
Aku perasan , dulu dia suka minum air guna straw tapi bila dok tengok aku minum air tin tanpa straw , dia mula ikut gitu gak ! Hurmm ..
Tak leh , tak leehhh .. aku kena tunjuk teladan kat dia sbb dia akan ikut apa yang aku buat ! Memang dia akan ikut sbb dia rapat lagi dengan aku berbanding mak dia ..


![Photo: [Institusi Fatwa Libya : Apa yang berlaku di Mesir adalah pembalasan terhadap revolusi penentangan]
Tripoli - Agensi Berita :
Majlis Tertinggi Institusi Fatwa Libya melihat apa yang berlaku di Mesir , disifatkan sebagai "Perbuatan melampau yang tidak pernah terjadi dalam menggunakan alat untuk menindas,menzalimi dan membunuh"
Ianya adalah suatu pembalasan terhadap revolusi penentangan daripada rakyat mesir secara keseluruhannya berikutan kebangkitan rakyat pada 25 Januari 2011, yang telah menggulingkan Presiden Mubarak, juga seorang yang tidak menyokong keseimbangan sistem (Jamaah) Ikhwan Muslimin.
Pada akhirnya, anggota Majlis Tertinggi Institusi Fatwa Libya telah berhimpun pada hari Rabu di Tripoli yang dipimpin oleh Mufti Am As-Sodiq Al Ghiryani untuk membincangkan peristiwa-peristiwa semasa yang berkaitan keselamatan di Libya selepas banyak aduan mengenai kezaliman dibuat kepada Institusi Fatwa melalui rakyat dan badan-badan kebajikan.
Tambah Majlis Tertinggi lagi dalam penerangannya selepas perhimpunan, "Sistem Ikhwan, andai mereka tidak bersetuju dengan yang lain, tiada siapa yang melihat mereka membunuh ratusan orang yang berada di medan. Mereka juga tidak membuat undang-undang mempertahankan diri di negara ini dengan menggunakan besi dan api ".
Majlis Libya mengingatkan bahawa "Kini penyelewengan media mempunyai pelbagai jenis cara untuk menyifatkan mereka yang menyeru ke arah kebenaran atau hukuman syariah sebagai
(orang Ikhwan), dan mereka menjadikan perkataan (Ikhwan) satu ketakutan bagi menakut-nakutkan orang serta menghasut mereka mengenai agama islam sama seperti penggunaan perkataan yang digunakan oleh barat (Pengganas), yang sehingga kini makna (Pengganas) tersebut tidak diletakkan sebarang had, agar makna perkataan itu luas dan longgar, sesuai untuk pelbagai ukuran, sesuai untuk menzalimi semua yang mengikut agama islam ".
Sumber : IkhwanOnline
#mesirkini
#R4BIA](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/1185045_218014295023508_1923260680_n.jpg)






