Bukan hilang selera makan tapi …

Dah tau menikmati makanan !! Skang ni ,apa yang daddy makan … dia nak tu gakkk sbb dia tau yang tu sedapppp !
Pasni daddy kena makan apa yang Qhaliff makan je la gamaknya .. Perghhh .. tawar lerrr…
Bukan hilang selera makan tapi …

Dah tau menikmati makanan !! Skang ni ,apa yang daddy makan … dia nak tu gakkk sbb dia tau yang tu sedapppp !
Pasni daddy kena makan apa yang Qhaliff makan je la gamaknya .. Perghhh .. tawar lerrr…

Tengah sedap bersahur , dia bangkit dan terhoyong hayang dia berjalan ke arah mak pak dia ..
Sambil gosokkan matanya .. dia merengek .. Aku sua cebisan telur goreng.. Nganga aja dia ! Hahahaha ..
Wife check lampin dia .. dan .. hehehe .. Lepas tukar lampin , dia masih tak nak tidur .. dok main sorang sorang .. pastu merengek .. Check lagi .. dan … hurmmm ..
Selepas tu , barulaahhhh dia lenaaaa .. Aku lak tak lena sbb .. hehehe .. banyak benor makannya semalam ! hahahaha ..
Alhamdulillah .. perkenalan dengan Sue Josuhua , blogger masakan yang mmg dah terkenal dikalangan geng geng masakan , membawa ke persahabatan dua buah keluarga dan juga persahabatan dengan rakan rakan blogger yang lain ..
Aku , hingga sekarang masih terhutang budi dengan keluarga ini dan keluarga ini sangatlah best ! Bermula dari Denmark , hinggalah ke Nilai kami masih bersahabat .. Segalanya kerana blog !
Semalam , aku bawa keluarga aku gi beraya ke rumah mereka di Nilai. Suaminya yang baru bertukar kerja di sini ( sebelum ni Johor ) .. Kesempatan untuk beraya depan mata , tak dibiarkan begitu saja .. Hehehehe..
Dari rumah aku ke rumahnya , tak sampai 10km pon.. Dekat sangat okeh ! Tak sempat kentut , sampai dahhhh ! Bila dah sampai tu , pastinya disambut meriah oleh suami dan anak anak mereka .. Dan rumahnya sangatlah mengagumkan aku ! Susun aturnya serta citarasa ala English tu mmg buat mulut aku asyik memuji jer .. huhu .. Jauh beza dengan rumah aku ! Hahaha ..
Suami dan anak anaknya yang sangat peramah dan sopan , mmg buat aku dan wife rasa selesa sangat kat rumah tu .. Qhaliff ? Dia dah buat serupa ini rumah dia yang punya !!
Seorang lagi kenalan blogger yang aku kenal hanya dari dalam blog , FB kemudian berjumpa kali pertama di PWTC , 5 tahun dulu … pon turut menyemakkan diri di sini ! hahahaa ..
Aku dengan perangai tak sudah aku yakni suka tengok jam tangan orang terutamanya yang berjenis chronograph .. hehehehe ..

Terima kasih Sue dan Joshua , Riko , Rika dan Riya … Makan semua best ! Nak tambah lagi , segan .. hahahaha ..
Destinasi seterusnya .. umah Mat Gebu lak .. huhu ..
Gambar – Sue Joshua
Dalam perjalanan nak gi jemput wife petang tadi. Cuaca sangatlah panas dan aku terlalu mengantuk ! Tak tau la kenapa leh sampai gitu tapi rasanya aku mmg tak leh memandu dalam keadaan cuaca panas .. Silau dan mata cepat penat !
Berkali kali aku tampar muka aku untuk kasi ilang mengantuk. Bukak tingkap pon dah .. Nak berenti tepi , tak leh.. bahaya. Bukan kawasan untuk berhentikan kereta !
Nasib baik laaa tak jauh dah .. Alhamdulillah , selamat sampai ke destinasi .. Terus wife ajak gi makan untuk hilangkan ngantuk !

Pekena air saleri tawar , terus cerah bijik mata ! Rasa kelat giler !! Hahahaa …
Pastu terus balik rumah. Sampai rumah , tidur jap .. Sedar sedar je , kat whatsapp ada berita pasal nahas ngeri kat Genting Highland ! MasyaAllah .. Ramainya mati…
“ Nahas bas di Genting Highlands: 33 lagi penumpang dipercayai sudah mati, kini dikeluarkan anggota penyelamat manakala 16 lagi cedera. “

Sedikit saja kecuaian , maka … hurmmm …
“ Saya takde tv , so saya tak boleh pakai alasan tv , balik rumah suap anak anak makan , bagi mandi , buat homework sekali , torak torak sampai lena semua ..
Test bacaan dalam solat , ulang iqra , dah tidoq . Daddy seterika baju , mummy basuh baju .. kol 1 am .. pengsan. Kul 5 pagi buat sarapan , solat sekali kat surau rumah. Sapa lambat mandi , daddy jirus atas katel terus ! “ – Whatsapp dari group aku ..
Pergh.. terkedu jap aku ! Ini kali kedua aku mendengarnya dari mulut orang yang berjaya membimbing keluarga mereka ! Mereka juga orang yang berjaya dan berjaya melahirkan anak anak yang berjaya !
Tiada tv dirumah mereka ! Ada yang mungkin kata , berkemungkinan besar anak mereka akan mengalami kejutan budaya tapi alhamdulillah .. dari apa yang aku nampak , cara bimbingan mereka , mmg berjaya membentuk keperibadian yang baik sekali !
Qhaliff , daddy nak jual smart tv tu nanti ! Dan semua gadget daddy ! Sapa jua 3310 ? ke 3210 ? Aku nak guna tu jer.. Kalau Qhaliff nak main game , main game ular tu jer ..
Apa pendapat rakan rakan FB ?