Enak dibuai mimpi .. Aku ? Kena jaga dia . Kang ada yg berjendul lagi kat dahi tu haa ..
Tunggu dia bangun pastu nak g jalan kat bawah .. Macam meriah jer .. Huhu ..
Diam tak diam , masa berlalu begitu saja .. Tahu tahu dah lebih 3 tahun aku berblogging.. Mula tahun 2009 , September. Dan entri diatas adalah antara entri menguatkan semangat aku untuk terus berjuang dalam dunia blogging ni ..
Bercerita mengenai cita cita aku dlm dunia blog pada waktu mmg membuak buak nak buktikan yang aku mampu pergi jauh dalam dunia blog ini ..
Ranking ALEXA yang tak banyak perubahan yang mana dulu adalah satu kegilaan para blogger saling kejar mengejar untuk membuktikan sapakah yang terhebat dikalangan terhebat .. Hahaha .. Lawak gak masa tu tapi secara tak langsung , ramai blogger rapat pada ketika itu ..
Tak dinafikan cita cita aku masa tu nak pastikan aku dapat trafik bulanan melebihi 100 ribu UV ! Pada waktu tu , adalah mustahil untuk mendapatkannya . Tapi orang kata , pengalamanan akan mematangkan kita. Sedikit demi sedikit , kita tau apakah cara untuk tingkatkan lagi trafik pembaca di blog kita ..
Dan alhamdulillah .. Sekarang , setiap hari aku maintain 5 ribu hingga ke 6 ribu pembaca sehari dengan lebih 10 ribu pageviews sehari .. Memadai bagi aku kerana aku hanya bercerita mengenai diri aku dan anak aku. Tanpa gossip hangat setiap hari .. Seo panas meletup .. Sesekali boleh tapi jangan sampai hilang identiti .. Lainlah kita mmg blog ‘berita panas’ .. tu tak leh kata apa la kan ..
Lain orang , lain caranya .. Cara aku , aku berpuashati sekarang ni . Dan aku masih lagi teruskan mempromosi blog aku .. Maklumlah , blog makin banyak. Cabaran pun makin tinggi. Tu yang buat bertambah menarik kan ?
Wowww ! Cantiknyaa !! Itu yang keluar dari mulut comel aku ni bila melihat gambar Klana Resorts yang terletak di Seremban , Negeri Sembilan ni yang mana aku tak pernah pon akan kewujudannya selama ini .. Hehe .. Nampak sangat aku ni tinggal dalam gua atau kurang promosikah hotel ni ? Salahkan mereka yang mempromosi pelancongan negeri ! Hahaha ..
Ok .. tengok gambar menarik kan ? Apakah benar ianya semenarik ni ? Kalau aku tanya wife , dia jawab jangan tertipu dengan gambar .. Haaa .. Tu kata dia .. Kata aku ?
Aku yg dah pernah merasa pelbagai jenis hotel tempatan sewaktu bekerja dengan Kementerian Pelancongan , mmg percaya gak la pada gambar gambar ni .. Kecuali gambar di bilik .. hehe .. Maklumlah , kita mudah tertipu dengan mainan kamera tapi keselesaan mmg sama la ..
Jadi ,apakah Klana Resorts ni semenarik seperti mana yang mereka kata ? Yearghh .. Aku kena tunggu Qhaliff bangun tidur dulu dan baru dapat merayau berdua .. heheeh ..
Okeh .. Layanan .. Permulaan , tip top .. Sangat peramah gitu .. Bilik , boleh tahan besar .. bagi aku ok dah utk famili aku .. Bilik mandi , ok .. bersih ..
Paling penting , Wifi ! Percuma dan signal cukup sempurna .. Maknannya kerap la aku update kat sini ..
Dan , Qhaliff .. bakal berenang lagi .. hahaha ..





