kita merangkak hinggalah kita berlari , siapa pun tak amik endah ..
Benda benda begini mmg meyedihkan terutama ianya datang dari rakan sendiri yang sebangsa dan seagama sedangkan rakan rakan lain yang tidak langsung mengenali kita ini , memberi sokongan tanpa berbelah bagi .
Sedih ? Pada mulanya mmg terasa begitu . Tapi lama kelamaan , kita tau sememangnya ada manusia ini menyedihkan sikapnya. Membantu tidak langsung, malah menjatuhkan lagi ada ..
Seperkara yang aku belajar sejak aku berblogging ini , aku perolehi pendapatan dari apa yang aku teringin nak sangat buat sejak dari bangku sekolah lagi iaitu dengan menulis dan bercerita .. Aku bukan bangga tapi aku rasa berbaloi sekali .. Disamping itu aku dapat membuat amal jariah dan punya ramai kawan kawan yang jauh educated dan berpandangan jauh serta berfikiran terbuka. Satu-satunya yang aku seronok sekali..
Apakah aku bangga aku jadi blogger ? Tidak pun .. Tapi aku bangga kerana aku sendiri bos , dan aku sendiri kuli … Alhamdulillah dan terima kasih pada rakan rakan yang menyokong serta mengetahui keperitan yang aku lalui ini ..
Sapa kata jadi blogger senang ? Taip dan post ? Hehehe ..