Tercari cari kat mana aku letak hp aku .. Abis aku selongkar semua tempat .. Seat blkg pon abiss selongkar .. takde..
Aku nak declare hilang dah tiba terpandang kat tempat letak hp . Cantik aja kat tmpt tu..huhu .
Published with Blogger-droid v2.0.9
Tercari cari kat mana aku letak hp aku .. Abis aku selongkar semua tempat .. Seat blkg pon abiss selongkar .. takde..
Aku nak declare hilang dah tiba terpandang kat tempat letak hp . Cantik aja kat tmpt tu..huhu .
Biasanya kita akan dengar ..
“ Tak kira .. awak hantar saya ke rumah mak saya balik !! “ ..
Sapa yang akan kata gitu ? Si isteri kan ? Tapi kalau si suami lak yang kata gitu ? Hahaha .. Tak ke si isteri ketawa gelak guling guling haa ..
Sekarang ni dah pelik .. Asal laki bini bergaduh , si suami keluar rumah dan tinggalkan saja anak bini di rumah tanpa amik kisah dah apa nak berlaku pada mereka . Lantak pi laaa kat diorang ..
Ada laki gitu ! Tapi nak lagi best ? Bila berbaik je kan , tau tau bini mengandung ! Si suami happy la sangat .. Seronok la sbb segala keperluan , mak mertua uruskan .. Maklumlah ,duduk umah mak mertua .. Senang la kan ?
Ada laki gitu .. Asal gaduh , tinggalkan anak bini 4-5 hari .. balik umah mak dia ! Boleh gitu ? Apa punya laki la gitu haa .. Nak kata apa dah ? Hurm..
Rambut Qhaliff dah serupa orang duduk dalam gua 3 tahun tak bergunting ! Maka , aku buat keputusan .. mari korbankan rambut itu !!
Dan g la ke HAIRVEN untuk gunting rambut .. Kat sini nak gunting , kena tulis nama dulu sbb penuh beb ! Hehehe.. Nasib baik dah booking semalam ! Haaaa.. tau tak peee .. Siap kena booking kan ? Heheh ..
Beria akak akak ni tengok Qhaliff dan Qhaliff pon beria tengok akak akak ni .. Hahahah .. Mesti tertanya si Qhaliff ni nape akak akak ni tengok dia .. hehe ..
Tadaa.. siap gunting dah.. Cam lebih kurang je kan ? Ok la tu.. Kang aku buat rambut dia cam budak rekrut , baru terkejut atuk nenek dia .. Hahaha ..
Kat sini laaaa .. Harga gunting rambut dia , RM13 ! Bapak dia gunting rambut , baru RM10 .. Mahal anak dari bapak ! Hahaha .. Tak kisah laa.. Janji hensem ..
Kenapa aku tak gunting rambut Qhaliff sendiri ? Aku risau rambut Qhaliff jadi cam bawah ni ..
Cun gak kan ? Hahaha .. adoi.. Rosak anak aku aihh ..
Aku tak minat meniaga langsung ! Hari tu wife ada tunjuk kat aku cadar cadar yang dia tgk kat satu tempat ni .. Aku tertarik gak dengan coraknya. Kemudian aku post ke FB .. Ada kawan kata , dia boleh dapat lagi murah sbb made in China je pon … Ok kan je ..
Kemudian tadi , aku g sendiri tengok ngan wife . Qhaliff jadi saksi ! Hehe .. Bila masuk je kedai tu , aku tergamam sat sbb cantik cantik gak cadar dan banyak lagi hiasan yang ada dijual kat situ .
Kemudian wife tunjuk kat aku .. Hehe.. Yang dia berkenan la. Kawan dia pon ada gak dah kirim sbb dia kata cantik serta murah berbanding kat tempat lain .. Kata mereka laa ..
Aku tanya dia .. Ada orang kata kat Tesco Ampang ada jual bawah RM100 jer .. Dia kata bukan 100% cotton serta jahitan pon mmg berbeza. Dia tak kisah pon kalau aku nak g beli sana .. Sebab dia tau yang dia jual ni jauh bermutu dari yang ada kat sana . Dia sendiri dah 15 tahun dalam bidang ni ..
Menurutnya lagi harga cotton akan melambung naik lagi sbb pengeluaran cotton di China ada masalah. Betul atau tidak , hanya Allah saja yang tahu.
Dan , aku pun terjebak .. Aku borong 10 terus ! Aku mmg berkenan dan 6 dari 10 tu , aku pilih berdasarkan citarasa aku .. hehe Hehehe..
Yelah , nanti bawak g umah mak aku .. dia nak pulak .. Adik nak jugak .. Dah nak kena g beli lagi .. Balik Kelantan lagi ? Haaa .. Tu pasal amik 10 , sapa nak , beli .. beli jer ..Tak nak udeh ..

Nak jual online ? Ni nak jual kat kawan kawan dulu .. Kalau diorang kata cun dan best , baru aku jual kat korang eh .. hehehe .. Bukan apa , aku risau orang kata aku tipu jer.. hehe ..
Waahh .. Robbie Fowler akan melatih pasukan T-TEAM ? Perghh .. bekas bintang Liverpool yg pernah jadi pujaan kaki bola ni akan berada di Malaysia untuk melatih pasukan liga Super ..
Pastinya ini akan membuatkan pasukan lain ‘cemburu’ akan perkembangan terbaru ni. Walaupun ini bukanlah kali pertama bintang EPL ke Malaysia utk bermain/melatih pasukan Malaysia tapi sekurang-kurangnya kali ni pasti ada peningkatan memandangkan banyak dah syarikat tempatan yang berkemampuan untuk menghidupkan bolasepak Malaysia.
Teringat liga Jepun yang buat perubahan drastik dengan membawa masuk pemain pemain dunia ke liga mereka dan seterusnya menjadikan pasukan kebangsaan mereka antara yang terbaik di dunia .
Bukan mudah nak mencapai impian jika tiada pengorbanan dan juga memerlukan banyak wang terlibat serta elakkan politik dalaman yang hanya fikirkan kepentingan peribadi .
Aku rasa kemeriahan liga bolasepak kita dah mula kembali jadi seperti tahun tahun aku membesar di zaman era Fandi Ahmad , Zainal Abidin Hassan , Dollah Salleh serta ramai lagi pemain pemain negeri yg cukup ditakuti ketika itu . Setiap perlawanan mmg dinantikan kerana masing masing punya pemain yang ‘mengerikan’ kerana mampu jadi pemusnah.
Macam sekarang ni , hanya beberapa negeri saja ada pemain begitu. Selebihnya hanyalah untuk dibelasah saja . Mana best kan ? Kita nak tunggu setiap game ! Tak kira sapa lawan sapa , semua best !!
Untuk capai peringkat gitu , persatuan bolasepak negeri kenalah mainkan peranan cari penaja besar .. Bukannya tak boleh pon tapi disebabkan ada yang dok pikir perut sendiri je , tu jadi gitu haa ..
Aku harap andai Fowler jadi coach T-Team , pasukan lain akan cuba bawa perubahan demi untuk meningkatkan kualiti liga kita yang semakin diterima rakyat Malaysia.
Aku tak kata pemain kita tak bermutu tapi bila ‘bergaul’ dengan pemain berpengalaman dunia , pemain kita akan lebih berkualiti dan berdaya saing ..
Bila dah capai tahap gitu , jumpa pemain liga tepi jalan pon aku rela berenti bergambar dan mintak autograph. Skang ? Lom sampai tahap aku nak wat gitu lagi .. hehe ..
Bukan tak boleh pon .. Boleh je cuma banyak sangat bg alasan usaha kurang !