Jumpa jugak kunyit .. Tu pun wife yg beli .. hehehe.. Teruk sangat selsema dia.. Bila wife buat gitu , baru kurang .. Yang ada batuk skit skit ..
Dah lega , baru leh gi shopping ... heee..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Jumpa jugak kunyit .. Tu pun wife yg beli .. hehehe.. Teruk sangat selsema dia.. Bila wife buat gitu , baru kurang .. Yang ada batuk skit skit ..
Dah lega , baru leh gi shopping ... heee..
Decoder BEYOND ASTRO rumah aku problem dah 3 hari . Dok tunggu orang diorang janji nak datang .. Katanya antara jam 2-4 petang .. Skang dah 3.45 petang .. Ada lagi 15 minit.
Sebelum tu ada orang call tapi aku tak jawab sebab dok bagi Qhaliff makan. Pastu aku call semula dengan kredit aku yang cuma ada baki bersen tu ..
“ Helo , siapa ni yer ? “. Aku tanya tanpa beri salam. Terlupa !
“ En. Ben yer ? ( Bukan nama sebenar ). Saya dari ASTRO. Nak tanya bil bulan 2 dah bayar ke belum ? “. Jawab orang tu tanpa bagitau sapa nama dia . Name tag pon tak nampak aku.
“ Oh , dah .. “. Jawab aku tanpa fikir panjang..
“ Ok. Terima kasih. “ . Jawab lelaki tu..
Tu jer ??? Tu jer ???? Tu jer ???????? Huk aloh … Aku ingatkan baru menang hadiah bercuti ke Gold Coast ke .. Tapi sekadar nak tanya dah bayar ke belum ? Perghhh … Pengutip hutang dilantik la kot ?
“ Sayang .. Bil Astro dah bayar ke belum ? “. Tanya aku pada wife yang sibuk di dapur menyediakan makan tengahari.
“ Belum lagi.. Kenapa ? “. Jawabnya .
“ Astro call kutip hutang. “. Aku balas..
“ Gaji pun belum , dah call tanya bayaran ? “ . Dia soal ..
Aku gelak je la.. Lain kali kalau org tu call , aku pun suh dia tunggu … tunggu pastu aku gi tandas .. Tunggu la kooooo .. Bulan 2 pun tak abis lagi .. Aku sendiri baru tengok Astro bulan ni .. Dah kalut suh bayar ..
Panjang umur .. baru sampai .. 3.50 petang .. hujung hujung woo.. Aku byar pun hujung hujung je la .. Heh ..
Click To Proceed !
Takkan kot kuota 20GB dah abis ??? Aku buat apa sampai abis tak sampai sebulan ? Hurmmm .. Download ? Hehehe.. Tak la hari hari pon.. Pelik ? Tak gak .. aku online 24 jam .. Maunya tak abis .. hehe ..
Ok.. hampir sebulan aku guna Maxis broadband melalui MiFi ni .. Tau ke ? MiFi ? Ada yang tak tau.. Ok , sila rujuk gambar dibawah ini ..

Untung.. leh bawak ke mana mana dan dikongsikan beramai ramai .. Hehehe.. Aku test gak guna ramai ramai semalam .. Kelajuan dia tetap ok walaupun tengok youtube..
Ok , sambung.. Kuota dah tamat ! Nak kena beli ke ? Kalau tak beli camana ? Setakat ni , aku tak beli sbb dia kata tiada bayaran tambahan dikenakan kecuali kelajuannya tidaklah segempak asal ! Kira dah turun gred la.. Tak silap aku jadi 128kb je ..
Namun begitu , dengan kelajuan begitu , aku masih mampu bukak internet , whatsapp dan update blog ! Ok la kan ? Berbaloi la kan ? Aku bukan nak download sangat .. Janji leh buat kerja , dahh !
Apa pun , kena tunggu bil nanti ! Apakah aku cuma perlu bayar yuran bulanan seperti asalnya atau ??? Aku amik pakej RM88 .. Apakah sebanyak itu je kena bayar atau ada bayaran tambahan ! Haaa ..
Aku guna Celcom broadband.. Kalau dah abis kuota , guna juga .. kena charge ! Memang terkedu gak la ..
