
Apa dah jadi ? Bayar penuh tiap bulan ! Gebang lebih .. naik sampai 4G la konon .. tapi cer tgk tuu ..dah 2 hari gitu.. Dgrnya banyak tempat kene gak .. hurmmm...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa dah jadi ? Bayar penuh tiap bulan ! Gebang lebih .. naik sampai 4G la konon .. tapi cer tgk tuu ..dah 2 hari gitu.. Dgrnya banyak tempat kene gak .. hurmmm...
Pelik ? Blog peribadi tapi ramai suka baca ? Apakah orang lebih suka baca kisah hidup orang lain berbanding blog blog ilmiah ? Haaa .. kan ?
Apakah blog peribadi ini tiada langsung ‘ilmiah’ ? Cuba masuk mana mana blog perbadi dan baca guna akal fikiran .. Kalau gi masuk untuk tengok gambar jer .. mmg hampa laa ..
Jangan kita ingat , ilmu ni terdapat dalam blog blog tertentu jer . Kalau rajin kita masuk ke blog blog peribadi ni , ada saja pengajaran yang mereka selitkan dalam penulisan mereka ..
Kena tau .. majoriti blogger yang panjang lebar cerita kehidupan mereka ni , bukanlah kanak kanak yang baru kenal huruf atau bercerai susu .. Kebanyakkannya akan kongsikan pengalaman hidup mereka dalam tu walaupun hanya sebaris ayat saja !
Sebagai ‘orang baru’ dalam dunia blog ni , kita jangan pantas nak mengkritik penulisan orang lain terutama bila baca satu dua entrinya saja .. Cuba kenal penulisnya terlebih dari dengan baca dari awalan entri entrinya .. Pasti akan ada sesuatu yang menarik menyebabkan blognya menjadi perhatian ..
Jangan sangka orang pandu BMW tu dah tergolong orang jutawan !
Semalaman tak tidur gara gara tertidur awal .. Mengantuk ? Biasa dah .. Aku akan jadi mengantuk sangat bila tengahari menjelang .. Maka , ok je bagi aku ..
Perancangan hari pertama raya , tak berapa nak jadi tapi menjadi bagi aku … heheheh . Kenapa ? Aku gi teman adik ipar wife aku ke hospital .. Lelah .. nasib baik tak teruk sangat..
Di hospital , ramai juga rupanya ada lelah ni .. tak kira usia wooo .. Aku bersyukur la takde lelah tapi ada darah tinggi.. hahaha.. Cuma kebelakangan ni dah kurang sangat sakit kepala gara gara darah tinggi ..
Dalam kul 12 tengahari ari baru settle dari kul 10 gitu .. Huhuh.. Tak pe la .. aku pun malas nak duduk rumah .. Ramai benar orang datang .. Penat nak senyum aku .. hahaha ..kejam tak ? Tak de laa… Berdosa wat perangai gitu tau ! Jangan buat ! Aku tak buat pon .. saja je wat lawak bodoh .. Aku malas duk rumah sbb aku akan mengantuk seterusnya akan tidur !
Dan tepat jangkaan aku .. balik je dari hospital , lepas makan dan solat zohor , aku lenaaa sampai petang .. Bangun bangun , berpeluh aku rupanya.. Panas hari ni kat Kok Lanas kecuali sebelah petang .. baru hujan lebat turunnn ..
Dan aku kembali mengantuk .. sambung tidur ! Perghhh .. terasa beza ! Kalau masa remaja dulu , sahih gi join kutip duit raya.. tapi tida lagi sekarang !! Huhuhu..
Jom tidur Qhaliff.. esok gi rayaaa …
Jangan hanya tau nak caci maki mereka saja .. Bila mereka lakukan tugas dengan cemerlang , selayaknya mereka patut menerima pujian walaupun mereka tak inginkannya namun sebagai pengguna jalanraya yang selamat pulang ke kampung halaman untuk beraya , pastinya sangat bersyukur atas kelancaran jalanraya serta kehadiran mereka di bahu jalan raya bagi memastikan segalanya menurut peraturan ..
Apa yang aku perasan ialah perbezaan bila kehadiran penguatkuasa dan penggunaan kamera perangkap laju .. Apa gunanya kamera ni ? Nak tangkap mereka yang pandu laju ? Apakah ianya berbaloi berbanding dengan meletakkan pegawai bertugas di lokasi lokasi yang boleh dianggap berpotensi berlakunya kemalangan ?
Bagi aku yang melihatnya semalam , setiap kali adanya kon dan lampu amaran pihak penguatkuasa , automatik pemandu jalanraya memandu dengan perlahan. Jika ada yang engkar , mereka terus disaman di situ ! Itu lebih baik dari 2 bulan kemudian , baru terima surat saman ! Memang menyakitkan jiwa !
Janganlah nak kata kekurangan kakitangan .. Rakyat Malaysia yang menganggur berapa ramai ? Yang menanggur ni pulak bukan calang calang ! Kecik kecik dah mampu bina bom ! Dah besar mampu buat stunt dengan motor biasa je pon ! Malah kenderaan pon mampu mereka ubahsuai ! Golongan beginilah yang patut serta penguatkuasa .. hehehhe ..
Sekali lagi , terima kasih PDRM dan JPJ serta pihak pihak berwajib yang lain terlibat dalam operasi raya ni ..
Sempat bergambar ngan Qhaliff sebelum gi Hospital Machang .. Sebelum tu , gi solat sunat Aidilfitri dulu..
Mengantuk aku ni.. gara gara tidur awal , jaga kul 2 pagi.. Dah terbiasa gini lak aku skg ni ..
Dok tunggu adik ipar wife aku keluar dr wad kecemasan.. Lelah dia sejak kelmarin .. hurmm .. Dah gi klinik semalam tp tak ok lagi..