10 anggota bomba di Pengkalan Chepa mengalami kecederaan apabila sebuah tangki minyak silinder yang terletak di bahagian belakang kilang tayar tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan api menyambar anggota terbabit.
Ada empat tangki minyak silinder di tempat tersebut dengan dua daripadanya mengalami kebocoran dan terbakar dengan salah satu daripadanya meletup.
Tujuh daripada anggota yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian manakala, selebihnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, dekat sini. Lima daripada mereka melecur dengan agak serius
Pegawai dan anggota bomba yang mengalami kecederaan serius ialah Pegawai Kanan Bomba I (PBK I), Abdullah Din Mohamed; PBK II, Nazah Nafi; Pegawai Bomba (PB), Wan Asri Wan Yaacob, PB Zulkifli Mahmad dan PB Abdul Razak Abdullah.
Lima lagi yang mengalami kecederaan ringan ialah Penguasa Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmar Mat Yusoff, PB Mohd. Zakee Daud, PB Rohanizam Othman, PB Mohd. Fathir Mohd. Jusoh dan PB Mohd. Shaiful Fitri.
Semoga ahli bomba yang terlibat cepat sembuh dan kembali bertugas .. Sapa kata jadi bomba hanya kerja padam api je ? Ingat padam api tu macam padam api kat mancis ke ? Hurmm ..
Sumber berita dan gambar : Kosmo Hmetro