Benar atau tidak , tunggu bil nanti ! Kalau bohong , mmg kena serang laaa Maxis Centre di KLCC tu … Kalau tak bohong , korang guna la.. Berbaloi weh.. Dah la leh usung ke mana mana .. Dah abis kuota pun leh guna dgn cemerlang lagi .. hehehe ..
Tiada bayaran untuk iklan Maxis ini ! Rugi weh..
Semakin panas ! Aku yang tak pernah terasa bahang PRU dan tak pernah amik kisah , kali ni aku amik kisah .. Kenapa ? Sebab aku dah ‘sedar’ betapa pentingnya semua ini untuk aku , keluarga aku , masyarakat dan juga negara yang aku cintai .
Dengan pengalaman aku yang cetek di sektor awam dan swasta , aku benar benar terasa betapa pentingnya politik dalam negara kita ni . Bayangkan eh , nak cari kerja pun kena ada kabel ! Kabel ni , maksudnya orang yang kita kenal rapat dalam satu satu organisasi untuk memudahkan urusan … Dapat tak dapat , tu belakang kira . Yang penting , boleh potong queue ..
Bayangkan mak ayah anda ditimpa musibah. Pada sapa kita nak pergi mengadu ? Siapakah kita ? Anak menteri ? Anak datuk ? Orang biasa ? Sapa nak bantu ? Masyarakat ? Anda parti politk mana ? Gi hospital , sila beratur..
Aku akan mengundi di Bandar Tun Razak untuk pertama kalinya selepas berumur 37 tahun .. Rugi kan ? Tak pe.. masa tu politik bagi aku ok lagi sbb aku ditanggung sepenuhnya oleh mak bapak aku . Aku tau , pagi gi kelas .. petang main bola .. Malam call awek ..
Bila dah usia gini , dengan pengalaman cetek hasil dari kegiatan harian , campur gaul dengan manusia lain serta kerjaya dan juga aktiviti harian membuatkan betapa pentingnya undi aku tu ..
Aku tamo la nak cerita lebih pasal politik , parti atau korupsi korupsi yang berleluasa dalam negara kita ni . Apa yg aku tau ialah , inilah masa untuk memperbetulkan kembali negara kita ..
Kita bukannya nak hidup mewah di negara kita . Kita hidup ni pon atas kerana perintah ALLAH .. Setiap hela nafas kita , ada ujiannya. Apakah yang kita buat dengan setiap nafas kita tu ? Bukannya suka suka jer .. Kita minum air pun bukan suka suka ! Sbb badan memerlukan air ! Mana ada suka suka kan ? Kita gi dating pon bukan suka suka ! Sbb nak cari dosa ! Haa.. tu pikiaq sendiri la eh .. hehee..
Jadi , aku malas nak bebel panjang.. Cepatlah bubar parlimen. Aku nak gi undi kat BTR pastu nak lari balik Kok Lanas sbb wife lak nak undi kat sana .. Haaaa.. Rugi wooo … Kelantan tuuuu … Hahahaha..
Undi adalah rahsia ? Jangan wat lawak ler ..
Aku tak pernah try Herbalife untuk dijadikan makanan tambahan .. Sebelum ni , dok amik suppliment yang khas untuk bodybuilding tapi aku rasa tamo dah .. Kenapa ? Rajinkan google .. hehe ..

Jadi yang ni ok ke ?? Aku tak nak kata ok sbb aku bukan pakar . Tapi menurut rakan yang menjualnya , ianya berasaskan tumbuhan berbanding yang selalu aku amik tu , dari binatang.. Jadi statusnya pasti meragukan , kan ? Wallahualam. .
Ok .. Yang ni protein shake .. Aku amik setiap pagi dan malam ataupun selepas workout. Saja nak test apakah kesannya sama cam protein yang biasa aku amik. Bukanlah boleh membesar cam king kong tapi otot otot tu , lebih pada sihat atau tidak ..
Ada beberapa suppliment yang aku ada lagi .. Nanti aku bagitau eh .. Setakat ni , protein shake ni aku amik mmg ok la .. Kena pandai bancuh .. hehe..